Terkini

Jamuan Raya Vista Seri Putra - 08 Okt 2010

8 Oktober, 8.30 malam.

Majlis Jamuan Hari Raya Vista Seri Putra telah dijalankan dengan jayanya. Dianggarkan sekitar 200 warga Vista hadir pada majlis tersebut.

Disamping itu tetamu jemputan daripada wakil penduduk sekitar Bandar Seri Putra turut hadir dalam majlis ini. Turut kelihatan wakil pemaju (en Norizan dan En Fadzri) Bandar Seri Putra yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada majlis sekitar Bandar Seri Putra. Disamping luangan masa daripada Ketua Balai Polis Bandar Seri Putra, ASP Ramlan dan pasukannya.

Majlis yang ringkas tapi bermakna tersebut telah dimulakan dengan ucapan Pengerusi JMB Vista Seri Putra merangkap Pengerusi Penduduk Vista Seri Putra, Kaptan Rahman. Antara yang disentuh berkenaan perkembangan di Vista yang amat membanggakan disamping mengumumkan majlis Persatuan Induk Penduduk Bandar Seri Putra yang akan diadakan pada 16 Oktober (Sabtu depan) di padang SP5 (sebelah tangki air, hadapan Hj Tapah).

Majlis telah dimeriahkan dengan persembahan anak-anak daripada salah satu tadika di sini, persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid SRA-BSP dan juga pertandingan karaoke. Karaoke telah dimenangi oleh pemenang yang sama seperti tahun lepas. Manakala, duit raya telah diberikan kepada anak-anak. Tak lupa penghargaan kepada pekerja contoh Vista dan cabutan bertuah.

Majlis berakhir sekitar 11.00 malam.


Penduduk Vista


Penduduk Vista


AJK JMB Vista


Orang kuat Bangi Height Development, En Fadzri dan En Norizan


Persembahan nasyid SRA-BSP

Video persembahan di sini (http://www.facebook.com/video/video.php?v=448183843116&ref=mf) dan sini (http://www.facebook.com/video/video.php?v=448203068116&ref=mf).

Gambar lain di sini: http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs316.ash2/59682_441080828862_179473523862_5293520_7952559_n.jpg

-Khai@BSP-

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet