Terkini

Edaran 'Flyers' Sempena Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Ibubapa yang dihormati.

Semalam PIBG telah mengedarkan 'flyers' kepada ibubapa dan anak-anak mengenai Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah. Insya-Allah, kempen ini akan kita lakukan secara berterusan dengan agenda yang berbeza.

Cuma apa yang diharapkan adalah kerjasama pihak ibubapa agar menasihatkan anak masing-masing agar tidak membeli daripada peniaga diluar.

Sebanyak hampir 800 'flyers' telah kita edarkan disamping menasihatkan anak-anak agar tidak membeli daripada peniaga luar atas pelbagai alasan kebersihan, keselamatan dan lain-lain lagi.

PIBG juga mendapat satu komen positif daripada salah seorang pemandu van sekolah yang bersetuju dengan langkah ini kerana pada masa sekarang ada anak-anak yang menaiki van lewat kerana membeli barangan di luar kawasan sekolah. Ini menurut beliau menyukarkan pemandu van sekolah.

Apa sahaja alasan yang diberikan, sebenarnya lebih banyak yang buruk daripada yang baik dengan kehadiran peniaga di luar sekolah.

"Jangan Beli daripada Peniaga Di Luar Sekolah"

Di kongsikan gambar kempen semalam. Terima kasih kepada juru foto En. Feisal. Selebihnya ada dikongsikan di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150194694475789.325195.182228500788

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/225407_10150194694860789_182228500788_6896039_6050684_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/228694_10150194694905789_182228500788_6896041_8283097_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/226890_10150194694985789_182228500788_6896044_4286693_n.jpg

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet