Alhamdulillah.. bersyukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi nafas kepada kita untuk kita berada di dalam saki baki bulan ramadahan yang masih ada. Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesihatan kepada kita, diberi kekuatan untuk kita terus mengabdikan diri kepada Allah di bulan yang penuh keberkatan ini. Puji untuk Mu Ya Allah kerana Engkau masih lagi memberi penghidupan ini untuk kita meneruskan sisa-sisa umur yang dianugerahkan kepada kita di atas muka bumi ini, sebelum kita di panggil untuk bertemu Allah nanti.
Bulan Ramadhan adalah bulan yg penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah, diganjarkan amalan dengan berlipat-lipat kali ganda, maka tidak hairan lah kalau kita tengok masjid-masjid dan surau akan dipenuhi dengan kaum muslimin dan muslimat di bulan Ramadhan ini demi untuk meraih pahala dan rahmat Allah yang telah dijanjikan, ianya akan menjadi pelik kalau di bulan Ramadhan masjid dan surau tiada orang, ini menjadi perkara yang pelik tetapi kalau di Bulan Ramadhan masjid dan surau penuh itu adalah perkara biasa. Justeru itu marilah kita bersama-sama orang lain berlumba-lumba untuk bersama-sama mereka untuk meraih sebanyak mungkin ganjaran yang ditawarkan oleh Allah kepada kita… semoga kita semua diberkati Allah.
Sebagai renungan bersama….
Rata-rata kita disini adalah melayu muslim mukmim dan kita akan marah bila ada orang mengatakan betul ke kamu ni muslim mukmin sebenar.. dan memang kita akan marah malah kita sanggup bertumbuk atau bergaduh dengan orang yang mengajukan soalan itu kepada kita demi nak mempertahankan muslim mukmim kita itu.. tapi itu kah caranya untuk kita mempertahankan apa yang dikatakan muslim mukmim itu... sedangkan hakikat sebenar untuk menjaga keislaman muslim mukmin kita itu adalah dengan mengikut perintah Allah SWT dan Seruan Nabi Muhammad SAW. Kita hidup kan syiar islam kita seperti solat berjemaah dan sebagainya.. apatah lagi keadaan sekarang yang kita berada di bulan Ramadhan yang penuh ganjaran dari Allah, namun kita masih lagi gagal melaksanakan itu semua. Bila orang tanya kita marah tapi kita.. bagaimana?.
Tidak di nafikan kita semua terdiri dari orang yang mengerjakan solat saya rasakan... mustahil kita sebagai seorang muslim tidak menunaikan solat.. kerana ia tiang agama.. tapi setakat mana solat kita. .cukupkan dengan hanya solat dirumah.. dan itukah sifat nabi kita Muhammad saw dalam bab solat. Apa alasan kita.. tak sempat..? tak ada masa..? sibuk..? tak sempat dalam perjalanan balik kerja masuk waktu maghrib.. tapi isya' kita di mana .. belum balik lagi masa tu .. (tapi Alhamdulillah di bulan Ramadhan ini Isya' ramai kerana kita datang untuk solat terawih.. agak-agaknyalah kalaulah di bulan Ramadhan ni tiada solat terawih rasanya kita lebih seronok melayan astro kat rumah lagi kot.. tapi disebabkan solat sunat terawih kita gagahkan diri kita untuk ke surau, sedangkan keutamaan adalah solat berjemaah tu..)
Tapi persoalan utamanya subuh kita di mana.. terutama di bulan Ramadahan ni.. majoriti kita rasanya bangun bersahur.. kerana semua orang tahu akan kelebihan bersahur tu.. sebagaimana sabda nabi..
Dari Anas radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah." (HR Bukhari & Muslim)
Rasanya tak sampai 10% yg tak bangun sahur, rasanya tak sampai 10% dari kita yang pergi kerja semasa azan berkumandang rata-rata kita pergi kerja adalah paling awal pun 6.30 pagi.. sebenarnya kita hanya beralasan dengan Allah sahaja.. kita mencari alasan dan kita fikir Allah boleh menerima alasan kita untuk kita tidak bersolat berjemaah di masjid dan surau..
Bukan untuk cuba menunding jari kepada sesiapa, tetapi sekadar untuk memperbetulkan mana-mana yang dirasakan kurang betul kerana ianya masih ada ruang untuk diperbaiki.. kita mahu masyarakat taman kita menjadi satu masyarakat yang diberkati ...
Isu solat berjemaah ini merupakan isu terpenting umat Islam di kala ini. Ketika masjid-masjid sunyi dari manusia-manusia untuk tunduk dan sujud bersama pada Tuhan Pencipta Alam, umat Islam terus dihenyak dengan kehinaan. Kehebatan umat Islam yang suatu ketika dahulu digeruni oleh kawan dan lawan, kini semuanya hanya mainan ilusi.
Langkah pertama dalam menjadikan umat Islam sebagai umat yang disebut sebaik-baik umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran serta beriman kepada Allah adalah melalui solat berjemaah. Di situlah terletaknya kunci kemuliaan umat Islam. Penjamin kepada kehebatan umat Islam adalah terletak pada solat subuh. Jika solat subuh kita pada hari ini boleh dipenuhi seperti penuhnya masjid-masjid ketika hari jumaat, pasti umat Islam tidak akan dihina sebegini rupa di atas muka bumi ini lagi, dan pasti PALESTINE akan jatuh semula di tangan umat Islam.
Kita sedar itu semua.. tapi kita gagal untuk melaksanakannya..kerana apa? Kerana kita gagal berakhlak dengan akhlak seorang muslim.. kita akan marah kepada orang.. jika orang menyindir kita, kamu ni islam ke tidak .. dah tentu kita marah kerana mempertikaikan keislaman kita.. tapi apa yang kita buat untuk islam yang kita pegang… nak datang solat berjemaah pun susah.. berkira sungguh waktu kita dengan Allah.. sampai tak sempat dah kita nak menjenguk Surau atau Masjid untuk solat berjemaah.. sampai kita tak sedar bahawa waktu tu Allah yang bagi kepada kita… kalau kita rasa tak sempat sangat nak datang solat berjemaah minta dari Allah waktu yang lain yang bukan waktu yang Allah bagi tu.. boleh ke..?
Ketika ini kita sibuk mencari kesenangan dunia untuk kita, keluarga kita anak-anak kita. Kita kurang perihatin pada membangunkan jiwa manusia yang mengurus dan mentadbir ini. Kita masih lagi gagal menjadikan solat jemaah sebagai satu keutamaan. Ingatlah, umat Islam terdahulu jiwa mereka subur dengan kesatuan. Solat jemaah itu mencerminkan KESATUAN JIWA, KEJERNIHAN HATI. Perasaan rindu dan kasih sayang tersemai hasil dari solat berjemaah. Inilah yang menyebabkan masyarakat kita buta perasaan. Kasih sayang sudah hilang, anak dibuang , dibunuh, budak-budak kecil diperlakukan teruk dari binatang. Pembunuhan , tuduh menuduh, memfitnah ,dan lain-lain isu masyarakat semuanya hasil dari hilangnya nilai kasih sayang dari jiwa umat Islam kita pada hari ini. Hilangnya perasaan ini adalah hasil dari hilangnya nilai berjemaah, hilangnya nilai kesamaan dari kosongnya masjid dan surau terutama surau kita dari solat berjemaah. Marilah sama-sama kita pupuk kembali nilai kasih sayang dalam jiwa kita dengan memulakan langkah hidup dalam jemaah, solat berjemaah. Moga-moga, di bulan yang penuh keberkatan ini kita mendapat hidayah Allah semoga keluarnya kita dari Madrasah Ramadahan ini menjadi seorang muslim yang jiwanya dekat dengan surau dan masjid dan permulaan ini akan memulakan langkah kita ke arah suatu tamadun ummah yang kembali memartabatkan nilai kemanusiaan, nilai umat Islam yang sudah lama kita impikan memimpin dunia ini.
Wallahu alam
0 comments:
Catat Ulasan