Terkini

Info selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SRA-BSP 25 Februari 2011

Info selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SRA-BSP 25 Februari 2011

Assalammualaikum,

Berikut disenaraikan perkara yang telah diketengahkan semasa mesyuarat JK PIBG pada 25 Feb 2011 baru-baru ini.

1. 26 Mac (Sabtu) - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-2.

2. Berkenaan Skim Pinjaman Buku Teks yang diperkenalkan tahun ini, kecuali pelajar Tahun 1, pelajar lain telah mendapatnya. Kekurangan buku pelajar Tahun 1 kerana kemasukan pelajar melebihi jumlah pelajar berdaftar pada Ogos 2010. Skim ini adalah sumbangan MAIS.

3. Berkenaan buku latihan pula, kelewatan penerimaan adalah kerana terdapat kesilapan fakta (dan dicetak semula). Buku telah sampai kesekolah tetapi belum sempurna edarannya kepada pelajar.

4. Statistik:
    Jumlah guru: 39 orang termasuk guru besar dan penolongnya.
    Jumlah kelas: 36 kelas (Tahun 1-6), sekolah kekurangan 2 guru kelas (dibuka untuk diisi oleh guru sementara. Sila hubungi Guru Besar)
    Jumlah pelajar: 1,371 orang (623 pagi, 748 petang)
    
5. Kekosongan 2 jawatan guru sementara. Sila hubungi Guru Besar. Bayaran RM25 sehari dan kelayakannya adalah mesti pernah bersekolah agama dan boleh menulis jawi.

6. Bacaan doa telah dijalankan setiap permulaan sekolah (pagi dan petang)

7. Kelas Iqra' telah diteruskan seperti tahun sebelum ini. Bagimanapun pemandu van/bas komplen pelajar lewat naik van/bas.

8. Solat Asar Berjamaah untuk semua pelajar turut dijalankan. Bagaimanapun, akibat surau kecil akitiviti ini nampak tidak teratur, mengambil masa panjang dan mendapat komplen daripada pemandu van/bas.

9. Berkenaan Solat Asar Berjamaah, isu kelewatan pelajar balik menyebabkan pemandu bas tidak puas hati. Penyelesaiannya, PIBG akan membelikan tikar yang boleh digunakan di Dewan sekolah sebagai surau sementara. Ibubapa juga disarankan untuk menyumbang sejadah.

10. Kelas Pemulihan hanya untuk pelajar Tahun 1 dan 2 sahaja. Ada sekitar 30 orang.

11. Kelas Tahfiz Al-Quran telah dijalankan semenjak tahun lepas. Ia terbuka kepada keluarga berminat dan dijalankan pada sebelah malam dengan bayaran.

12. Jadual ujian prestasi dan peperiksaan 2011 telah dimasukkan dalam blog. (http://srabandarseriputra.blogspot.com/2011/02/sra-jadual-ujian-prestasi-dan.html)

13. Masalah elektrik yang kerap 'blackout' setiap kali hujan, pihak JKR akan dipanggil untuk mengatasinya.

14. Sambutan Maulidurrasul baru-baru ini berhadapan dengan cuaca hujan lebat. Untuk tahun mendatang, penglibatan ibubapa juga akan dirancang.

15. Pendaftaran PIBG telah disahkan. Bagaimanapun statusnya adalah sementara.

16. Surat permohonan semburan nyamuk telah dihantar kepada pihak berwajib. Malangnya masih tidak mendapat jawapan.

17. Kelab Penjaga Tahun 6 telah dipersetujui menjadi salah satu entiti dalam PIBG dan setaraf dengan biro-biro sedia ada. Kewangan kelab ini akan diletakkan dibawah PIBG. Bagaimanapun kelab mempunyai kuasa penuh untuk perbelanjaan mereka dan mempunyai bendaharinya sendiri.

18. Terdapat 146 murid Tahun 6.

19. Yuran tambahan Tahun 6 adalah sebanyak RM100. Pecahan perbelanjaan adalah untuk kegunaan:
     a) Bayaran saguhati guru (RM160 sebulan) bagi kelas tambahan (5.15 - 6.00 petang)
     b) Seminar PSRA ajuran daerah dan sekolah
     c) Pembelian Kismis (atas arahan jabatan)
     d) Air mineral yang dibacakan surah Yassin setiap Jumaat oleh sekolah.
     e) Program gerak gempur.

     Nota: Masih ada ibubapa yang belum bayar.

20. PIBG juga bersetuju untuk menyediakan 'claim' untuk guru pergi berkursus kerana sekolah tidak dapat peruntukan daripada jabatan. RM10 dalam daerah dan RM50 luar daerah dan ianya atas budibicara Guru Besar.

21. PIBG akan cuba mendapatkan peruntukan bagi membina:
     a) Surau
     b) Gerai PIBG


22. Berkenaan En Azizuddin Zailan yang mengadu tidak dipanggil mesyuarat JK PIBG setelah dilantik sebagai AJK semasa AGM. Setiusaha memaklumkan, tidak mendapat maklumat cara menghubungi beliau. PIBG sebulat meminta YDP dan SU berjumpa dengan beliau. Dalam masa yang sama, diharap En. Azizuddin dapat menghubungi YDP (019-7027995) atau SU kerana mereka tiada maklumat untuk menghubungi En. Azizuddin.

23. Bagi ibubapa yang tidak berkemampuan, satu borang pengecualian akan dikeluarkan pada setiap tahun. Yuran PIBG akan dikecualikan dan sumbangan tambahan seperti skim masakanan percuma akan disediakan.

24. Bagi mengatasi masalah pelajar duduk diatas koridor, PIBG akan cuba menutup grill kerana itu penyebab pelajar naik duduk di koridor. Sumbangan korporat atau individu juga di harap untuk mengatasi masalah ini.

25. Bilik Pengurusan PIBG telah diperuntukkan oleh sekolah. Terima kasih kepada sekolah.

26. Mesyuarat JK seterusnya adalah pada 11 Mac 2011.

* Nota: Tarikh aktiviti adalah tertakluk kepada perubahan.

Sekian, harap maklum.

Bagi pihak PIBG SRA-BSP

=================================
SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRA-BSP)
Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor DE.
Tel: 019-2114617 / 016-6442652

Hubungi PIBG
YDP: En Lokman Bin Md Sarip
019-7027995, drlokman08@gmail.com

Blogpage: http://srabandarseriputra.blogspot.com/
Facebook: http://www.facebook.com/pages/SRA-Bandar-Seri-Putra/179473523862
Email: srabandarseriputra@gmail.com
============================

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet