Terkini

Laporan AGM ke-2 dan Sambutan Hari Raya Seri Mawar

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

AGM JMB Seri Mawar telah berlangsung pada Ahad lepas 26 September 2010 di Dataran Seri Mawar jam 9.00 pagi.

Kehadiran amat memuaskan dan dengan bantuan Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (P3SM) sedikit majlis sambutan Hari Raya telah diadakan.

Majlis bermula dengan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar kali ke-2 (AGM JMB Seri Mawar). Dimulakan dengan ucapan Pengerusi JMB Seri Mawar, En A. Rahim Md Top. Antara lain beliau menekankan kepentingan dan kelebihan untuk pemilik dan penduduk turut sama dalam pelbagai perkara yang telah dan akan dirancang oleh JMB. Ini adalah untuk kepentingan bersama. Antara yang perlu diperhatikan adalah seperti kes buang sampah di koridor sebab malas masuk dalam tong disediakan dan juga pemantauan anak-anak agar tidak merosakkan persekitaran pangsapuri.

Seterusnya pembentangan minit mesyuarat AGM kali Pertama, laporan kewangan dan laporan setiausaha.

Manakala, ahli yang hadir juga memberi pandangan yang bernas. Antaranya cara penyelesaian dinding bangunan yang buruk mungkin boleh dipasang marmar sebagai alternatif kepada cat yang mungkin tidak tahan lama.

Majlis diakhiri dengan jamuan Hari Raya sebelum sesi keceriaan (berkemas) dan diakhiri pada jam 12.30 tengahari.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs335.ash2/61505_444939262486_91019927486_5126083_389601_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs318.ash2/59874_444939037486_91019927486_5126068_3454758_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs675.snc4/61505_444939252486_91019927486_5126081_2247548_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs335.ash2/61505_444939257486_91019927486_5126082_8071401_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs709.snc4/62940_444939437486_91019927486_5126091_691477_n.jpg

Khai@BSP

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet