Terkini

Fwd: KES PECAH MASUK RUMAH

---------- Forwarded message ----------
From: Norizan Sulaiman <nsizan@umland.com.my>
Date: 2010/8/12
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

 

Semua penduduk yang dihormati,

 

1.         Dua kes pecah masuk rumah telah berlaku pada 11 Ogos 2010 diantara waktu pagi hingga ke petang di alamat berikut:-

 

1.1.             No. 65, Jalan Seri Putra 3/1.  Dipecah masuk melalui tingkap tepi bahagian hadapan rumah dan gril/pintu bahagian dapur.  Kehilangan ialah sebilangan barang kemas emas, beberapa buah jam tangan dan wang tunai.  Disedari apabila balik dari kerja lebeh kurang jam 6.00 petang.

 

1.2.             No. 20 Jalan Seri Putra 2/3K.  Dipecah masuk melalui pintu hadapan rumah.  Kehilangan ialah sebuah TV LCD 32" dan sebuah Laptop. Disedari apabila balik dari kerja lebeh kurang jam 8.00 malam.

 

1.3.       Terdahulu (SIARAN LEWAT), berlaku pecah rumah pada 05 Ogos 2010 di No. 21, Jalan Seri Putra 3/8.  Kejadian berlaku lebeh kurang jam 11.00 pagi dengan memecah masuk melalui pintu hadapan rumah.  Penjenayah yang telah berjaya memasuki rumah dan mengambil beberapa barangan kecil, telah cabut lari keluar apabila menyedari di dalam rumah tersebut ada penghuni iaitu anak kepada tuan rumah yang tersedar dari tidur apabila terdengar bunyi bising.

 

2.         Diminta kepada penerima emel ini dapat menyebarkan kepada semua penduduk skim masing-masing supaya kejadian sedemikian dapat dijadikan iktibar dan dikongsi bersama akan kepayahan dan kerisauan dengan apa yang telah berlaku supaya tiba masanya untuk kita bersatu memikirkan bagaimana untuk menjaga keselamatan perumahan masing-masing.  Betapa pentingnya kawasan perumahan diawasi dan dipantau semasa ketiadaan di rumah kerana keluar berkerja, berniaga, urusan sendiri dan sebagainya supaya bersatu untuk senang dan susah meletakkan kawalan keselamatan samada secara sukarela daripada penduduk-penduduk sendiri atau melantik daripada syarikat kawalan keselamatan untuk menjaga perumahan kita. 

 

3.         Kebiasaannya apabila sesuatu perayaan menjelang tiba, penjenayah telah mempunyai program yang lebeh padat dan giat supaya mereka berjaya memecah masuk rumah-rumah yang telah menjadi sasaran mereka untuk mengumpul harta.  Kepada semua suri rumah atau sesiapa jua yang ternampak, terdengar, terpandang, terserempak, terusik, teragak-agak, terwas-was dan sebagainya hendaklah segera menghubungi dan memberitahu pihak Polis supaya dapat mencegah jenayah daripada menjadi realiti dan dibiar berluasa.  Jangan fikir akan menyusahkan pihak Polis apabila dipanggil dan sampai untuk memberi bantuan tetapi tiada apa-apa yang berlaku.  Biarkan pihak Polis menyiasat dan inilah dikatakan langkah-langkah pencegahan yang mana mungkin tindakan pantas dan bijak kita semua memberitahu pihak Polis maka tertangkapnya penjenayah, perompak, pencuri, penyamun, penyangak, perampuk, peragut, perogol, pembunuh dan apa sajalah panggilan atau gelarannya yang sekian lama telah menyusahkan kita.  Sedarilah.......

 

            "Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak"

 

Wassalam.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet