Terkini

Maklumat Terkini Selepas Mesyuarat JK PIBG 11 Mei 2011

Berikut adalah makluman selepas JK PIBG SK_BSP bermesyuarat pada 11 Mei 2011.

Hajah Ratnah (PK Pentadbiran)
- Hari Guru: 16 Mei. Murid petang direhatkan pada hari tersebut dan hanya akan sambut 18 Mei.
- Latihan kebakaran telah dijalankan pada 11 Mei lepas.
- Peperiksaan akan berjalan 18-27 Mei 2011.
- Keputusan peperiksaan akan diberi semasa HARI TERBUKA selepas cuti persekolahan.
- Kelas tambahan Tahun 6 (30/5 - 2/6 iaitu minggu pertama cuti penggal)

Hajah Zaiton (PK Kokurikulum)
- Perkemahan badan beruniform: 27-28 Mei 2011. Aktiviti: solat jemaah, tazkirah, pertandingan memasak dll.
- Sukan Sekolah: 10 Julai 2011. Mungkin akan diadakan di stadium Bandar Baru Bangi kerana murah dan kemudahan yang lengkap.
- Perkemahan Rukun Negara akan juga diadakan
- Perkemahan Perdana akan dijalankan selepas UPSR (bulan Oktober)

Puan Zubidah (PK HEM)
- Satu kes denggi dilaporkan.
- Hanya buku teks Tahun 2 tidak mencukupi. Bagaimanapun pelbagai langkah telah dan sedang diusahakan untuk mengatasinya secepat mungkin.

Lain-lain:
- Solat Hajat: 26 Mei 2011.
- Hari Kantin: 26 Jun 2011.
- Chargeman: PIBG akan membayar wang sagu hati untuk Chargeman yang memeriksa sekolah sebulan sekali.
- Dewan sekolah: Telah boleh digunakan semula. Bagaimanapun permainan sepak takraw tidak dibenarkan dijalankan.
- Dewan sekolah: Penggunakan juga diingatkan agar mematuhi syarat-syarat pengunaanya seperti tidak merokok dan menjaga kebersihan dewan. Surat juga akan diedarkan kepad semua pengguna.
- Kantin: Tender baru akan dibuka pada awal Julai. Semua dijemput untuk memasuki tender bagi kebaikan anak-anak kita.
- Kantin: Tender pengusaha kantin sekarang akan tamat Disember 2011.
- Baju sukan lengan panjang untuk perempuan: Perlu dilaksanakan untuk tahun-tahun mendatang.
- Tanda keselamatan hadapan sekolah: Akan diusahakan.
- Sekolah baru: Untuk 2012 seramai 560 pelajar Tahun 1 akan masuk, manakala hanya 313 pelajar Tahun 6 yang akan keluar.
- Sekolah baru: Saudara Marzuki (Bukit Mahkota) menerajui badan bertindak mengesa SK Bukit Mahkota. Sekolah akan bantu dengan mengisi unjuran murid.
- Yuran: Statistik akan dibentang oleh bendahari pada mesyuarat akan datang.
- Pendidikan Khas: Tilawah Pendidikan Khas akan di adakan 19 Mei 2011.
- Pendidikan Khas: Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas akan diadakan 24-25 Mei 2011.
- Pendidikan Khas: Pelajar yang tidak terlibat dalam 2 aktiviti diatas akan direhatkan pada tarikh yang dimaklumkan.
- Pendidikan Khas: Laluan khas baru berbumbung akan disediakan.
- Kokurikulum: Murid Tahun 3 akan secara bergilir-gilir menghadiri kokurikulum atau direhatkan/bersekolah agama.
- Papan Tanda Larangan: akan dinaikkan terutama untuk memaklumkan "Kawasan Larangan Merokok".
- Kelewatan Baju Sukan dan Tanda Nama: Sekolah ambil maklum dan akan perbaikinya pada masa akan datang.
- Internet sekolah: PIBG melalui PAKSI akan membantu sehingga sambungan tersebut berfungsi di sekolah.
- Peti Kecemasan: PIBG menyumbang alatannya permulaan dan juga dalam pemastian ianya sentiasa lengkap.
- Tandas: Program Tandas Bersih dan Cantik akan dijalankan tidak lama lagi.

Isu diketangahkan oleh Ibubapa secara online
- Makluman kepada PIBG berkenaan masalah meletak kenderaan di pintu masuk Acacia.
- Kereta guru parking di padang: PIBG dimaklumkan memang parking tidak mencukupi untuk guru-guru.
- Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah: PIBG bersetuju dilaksanakan.
- Makluman aktiviti: PIBG memohon agar pihak sekolah mengeluarkan notis selewat-lewatnya 7 hari sebelum sebarang aktiviti bagi mengelakkan kekecewaan ibubapa yang telah membuat perancangan awal.

Laporan PAKSI
- Blog (http://skbandarseriputra.blogspot.com): Berterusan dikemaskini.
- Facebook (http://www.facebook.com/pages/SK-Bandar-Seri-Putra/182228500788): Dikemaskini dan menjawab persoalan ibubapa.
- Yahoogroup Ibubapa (http://asia.groups.yahoo.com/group/ibubapa-skbsp): Maklumat berterusan disampaikan melalui email.
- Forum Putra-Mahkota (http://putra-mahkota.com/forum/index.php?board=6): Dikemaskini dan menjawab persoalan ibubapa.

Disediakan oleh,
PAKSI

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet