Masjid KUIS
Assalamualaikum Wrt . Wbt.
Pihak Masjid Al-Azhar akan melaksanakan Ibadah Korban & Aqiqah pada 17 November 2010 (Rabu). Sebanyak tiga ekor lembu yang akan disembelih. Disebabkan pelajar akan bercuti mulai 15 November (Isnin), pihak kami kekurangan tenaga dan sangat memerlukan bantuan tenaga sukarelawan untuk membantu kerja-kerja lapah melapah dan persiapan memasak. Penyembelihan akan bermula jam 9:00 pagi bertempat di Masjid Al-Azhar. Sarapan Pagi dan Makan Tengahari disediakan. Segala kerjasama yang diberikan diucapkan jutaan terima kasih.
--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237
Surau Al-Hijrah, BSP
Assalamualaikum....
Program Ibadah Qurban/Aqiqah Berkelompok 2010 Surau Al Hijrah telah ditutup kerana telah memenuhi kuota yang telah diperuntukkan bagi Program Tahun ini iaitu 5 ekor lembu
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta Qurban dan Aqiqah yg telah sudi menyertai program ini yang akan dijalankan pada Hari Raya Qurban pertama.
Satu majlis gotong royong persediaan majlis Qurban akan diadakan pada hari Sabtu ini bersamaan 13 November jam 8.00 pagi dan pada malamnya akan diadakan Mesyuarat Akhir Persediaan Majlis Ibadah Qurban/ Aqiqah bermula selepas Maghrib. Semua jemaah dijemput hadir. Pada malam tersebut juga Surau akan mengedarkan resit rasmi pembayaran duit Qurban dan Aqiqah kepada semua peserta yang terlibat.
Jadi dijemput semua peserta dan Ahli Kariah untuk sama-sama menjayakan program tersebut.
Sekian Terima Kasih
Nota: Solat Hari Raya Aidiladha dan korban (5 ekor) lembu akan dilaksanakan di Surau Al-Hijrah pada hari Rabu 17 Nov 2010.
Surau Al-Ikhlas, TIP
Assalamualaikum
"PROGRAM 3 DALAM 1"
(Solat, Korban & Jamuan)
SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H / 2010M
3 EKOR LEMBU
MENANTI ANDA.....
Tarikh/HARI : 17. 11. 2010 (RABU)
Masa : 6.00 PAGI – 5.00 PETANG
Tempat : Surau Al-Ikhlas tip
ACARA : 6.00 pagi – 8.30 pagi
Solat Suboh & Takbir Raya
: 8.30 pagi – 10.00 pagi
Solat Hari Raya Aidil Adha
: 10.00 pagi – 1.00 petang
Program Korban/Akikah
: 2.00 petang – 5 petang
Jamuan Raya Aidil Adha
: 5.00 petang – 6.30 petang
Gotong-Royong
PERHATIAN!!!
i. GOTONG-ROYONG (14/11/2010 - AHAD, jam 8.30 pagi).
ii. Membawa "Potluck" semasa jamuan Hari Raya Aidil Adha seikhlas hati
(serah pada AJK Jamuan).
iii. Sila bawa peralatan yang bersesuaian untuk gotong royong & program
korban/akikah
Muslimin, muslimat, ibu, bapa serta anak-anak ahli kariah Taman Impian
Putra DIJEMPUT HADIR bagi memeriahkan semua program ini.
0 comments:
Catat Ulasan