Terkini

Bayar Zakat Fitrah Online RM7

Salam,

Zakat fitrah sekarang boleh dibayar secara online je.

http://www.e-zakat.com.my/ezakatpay/




MAIS umum zakat fitrah Selangor kekal RM7...
Monday, August 9, 2010


SHAH ALAM 9 Ogos - Kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini kekal pada RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Adzib Mohamad Isa.

Beliau berkata, pengekalan itu disebabkan tidak ada kenaikan harga beras di pasaran yang menjadi makanan utama rakyat di negeri tersebut.

"Pada tahun lepas, jumlah kutipan zakat fitrah ialah sebanyak RM16 juta dan pada tahun ini pihak kami menjangkakan jumlah yang sama akan dikutip di Selangor," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohd. Adzib berkata, MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik 2,437 ketua dan penolong amil fitrah di seluruh negeri dan membuka kaunter sementara di pusat beli-belah terpilih bagi memudahkan masyarakat Islam membayar zakat fitrah dan zakat harta.

Pusat beli-belah terbabit ialah Centrepoint, Mydin, Plaza MPK dan Jaya Jusco Bukit Raja, kesemuanya di Klang dan di Giant, Kompleks PKNS dan Plaza Masalam, kesemuanya di Shah Alam.

Katanya, sebanyak 23 kaunter akan dibuka setiap hari sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kaunter dibuka pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Mohd. Adzib berkata, pihaknya juga telah memulakan program agihan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bermula 27 Julai lepas sehingga esok melibatkan peruntukan RM14.5 juta.

"Ia diagihkan kepada 18,352 keluarga fakir dan miskin di negeri ini. Daripada jumlah itu terdapat 11,114 keluarga asnaf miskin pada tahun ini berbanding 10,843 orang pada tahun lepas manakala bagi asnaf fakir pula terdapat 7,238 keluarga berbanding 10,778 pada tahun lepas.

"Bantuan adalah berupa wang tunai antara RM600 sehingga RM1,000 bagi setiap keluarga asnaf fakir mengikut tanggungan manakala asnaf miskin pula menerima wang tunai antara RM550 sehingga RM1,000 bagi satu keluarga mengikut tanggungan," katanya. - Bernama

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet