Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) :Misi & visi...
- Penubuhannya berlandaskan hasrat dan cita-cita Negeri Selangor menjadi Negeri Maju. Justeru itu timbul idea mewujudkan sebuah perwakilan masyarakat/penduduk sebagai penghubung setempat bagi memudahkan pentadbiran terutama di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (merakyatkan pentadbiran).
 - Lantaran itu  semua Pihak Berkuasa Tempatan di  Negeri Selangor telah diarahkan untuk  menubuhkan Majlis Perwakilan  Penduduk bagi kawasan pentadbirannya.
 
Tujuan Penubuhan
- Memperkukuhkan dan memperkemaskan fungsi Ahli Majlis sebagai agen penghubung di antara Majlis dan Masyarakat.
 - Menjadi saluran maklumat kepada masyarakat.
 - Menjadi badan pentadbiran yang menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada pihak Majlis.
 - Membantu meningkatkan mutu perkhidmatan Majlis dengan penyertaan dan pandangan mereka.
 - Menggalakkan penyertaan penduduk setempat di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis.
 - Merancang program-program mesra rakyat.
 - Memantau aktiviti-aktiviti persatuan penduduk di kawasan zon masing-masing.
 - Menyelaras bentuk bantuan yang seimbang kepada persatuan-persatuan penduduk.
 -  Selaras dengan Local Agenda  21 ke arah pembangunan mampan.
 
Bidang Tugas MPP
- Mengadakan mesyuarat bagi memantau perjalanan MPP Zon.
 - Membuat pemilihan dan perlantikan AJK MPP Zon berdasarkan kepada senarai nama yang dikemukakan oleh Pengerusi MPP Zon.
 - Menilai dan menyelaras program yang hendak dijalankan oleh MPP Zon.
 - Menetapkan peruntukan atau bantuan kewangan kepada MPP Zon.
* Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang mempunyai kuasa yang muktamad melantik dan menarik balik jawatan Ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Zon. 
 
 




0 comments:
Catat Ulasan