Terkini

Blog YB - Ramah Mesra Seri Putera 2010 Mengeratkan Hubungan Masyarakat

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/10/ramah-mesra-seri-putera-2010.html

Monday, October 18, 2010

Ramah Mesra Seri Putera 2010 Mengeratkan Hubungan Masyarakat

Bandar Seri Putera, 08 Zulkaedah = 16 Oktober (Sabtu):


Majlis di atas adalah anjuran Persatuan Induk Penduduk Bandar Seri Putera bersama Bangi Heights Development - UM Land Sdn. Bhd dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 MPKj bertempat di Padang Permainan SP 5 dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang. Tema Majlis ialah Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat. Antara program yang diatur ialah Ucapan-Ucapan, Perasmian, Jamuan Makan, Persembahan Budaya, Cabutan Bertuah dan Pertandingan.

Hadir pada majlis pada hari ini ialah Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, Encik Zulkifly bin Garib Bangi Heights Sdn. Bhd. (BHSB), Tuan Haji Ahmad bin Yusof YDP Persatuan Penduduk BSP yang juga selaku Pengarah Sambutan, En. Fadzri bin Md. Jaafar (BHSB) selaku Timbalan Pengarah 1, Tuan Haj. Abd. Rani bin Othman Timbalan Pengarah 2 dan saudara Burhanuddin bin Hj. Mahwal Selaku Setiausaha seterusnya AJK dan orang ramai yang membanjiri padang permainan.


Perasmian Majlis ialah dengan Pukulan Gong secara bersama oleh Y.B. Teo Nie Ching dan Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar di atas pentas berhadapan dengan para tamu dan orang ramai yang hadir.


Sebelum upacara perasmian Pengerusi AJK Penduduk menyampaikan ucapan yang menekankan tentang usaha mendirikan Masjid Bandar Seri Putera berjalan lancar dan kini dana dapat dikumpul melebihi RM400,000. Kini sumbangan tetap bulanan dari penduduk melebihi RM20,000 sebulan. Apabila dana mencecah RM2 juta, maka pembangunan bangunan akan dimulakan yang dijangkakan pada Mac 2011. Beliau juga memaklumkan tentang Bangunan Sekolah Menengah Bandar Seri Putera masih tertangguh dan kemungkinan masih tidak dapat digunakan pada awal tahun hadapan, manakala bangunan klinik kesihatan sudah siap. Pengarah Operasi UM Land Sdn. Bhd. Berucap ringkas berterima kasih kepada semua pihak dan menekankan bahawa syarikatnya senantiasa bekerjasama memberi perhatian tentang kepentingan dan kesejahteraan penduduk yang memilih Bandar Seri Putera sebagai tempat kediaman. Beliau berharap penduduk berpuashati dengan khidmat yang diberi selama ini.


Adun Bangi ketika diminta berucap, menyentruh tentang Bandar Seri Putera mempunyai pola yang sama dengan Bandar Baru Bangi, Sebagaimana BBB sebagai Bandar baru dan tiada siapa yang dapat mendakwa sebagai penduduk asal, maka demikianlah Bandar Seri Putera, tuan-tuanlah peneroka bersama, sebab itu tuan-tuan adalah mereka yang berhak menentukan corak dan arah Bandar Seri Putera. Seperti mementingkan kesejahteraan, Ilmu dan Keislaman. Jika ini dihasratkan, semua pihak perlu bekerja merealisasikan hasrat sedemikian.


Adun Bangi juga mengingatkan, bahawa Bandar Seri Putera sebagai Bandar masyarakat menengah atas dan sederhana, menurut kajian sosiologi, masayarakat sedemikian cenderung kepada bersikap individualis dan kurang bergaul, kerana mereka mempunyai segala keperluan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita tidak mau keadaan ini berlaku kepada masyarakat di Bandar Seri Putera. Adun Bangi berpendapat Majlis Ramah Mesra yang diadakan pada hari ini amat penting di dalam usaha berkenal-kenalan dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat. Majlis seumpama ini perlu diadakan dari masa ke masa, bahkan usaha mendirikan masjid juga salah satu cara yang mengeratkan individu dengan jamaah dan hidup bermasyarakat secara ukhuwwah. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Ramah Mesra yang begitu berjaya.


Yang terakhir berucap ialah Y.B. Teo Nie Ching, beliau berdukacita dengan pihak Kementerian Pelajaran yang menjanjikan Sekolah menegah dapat disiapkan pada tahun 2010, tapi tak dapat ditepati. Beliau berharap klinik kesihatan yang telah siap dapat dibuka sesegera mungkin. Beliau menyebut tentang bajet yang baru disampaiakn oleh Perdana Menteri di Parlimen semalam, bahawa antaranya bayaran tol tidak akan dinaikkan dalam tempoh lima tahun akan datang. Beliau bertanya, dengan tidak naik kadar tol adakah kerajaan mengganti rugi? Beliau menyebut tentang kerajaan membayar pampasan kepada syarikat tol pada tahun 2008 sebanyak RM731 juta dan 2009 ialah RM813. Jika demikian bererti kerajaan juga menggunakan wang rakyat bagi memberi pampasan kepada syarikat-syarikat tol.


Semasa jamuan makan pertunjukan budaya dari anak-anak penduduk diadakan, termasuk cabutan bertuah dan beberapa pertandingan yang lain.


Majlis Ramah Mesra berjaya mengeratkan hubungan masyarakat Bandar Seri Putera.

Sekian.

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet