Terkini

Prejudis sungguh kita bila berbuka puasa di Surau

From: Azmi Hamzah <azmi_k@ymail.com>

 

Satu renungan buat kita semua

Satu tradisi saya ingat lagi, apabila petang akan ada seorang yang junjung talam pergi dari rumah ke rumah dan tuan rumah akan sumbang apa kuih yang dia buat hari itu. Talam itu dibawa ke surau atau masjid untuk mereka yang ingin berbuka dan solat berjemaah di masjid. Itulah budaya yang semakin hilang..

Ada amalan yang sepatutnya disemarakkan pada Ramadan ini tetapi tidak dilaksanakan masyarakat dan apakah sebabnya? Amalan tersebut adalah amalan berbuka
Sebenarnya yang berbuka puasa di masjid terdiri daripada pelbagai kategori ahli masyarakat. Ada yang kaya, pertengahan dan miskin. Mungkin yang kaya datang bukan hendak berbuka sangat tetapi ingin berjemaah. Tetapi disebabkan prejudis keterlaluan, kita ketinggalan sunnah yang dituntut. Banyak negara di Asia Barat menjadikan membawa keluarga berbuka puasa di masjid sebagai satu budaya. Mereka tidak rasa dihina berbuka puasa di masjid. Tetapi kita di sini jika berbuka puasa di masjid orang kata nak makan percuma. Ini prejudis, sedangkan hikmah yang dituntut sunnah supaya beri makan pada orang. Jelas tafsiran serta pemahaman hadis itu pelbagai. Di Masjidilharam. Masjid Nabawi dan masjid di London, hujung minggu pada Ramadan berbuka puasa di masjid macam satu pesta. Ahli keluarga datang berbuka puasa di masjid dengan bekalan tamar saja sebab makanan untuk berbuka ada disediakan. Sebenarnya yang disediakan di masjid adalah hasil sumbangan ahli jemaah juga. Itulah masalah kekangan budaya dan prejudis kita hingga orang malu untuk berbuka puasa di masjid. Sebabnya kita kata itu untuk pekerja kontrak Bangladesh, Myanmar dan sebagainya. Ini prejudis yang keterlaluan hingga orang malu untuk berbuka puasa di masjid. Maka yang tinggal berbuka puasa di surau dan masjid hanyalah beberapa kerat sahaja. .termasuklah Surau Al Hijrah.. tidak pernah sampai 10 orang dari taman kita yang jumlah rumah keseluruhannya 200 lebih.. perajudis sungguh kita dengan amalan ini..Saya syorkan kita semua jangan malu bawa anak dan keluarga berbuka di masjid. Kalau tak mampupun bawalah diri kita untuk sama-sama berbuka di surau kita.. Janganlah kita terlalu prejudis terhadap amalan ini... Kalau kita memang nak makan sedap memang kita akan makan di rumah.. tapi makanlah selepas itu.. kita datang dulu berbuka di surau kita dengan apa yang ada.. kemudian selepas solat kita baliklah makan enak-enak di rumah.. marilah kita menghidupkan roh surau kita..Paling tidak tiga atau empat kali pada Ramadan ini.

Azmi Hamzah


Dipetik daripada: http://surau-al-hijrah.blogspot.com

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet