Terkini

PPBSP - Pendaftaran Akhir Malam Ini

Kepada yang belum mendaftar, tapi ingin mendaftar. Sila bawa borang beserta wang pendaftaran dan keahlian RM15 dan boleh serahkan kepada Jawatankuasa Penaja PPBSP malam ini di Pusat Khidmat Masyarakat tidak lewat daripada jam 9 malam. Ini adalah hari terakhir pendaftaran sebelum AGM kali pertama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja   -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat PPBSP semalam bersetuju untuk memanjangkan tempoh pendaftaran ahli selama seminggu lagi. Maka, tarikh akhir pendaftaran ahli PPBSP bagi warga BSP yang ingin terlibat terus dalam AGM PPBSP adalah 28 Mac 2011. Borang boleh diserahkan terus kepada wakil persatuan penduduk tempatan. Atau boleh juga diserahkan di kedai Internet Cafe (Engku Ahmad Faizal) beralamat di No 14 Jln Seri Putra 3/13. Atau boleh dihantar terus ke Pusat Khidmat Masyarakat BSP pada malam 28 Mac 2011 (semasa mesyuarat badan penaja).

Oleh itu, saya menyeru agar warga BSP yang sekarang dianggarkan sekitar 12,000 orang (atau 4,000 unit kediaman mengikut Bangi Heights dikali 3, maka anggaran 12,000 orang) dapat mendaftar sebagai ahli persatuan. Sehingga semalam, seramai 145 borang yang lengkap telah diterima. Dengan lanjutan pendaftaran ini diharap ianya boleh mencecah 250 ahli (sekitar 2 peratus sahaja).

-Khai- (melalui email BSPInduk)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja    |    Pesanan Penaja   -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh muat turun borang dalam bentuk PDF dan sedia dicetak di sini.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet