Terkini

Kerajaan Negeri anjur kempen pangsapuri bersih, ceria, harmoni

Kerajaan Negeri anjur kempen pangsapuri bersih, ceria, harmoni

Friday, 25 June 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 25 Jun – Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni buat kali kedua bagi tahun 2010 di Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Klang hari Ahad ini (27 Jun) bagi membina masyarakat yang mempunyai keprihatinan sosial dan persekitaran tempat kediaman.
Program ini akan dilancarkan bersama oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali selaku ADUNSelat Klang pada jam 12 tengah hari.
Kedua-dua Exco Selangor itu juga akan melancarkan Pusat Sehenti Ilmu Pengetahuan dan Pusat Sehenti Generasi Idaman Selangor (GeMS) bagi meningkatkan mutu kehidupan penghuni Pangsapuri Sri Perantau.
Pada September 2009, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melancarkan Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria & Harmoni di peringkat negeri.
Bagi tahun 2010, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM50,000 untuk 5 siri kempen di pangsapuri di seluruh negeri Selangor.
Kempen siri pertama telah diadakan di Pangsapuri Seri Kembangan, Bukit Beruntung pada 24 April lalu dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan dari kalangan penghuni pangsapuri.
Program ini turut melibatkan pameran Jabatan seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional, Unit Perancangan ekonomi, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet