Terkini

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, 16-18 Julai

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Assalammualaikum,

Pada 16-18 Julai yang akan datang (hujung minggu ini) Law Professors akan menganjurkan Program Khidmat Masyarakat di kawasan Bandar Seri Putra. Terdapat 3 acara utama didalam program ini iaitu:

1) Klinik Guaman PERCUMA Untuk Orang Awam. Seluruh komuniti bandar seri putra, bangi lama, nilai dan bukit mahkota adalah dijemput hadir untuk bertemu para peguam, penasihat undang-undang dan paralegal bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang apa sahaja konflik atau permasalahan undang-undang. Bayaran tidak akan dikenakan. Tetapi digalakkan membuat panggilan ke 03-21169635/0389264352 untuk membuat temujanji. Klien yang datang tanpa temujanji tetap akan dilayan tetapi keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai temujanji.

2) Klinik Kaunseling PERCUMA Untuk Orang Awam. Selain daripada klinik guaman, kami juga akan mengadakan Klinik Kaunseling PERCUMA untuk orang awam. Sekali lagi, kami ingin menjemput seluruh komuniti bandar seri putra, bangi lama, nilai dan bukit mahkota untuk bertemu kaunselor berpengalaman dari Universiti Malaysia Pahang, Puan Haslinda Hashim untuk sekadar berkongsi masalah dan jika perlu, mendapatkan khidmat nasihat tentang apa sahaja konflik atau permasalahan keluarga atau peribadi. Puan Bayaran tidak akan dikenakan. Tetapi digalakkan membuat panggilan ke 03-21169635/0389264352 untuk membuat temujanji. Klien yang datang tanpa temujanji tetap akan dilayan tetapi keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai temujanji (sila rujuk brosur untuk maklumat lanjut)

3) Bengkel-bengkel Ilmu (kepimpinan, keusahawanan, pengurusan stress, pengendalian acara & protokol (event management & protocol), hiasan dalaman, asas enjin, komunikasi berkesan, seni & kraf dll) SEMUA BENGKEL TIDAK DIKENAKAN BAYARAN. MASUK ADALAH PERCUMA TETAPI TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 25 ORANG SAHAJA.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-21169635, 03-89264352 atau 012 6627528

Sekian terima kasih.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet