Terkini

Salam Ramadhan dari Surau AsSyakirin BSP

Salam Ramadhan dari Surau AsSyakirin BSP

07Aug2010


Salam kepada semua warga BSP,

InsyAllah kita Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan 1437 H bersamaan 2010 M yang semakin menghampiri kita.

Seperti kebiasaannya Surau AsSyakirin akan mengadakan aktiviti agama bermula dari berbuka puasa, sembahyang Tarawih, Tadarus, Tazkirah Ramadhan, Moreh dan juga Qiamulail. Pihak Surau AsSyakirin menjemput SEMUA MUSLIMIN/MUSLIMAT BSP dan kawasan berhampiran untuk beramai-ramai kita beribadah di Bulan penuh kemuliaan ini nanti.

Bagaimanapun untuk tahun ini Pihak Surau AsSyakirin tidak akan mengeluarkan jadual menghantar Juadah untuk Moreh seperti kebiasaannya pada Kariah Surau. Tuan/Puan boleh menghantar sumbangan tuan/puan pada bila-bila masa tanpa terikat pada tarikh tertentu. Untuk yang berhajat mengadakan Jamuan Moreh secara berkumpulan bolehlah berhubung terus dengan Tuan Pengerusi Surau iaitu Tuan Haji Abdul Rani seperti no. telefon tertera di bawah.

Pada yang berhajat untuk bersedekah Tahlil kepada Arwah sanak-saudara, borang tahlil ada disediakan di Surau. Pihak Surau AsSyakirin juga amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari pihak Tuan/puan untuk Aktiviti Bulan Ramadhan nanti.Semuga sumbangan dari Tuan/puan nanti akan mendapat balasan kebaikan dari Allah SWT, InsyAllah.

BULAN RAMADHAN BULAN PENUH KEBERKATAN.

Wassalam.

Sekian,terima kasih.

Pengerusi Surau AsSyakirin,
Haji Abdul Rani Haji Mohamed
No.H/P: 019 3656514
website: www.assyakirin.org.com

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet