Terkini

Blog YB: Berbincang Dengan Mangsa-Mangsa Kebakaran Kedai - Cari Kesepakatan

Pekan Bangi, 04 Sya`ban = 06 Julai (Rabu):


Jam 9.00 malam Adun Bangi dan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bersama pengiring masing-masing tiba di Balai Komuniti Bangi Indah, Pekan Bangi bagi mengadakan perbincangan dengan 9 mangsa kebakaran di Pekan Bangi yang berlaku pada Sabtu 2 Julai lalu. Selain dari Adun dan Ahli Parlimen hadir ialah Tuan Haji Zakaria Ketua Kampong Bangi, Encik Lau Ketua Kg. Baru Cina, Bangi, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang, En. Ari Krishnan, Ahli JKKK dan keluarga mangsa-mangsa.


Majlis perbincangan dipengerusi bersama oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi dan YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Selepas pembukaan kami mempastikan nama-nama pemilik dan No. kedai masing-masing beserta butir-butir yang lain. Pemilik-pemilik berkenaan ialah:

Bil.

Pemilik

No. K. P

No. Kedai

1

TAN HOCK TEONG

580826 10 5567

16

2

.LEE KIEN HUAT

651021 10 6525

17

3

LAW JENN TSONG

620811 10 5787

19

4

KOW SOON HING

580315 10 5477

20

5

KOW SOON HING

580315 10 5477

21

6

MOHD KAMAL V. RAMESH

750526 10 5273

22

7

PUAN SAPURA

501130 02 5042

28

8

LEONG YEOW CHONG

650202 10 7469

81A

9

LEONG SOOK HAN

720901 10 5180

81B


Kami dimaklumkan tidak ada di kalangan pemilik yang mengambil insuran perlindungan dari kebakaran. Kami juga ditunjukkan tentang geran tanah bagi kedai-kedai berkenaan.


Kami membincangkan sama ada pemilik mau membina sendiri menurut bentuk asal, bina melalui institusi kerajaan seperti PKNS atau bina melaui swasta bertingkat dengan jaminan hak pemilik.

Pemilik-pemilik bersetuju mau bina secara kelompok menurut pattern asal. Pemilik-pemilik, YB Teo Nie Ching dan Adun Bangi diminta berusaha bertanya kemungkinan kontrektor berminat untuk membina kembali kedai-kedai yang sudah terbakar – termasuk meninjau kemungkinan PKNS dapat membina kedai-kedai berkenaan. Kami akan bertemu kelak membanding dan memilih mana-mana yang bersesuaian dan berpatutan dari segi kos. Pinjaman dari bank dengan mencagar hartanah yang dibina bagi mendapat pinjaman berkenaan.


Kami juga membincangkan kemungkinan bantuan dari pihak negeri bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa kebakaran. Sebahagian besar dari mereka masih belum bekerja selepas berlakunya kebakaran. Adun dan Ahli Parlimen berjanji akan membawa perkara ini ke peringkat atas. Kami diminta ambil perhatian, terutama pemilik-pemilik kedai perlu berusaha dari sekarang bagi pembinaan kembali, sebaik-baiknya secara kelompok. Tiga orang daripada mereka dipilih mengendalikan urusan bagi pihak kesemua, iaitu En. LEE KIEN HUAT, En. KAMAL dan En.LEONG YEOW CHONG. Buat masa ini mereka berpendapat belum perlu lagi melantik peguam.


Pertemuan akan diadakan bila perlu.

Sekian

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet