Terkini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah - Mohon Sukarelawan

http://www.bharian.com.my/articles/Peniagajajankenaserbu/pix_gal0

Gambar hiasan


Ibubapa yang dihormati,


Dalam menangani isu ini, malam tadi mesyuarat PIBG telah meluluskan Kempen yang akan kita gerakkan.


Saya kepilkan kertas kerja yang telah diluluskan dan pelan tindakannya.


Untuk makluman, kita telah minta sekolah memainkan peranan untuk memaklumkan pelajar disamping peranan ibubapa. Laporan MPKj telah dibuat. Tindakan lain akan kita laksanakan dengan mengedar flyers minggu depan sewaktu ibubapa menunggu anak balik sekolah.


Oleh itu, saya memohon sukarelawan untuk mengedarkannya flyers pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat depan. Sila email atau sms saya (khair75@gmail.com / 0122655203) jika anda ingin menjadi sukarelawan terutamanya untuk waktu balik persekolahan sebelah tengahari.


Semoga usaha kita yang sedikit ini mendapat keredahaanNya.


Khairil Anuar

Ketua PAKSI


=======================================================================


Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

 

Tujuan

  • Memastikan tiada peniaga berniaga diluar kawasan sekolah.
  • Memberi kesedaran kepada murid dan ibubapa mengenai kepentingan makanan yang bersih.
  • Memastikan hanya makanan di kantin sahaja yang boleh diperolehi oleh anak-anak dan ibubapa.
  • Memastikan keselamatan jalan raya dan seterusnya mengelakkan kesesakan jalan raya

 

Pendahuluan

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka).  Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan. Rasanya, hampir keseluruhan makanan yang dijual di luar kawasan sekolah termasuk dalam kategori makanan yang akan dilarang dijual di kantin sekolah. Ketiganya, faktor keselamatan. Tepi jalan raya amat merbahaya kepada murid yang sedang membeli dan juga murid yang lalu-lalang.  Keempatnya, ianya juga salah satu faktor menyebabkan kesesakan jalan raya. Maka dinasihakan agar ibubapa tidak turut sama membeli dan membenarkan anak-anak anda membeli barangan yg dijual kawasan sekolah. PIBG dan sekolah juga perlu melaksanakan gerak kerja bagi membenteras masalah ini.


Pendekatan yang boleh dilakukan

  •  Kempen kesedaran makanan yang sihat di sekolah, rumah dan secara online.
  • Makluman kepada murid daripada pihak sekolah semasa perhimpunan dan dalam kelas.
  • Makluman kepada ibubapa melalui flyers yang akan diedarkan sewaktu ibubapa menunggu anak-anak pulang.
  • Mencadangkan kantin menjual di luar waktu rehat (jika mereka setuju).
  • Laporan kepada MPKj dan follow-up.
  • Melaporkan kepada Ahli Majlis Zon 24 dan follow-up.
  • Pemantauan berterusan dan ulangi langkah diatas sekali lagi.

 

Penutup

Diharap dengan usaha ini dapat mengekang gejala jualan diluar sekolah disamping itu menunjukkan PIBG prihatin dan bertindak atas apa yang dirasakan baik untuk semua pihak.

 

Disediakan oleh,

 

Khairil Anuar

Ketua PAKSI

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet