Terkini

KES PECAH MASUK RUMAH/KECURIAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Semua penduduk yang budiman,

 

1.         Kes baru pecah masuk rumah dan kecurian yang dilaporkan berlaku seperti berikut:-

 

1.1.             No. 2, Jalan Seri Putra 6/6.  Rumah ditinggalkan pada 05 Ogos 2010 dan kembali pada 16 Ogos 2010 mendapati telah dipecah masuk melalui pintu sisi rumah.  Barang yang hilang ialah TV LCD 32", beberapa barang-barang cenderahati dan kad Astro.

 

1.2.             No. 32, Jalan Seri Putra 2/3J.  Meninggalkan rumah dua minggu lepas dan sekembalinya ke rumah pada 16 Ogos 2010 mendapati rumah telah dipecah masuk.  Barang yang hilang ialah set karaoke, pemain DVD dan decorder Astro.

 

1.3.             No. 30, Jalan Seri Putra 2/3J.  Pada 16 Ogos 2010, balik dari kerja lebeh kurang jam 2.00 petang mendapati 'double stand' motorsikal telah dicuri.

 

2.         Penduduk-penduduk diminta sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan pergerakan aktiviti penjenayah ini.  Menjelangnya perayaan kejadian pecah masuk rumah, kecurian dan sebagainya banyak berlaku di mana-mana jua, begitu juga dengan kemalangan jalanraya dan kejadian-kejadian buruk seperti yang tersiar di muka-muka akhbar.  Kepada penduduk-penduduk yang akan meninggalkan rumah sehari dua atau dalam jangka masa yang lama dinasihatkan memberitahu Balai Polis dengan mengisi borang yang telah disediakan di Balai Polis supaya mereka dapat membuat rondaan ke rumah-rumah yang ditinggal tersebut.  Nombor telefon Balai Polis di Bandar Seri Putra  03-8925 8222.  Sila salurkan emel ini kepada semua penduduk skim masing-masing sebagai makluman beringat-ingat…… 

 

Wassalam.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

 

UNTUK SEMUA SKIM:

 

Sila berikan alamat emel groups skim masing-masing kepada saya dialamat nsizan@umland.com.my supaya sebarang perkara/maklumat hendak disampaikan dapat disalurkan terus ke pengalamat.

 

__._,_

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet