Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya.
Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya.
Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.
Kami bergerak pula ke tapak pesta. Dari jauh telah kelihatan belon 'Doremon' dan 'Darth Vader". Anak lelaki saya bertanya tentang belon hitam aka 'Darth Vader' tersebut. Yalah, mereka lahir selepas zaman 'StarWars'. Kenalah terangkan serba sedikit mengenai 'StarWars' (http://www.starwars.com/).
Sekitar tapak, terdapat 7 lagi belon termasuk 'Doremon' dan 'Darth Vader' yang digunakan untuk pengunjung yang ingin merasakan pengalaman menaiki belon udara. Saya cuba untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Bagaimanapun, kecewa kerana hanya 300 orang pertama sahaja yang dibenarkan untuk sesi sebelah pagi.
Tak ada rezeki. Kemudian nak mendaftar pertandingan mewarna. Huh, dah tutup juga. Rupanya kami lambat sampai. Memang kena datang awal rupanya.
Yang tinggal, pertandingan melipat kapal terbang kertas. Daftar je lah. Jam baru pukul 10 masa itu. Pertandingan mula 12 tengahari. Berlegarlah sekitar tapak pesta.
Tapak terbahagi 5 kawasan. Kawasan menaiki belon utama; kawasan permainan; kawasan jualan; kawasan makanan; dan kawasan pameran.
Di udara, kelihatan paramotor. Sejenis sukan ekstrim seumpama paragliding. Lihat sini http://paraglidingmalaysia.com/. Bezanya, paramotor ada motor dibelakang peluncur. Makala, paragliding meluncur mengikut kuasa angin. Itulah yang saya faham.
Terdapat juga penyewaan Segway Personal Transporter (http://segkl.com/). RM20 untuk sepuluh minit. Itu setelah tolak masa latihan dan tunjuk ajar. Ok gak, tapi mungkin boleh main lain kali. Wall climbing dan 3-wheel cycle pun ada. Juga tak berminat nak mencuba.
Kali ni, kami cuba main 'Orbing Ball' (http://www.firstinmalaysia.com.my/). RM10 seorang untuk setengah jam. Bolehlah layan. Terdapat juga 'Water Orb' dan 'Bumper Ball'.
'Water Orb' tu menarik juga sebab boleh terapung atas air tanpa basah. Cuma, kali ini 'skip' sebab dah naik 'Orbing Ball' tadi.
Seterusnya, jalan-jalan kawasan pameran, gerai makanan dan jualan. Kalau haus, banyak booth 'Mountain Dew' yang boleh menghilangkan dahaga. Ataupun boleh je beli air penghilang dahaga. Makanan pun banyak. Hanya perlu bawa duit sahaja. Dan kalau bawa anak-anak tu, banyak juga barang jualan seperti belon pelbagai bentuk cuma mahallah. Satu belon sampai RM5. Saya tak belilah.
Sebelum balik, sempat juga masuk pertandingan melipat kapal terbang kertas. Pertandingan diadili berdasarkan penerbangan paling jauh dan lipatan paling kreatif. Tak ada rezeki, anak-anak tak menang. Balik keletihan tetapi anak-anak gembira. Oh lupa, kami pergi pada hari Jumaat. Tak ramai orang. Mungkin tadi atau esok (Ahad) ramai lagi yang hadir dan lebih meriah. Kepada yang belum berkesampatan, bolehlah melawatnya.
-Khai-
Terkini
Pengalaman ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011
Dikirim oleh
khaiatbsp
20 Mac 2011
pada
5:05 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)
0 comments:
Catat Ulasan