Terkini

PAGI INI - KEJOHANAN BADMINTON (BEREGU) BANDAR SERI PUTRA 2011

Pertandingan pagi ini.

Mari ramai-ramai menyokong pasukan taman anda di sekolah menengah.







Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Semua Persatuan-Persatuan Penduduk yang dihormati,

 

Berikut dipanjangkan kenyataan daripada penganjur Kejohanan Badminton BSP 2011 yang akan diadakan pada hari Ahad, 22 Mei 2011.  Bantuan tuan adalah diharapkan dapat memaklumkan kepada PASUKAN/PEMAIN daripada taman-taman yang akan mewakili dalam kejohanan ini mengenai JADUAL dan ATUCARA yang telah ditetapkan.  Sila hebahkan kepada semua penduduk taman masing-masing supaya turun beramai-ramai untuk memberi sokongan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalam dan selamat sejahtera.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

 

"Quote"

 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

 

Tuan moderator saluran BSP Induk yang dihormati,

 

Minta jasa baik tuan untuk memanjangkan email ini kepada wakil-wakil persatuan-persatuan yang terlibat untuk rujukan serta tindakan sewajarnya. Sila rujuk lampiran yang disertakan bersama email ini berkenaan senarai pemain serta keputusan undi bagi pasukan-pasukan yang terlibat untuk Kejohanan Badminton (Beregu) Bandar Seri Putra 2011.

 

Pihak penganjur meminta kerjasama kepada semua pasukan yang akan bertanding pada hari tersebut terutamanya pasukan-pasukan yang telah diundi  untuk perlawanan pertama agar dapat hadir selewat-lewatnya jam 8.30 pagi. Ini adalah bagi memastikan perlawanan akan dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Selain daripada itu, pihak penganjur juga ingin menasihatkan kepada pemain-pemain yang telah menghantar penyertaan untuk menyertai kejohanan ini benar-benar mewakili persatuan untuk kejiranan yang didiami bagi memastikan kejohanan ini dijalankan dengan penuh semangat kesukanan, kesepakatan dan juga penuh harmoni.

 

Berikut adalah jadual untuk rujukan tuan-tuan (tentative).

 

  • 08.30am  -  08.45am     Registration
  • 08.45am  -  09.00am     Briefing
  • 09.00am  - 11.00am      1st Round
  • 11.00am  - 12.45am      2nd Round

 

  • 01.00pm  - 02.00pm      Break

 

  • 02.00pm  - 03.00pm      Quarter Final
  • 03.00pm  - 04.00pm      Semi Final
  • 04.00pm  - 04.15pm      Break
  • 04.15pm  - 05.15pm      Final
  • 05.15pm  - 05.45pm      Price Giving Ceremony

 

Sekian, terima kasih.

 

Fadzri Md Jaafar

 

"Unquote"


Senarai Pemain



0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet