Terkini

Tadika Kemas Bandar Seri Putra dipecah masuk

Tadika Kemas Bandar Seri Putra dipecah masuk

09Jun2011 Salam dan selamat sejahtera kepada semua warga Bandar Seri Putra.
Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2011/06/tadika-kemas-bandar-seri-putra-dipecah.html

Terlebih dahulu diucapkan selamat bercuti kepada warga BSP yang masih bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah ini. Walaubagaimanapun cuti sekolah ini juga telah diambil kesempatan oleh pihak Penjenayah untuk melakukan aktiviti2 jenayah memandangkan banyak kawasan kejiranan yang kosong sempena cuti sekolah ini.

Antara yang telah dipecah masuk adalah Tadika Kemas BSP (berhampiran Pangsapuri Seri Melati dan Surau AsSyakirin). Kejadian hanya disedari pada hari petang Selasa 7hb.Jun yang lepas apabila salah seorang bapa kepada murid tadika kemas tersebut yang kebetulan lalu disitu ternampak pagar belakang tadika berhampiran Surau telah berlubang (2 lubang),pemeriksaan lanjut beliau juga mendapati lampu panjang telah dicabut. Beliau telah memaklumkan pada saya dan pada malam itu juga saya telah memaklumkan terus kepada Pengerusi Tadika Kemas (En.Din) berkenaan perkara tersebut. Hasil pemeriksaan En.Din mendapati grill besi tingkap tadika telah dipotong dan kunci grill pintu utama dan belakang telah dipotong dan dibuang.

Antara barangan yang hilang adalah TV LCD 32" yang baru diperolehi, alatan muzik Tadika serta barangan makanan. Pemain radio CD telah dileraikan tapi tidak sempat dilarikan. Satu laporan polis telah pun dibuat.

Kejadian kemungkinan berlaku sekitar hujung minggu lepas. Dalam masa yang yang sama sebuah unit di Pangsapuri Seri Melati yang terletak di Blok B, Tkt 5 juga telah dipcah masuk sekitar hujung minggu yang lepas juga. Suspek dipercayai telah masuk melalui bumbung dan siling kerana unit ini terletak di tingkat paling atas. Pemilik yang juga seorang anggota RELA telah kehilangan barang kemas dan barangan yang lain. Nilai kerugian tidak diketahui.

Memandangkan cuti sekolah masih lagi belum tamat, saya menyeru kepada semua warga Bandar Seri Putra meningkatkan tahap keselamatan rumah dn kejiranan kita bagi mencegah sebarang bentuk jenayah berlaku dikejiranan kita ini.

JENAYAH ....CEGAH SEBELUM PARAH

Terima kasih,

Azizuddin Zailan

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet