Terkini

Projek wakaf Al-Quran & Pemasangan Jubin Marmar di tangga di SRA Bdr seri putra

Perkara : Permohonan sumbangan wakaf Al-Quran dan sumbangan jubin marmar di tangga sebelah pondok pengawal.

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.Adalah dimaklumkan mesyuarat Jawatankuasa PIBG SRA Bandar Seri Putra pada Sabtu/14-5-2011 telah bersetuju sebulat suara memutuskan agar projek wakaf Al-Quran & Pembinaan jubin marmar di tangga sebelah pondok pengawal menjadi keutamaan dan perlu disegerakan oleh Biro Pembangunan dan Kewangan PIBG SRA BSP.

1)   Projek wakaf Al-Quran.

  • Sasaran sebanyak 1000 buah al-Quran diperlukan bagi mengisi keperluan pihak sekolah agama ini terutamanya bagi matapelajaran Tilawah Al-Quran. Ini kerana Buku Teks Tilawah Al-Quran Tahun 2 sesi 2011 yang dibekalkan oleh pihak JAIS didapati tiada mengandungi keseluruhan ayat-ayat Al-Quran bagi surah-surah yang hendak dipelajari. Disamping itu,dengan adanya Al-Quran ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta memudahkan murid-murid untuk mengulangkaji bacaan surah-surah yang dipelajari.
  • Jumlah keseluruhan pelajar di SRA Bandar Seri putra pada sesi 2011 telah meningkat kepada 1580 pelajar.
  • Insya-Allah, pihak sekolah akan menyediakan rak bagi semua sumbangan wakat A-Quran ini di pusat sumber demi menjamin kesucian A-Quran.
  • Diharapkan projek wakaf Al-Quran ini mendapat sokongan jitu daripada pihak tuan/puan.

2)   Projek memasang jubin marmar di tangga sebelah pondok pegawal.
  • Pada sesi 2010, pihak YB ADNS Bangi telah menyumbang sebanyak RM2000 kepada PIBG SRA Bdr seri putra untuk membina tangga di sebelah pondok pengawal. Namun didapati kerja-kerja membina longkang dan pemasangan jubin marmar belum dapat dilaksanakan pada tahun tersebut disebabkan kekangan kewangan PIBG.
  • Pada sesi 2011 ini, pihak PIBG berhasrat untuk menyiapkan dan menyambung semula kerja-kerja pemasangan jubin marmar & pembinaan longkang di tangga tersebut. PIBG juga telah mendapat sumbangan menerusi wakaf marmar sebanyak RM1600. Namun demikian, masih lagi kurang daripada sebut harga yang diterima iaitu sebanyak RM2800. (Disertakan sebut harga daripada kontraktor yang dipilih). Oleh itu, pihak PIBG ini memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk membantu PIBG merealisasikan pemasangan jubin marmar di tangga ini.
  • Terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan menerusi projek wakaf marmar (RM10 sebuah) yang lalu.

3. Diharapkan 2 projek dibawah biro pembangunan & kewangan ini mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi YDP PIBG (En Lokman) talian 019-7027995  atau ajk iaitu Sdr Zulkifli (017-7361584)

Sebarang  keputusan  tuan/puan  saya  dahului  dengan  ucapan  terima  kasih.


Yang ikhlas menjalankan amanah,

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/208586_10150158388658863_179473523862_6773505_6871989_n.jpg
Biro Pembangunan & Kewangan
PIBG SRA Bdr seri putra.

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet