Terkini

Blog YB: Pelancaran Senam Robik Di Seri Putera

Monday, October 25, 2010

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/10/penangan-panggang-rusa-kami-datang-juga.html


Bandar Seri Putra, 15 Zulkaedah = 23 Oktober (Sabtu):

Pagi ini atas inisiatif Ahli Majlis MPKj Zon 24 bersama Bangi Height dan Persatuan Penduduk dilancarkan acara `Senam Robik` di Padang Rakreasi Awam bersebelahan dengan Tol Bandar Seri Putera. Ketika Adun Bangi tiba jam 8.30 pagi senam robik sedang rancak berjalan diikuti lebih kurang 150 penduduk kecil besar. YDP MPKj tiba lebih kurang waktu yang sama dengan Adun dan turut masuk ke dalam barisan hadapan senam robik. Bersama dibarisan hadapan ialah Sdr. Mazwan Johar Ahli MPKj, Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk, Encik Fadli Omar Jaafar yang mewakili Bangi Height. Pemimpin Senam Robik ialah Encik Ali. Senaman berlangsung sejam. Ini tidak termasuk setengah jam sebelumnya yang tidak sempat kami ikuti. Dalam masa sejam bersenam tanpa henti-henti itu, kami benar-benar berpeluh dan berasa lebih ringan dan sihat.

Selepas senaman diadakan sedikit ucapan pembukaan yang mula-mula disampaikan oleh Ahli MPKj Tuan Haji Mazwan yang memaklumkan tentang bagaimana perancangan diatur sehingga program senaman menjadi reality. Beliau berharap acara Senaman Robik ini akan terus mendapat sambutan.

YDP MPKj Dato` Hasan Nawawi yang juga jaguh berbasikal mengelilingi dunia pada tahun 2001-2002 itu menekankan perlunya kepada senaman untuk menjaga kesihatan. Menurutnya kalau tidak dapat bersenam setiap hari perlu bersenam 3 kali seminggu yang setiap kali dalam masa lebih kurang setengah jam. Menurutnya, Tuan-tuan boleh berbasikal keliling Bandar Seri Putera sebagai satu cara menjaga kesihatan.

``Dengan bersenam badan kita sihat, otak cerdas dan tidak cepat nyanyuk``. Katanya. Beliau memberi contoh Profesor Ungku Aziz yang sering berjoging, walaupun umurnya menghampiri 90 tahun, tapi masih sihat dan masih kuat ingatan.``


Dato` Hasan Nawawi menyebut sekarang ramai mengalami penyakit yang berhubung dengan permakanan seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Beliau memberi fatwa bagi menjaga kesihatan dan fitness. Menurutnya perlu jaga 4 perkara:

1) Amalkan bersenam setiap hari atau tiga kali seminggu secara berterusan

2) Menjaga permakanan. Elak dari yang berlemak

3) Kawal mental dari stress. Usaha menenangkan diri – termasuk beribadat

4) Untuk orang yang telah berumur perlukan `food supplement`.


Adun Bangi juga diminta berucap. Beliau memuji usaha mengadakan senam robik pada hari Sabtu seperti yang diadakan. Beliau berharap usaha ini diteruskan dan meminta penduduk terus mengambil bahagian untuk faedah kesihatan diri dan kebahagian keluarga yang turut sama bersenam. Beliau memaklumkan yang beliau mengikuti 3 tempat senam robik, iaitu di tepi Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi, di Dataran Usahawan Seksyen Satu BBB dan hari ini di Bandar Seri Putera ini. Senam robik di tepi Tasik Cempaka masih hidup dan berjalan setiap minggu. Tapi di Dataran Usahawan tidak lagi ada. Sepatutnya, secara bergurau beliau berkata, ``Penduduk berdekatan Dataran Usahawan meneruskan senam robik. Mereka dekat denganm pasar dan tempat jualan makanan. Tentulah banyak makanan yang dimakan. Mereka sebenarnya lebih memerlukan senaman.`` Menurutnya, Kita harapkan kalau mereka tidak bersenam di Dataran, bersenamlah di rumah. Beliau menyebut,``Rakyat Malaysia sebenarnya dalam keadaan mewah dan terlebih makan. 60% dari mereka mengalami kegemukan. Sebab itu mereka patut amalkan senaman. Sesungguhnya bila rakyat sihat keluarga dan Negara juga sihat.


Dengan bersenam kata Adun, bukan saja sihat tubuh badan, tetapi juga mental. Banyak ilham yang baik terbetik masa bersenam yang dapat digunakan. Pemimpin-pemimpin Negara mengambil peluang berbincang semasa bersenam, iaitu bermain golf. Kita kalau tak dapat main golf, boleh bersenam secara menyangkul dan membersih kawasan rumah pada petang hari dan hari-hari minggu. Dengan demikian tubuh badan sihat dan rumah bersih dari sampah dan wabak seperti denggi. Sesunggunya Akal yang sihat berada pada tubuh badan yang sihat. Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga. Kita menyedari betapa tinggi nilainya apabila kita sakit. Tuan-tuan dan Puan-puan jangan tunggu sakit baru mau jaga kesihatan.


Bersenamlah Untuk Kesihatan.

Sekian.

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet