Thursday, October 14, 2010
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/10/tahniah-kepada-pemenang-pertandingan.htmlTahniah Kepada Pemenang Pertandingan Kejiranan Terbaik MPKj Dari Kawasan Bangi & Serdang
Pejabat Adun Bangi, 04 Zulkaedah = 12 Oktober (Selasa):
Mesyuarat Dewan Harian malam ini diberitahu oleh Wakil MPKj Zon 23 Tuan Haji Shafie Ngah, bahawa pada hari Rumah Terbuka MPKj 8 Oktober yang lepas, ketika YDP MPKj menyampaikan Ucapan Perasmian, dan telah mengumumkan keputusan Pertandingan Kejiranan Terbaik MPKj 2010.
Sungguhpun Adun Bangi, turut hadir pada hari Rumah Terbuka tersebut, tetapi tidak berkesempatan mendengar ucapan YDP. Kehadiran Adun Bangi agak lewat pada sebelah petang dan tidak berlamaan serta tidak berkesempatan bercakap-cakap panjang dengan pihak Tuan Rumah yang sibuk melayan tetamu. Lagi pula suasana pada petang itu hari di dalam keadaan hendak hujan dan masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa.
Pertandingan Kejiranan Terbaik pada peringkat Hulu Langat itu ialah pertandingan yang menilai hubungan kemasyarakatan yang wujud di satu-satu kawasan perumahan termasuk dari segi hubungan kemanusiaan, keselesaan dan kebersihan.
Terdapat tiga kategori pertandingan:
- Pertama - Kategori Rumah Pangsa
- Kedua - Kategori Rumah Teres
- Ketiga - Kawasan Rumah Berkembar & Banglo
Daripada ketiga-tiga kategori nampaknya dua daripada kategori pada peringkat johan dimenangi kawasan perumahan dari DUN Bangi dan tempat ketiga dari kawasan Serdang.
1) Johan Perumahan Pangsa
Perumahan Pangsa Taman Ros, Kajang – termasuk di bawah DUN Bangi
2) Johan Perumahan Rumah Teres
Perumahan Teres Damai Perdana, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi – DUN Bangi.
3) Tempat Ketiga Rumah Teres
Perumahan di Bandar Tun Hussein Onn.
Bagi setiap johan rumah pangsa mendapat gran RM15,000 untuk diguna bagi kegiatan komuniti dan pembaikan setempat. Begitu juga Johan bagi perumahan teres juga mendapat gran bernilai RM15,000 untuk diguna bagi pembangunan dan kepentingan penduduk.
Bagi perumahan teres di Bandar Tun Hussein Onn yang mendapat tempat ketiga diberi peruntukan sebanyak RM5,000 bagi tujuan pembangunan dan kepetingan penduduk setempat.
Tahiah kepada ketiga-tiga pihak yang telah mengharumkan DUN Bangi dan juga kawasan Serdang. Adalah diharapkan melalui hadiah yang ditawarkan seperti ini menggalakkan perumahan dan taman-taman bekerjasama mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyertai kegiatan-kegiatan kemasyarakatan menjadi tempat yang dihuni bermasyarakat harmoni.
Sekian.
0 comments:
Catat Ulasan