Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Persatuan Ibubapa dan  Guru-guru  (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP) telah  membentuk beberapa unit kecil dibawahnya. Salah satu unit yang telah  ditubuhkan adalah Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI). Antara  tugas PAKSI adalah mewujudkan komunikasi yang dinamik antara PIBG dengan  sekolah; PIBG dengan ibubapa; PIBG dengan masyarakat; serta menyediakan  saluran komunikasi yang baik kepada semua. Oleh itu pengurusan blog dan  facebook telah diletakkan juga dibawah PAKSI.
 
PAKSI ingin mengadakan perbincangan permulaan pada 15 Julai ini sebaik  selepas mesyuarat khas PIBG. Dijangka mesyuarat itu akan bermula  sekitar pukul 9.45 malam di bilik mesyuarat sekolah. Secara  terperincinya:
Tarikh: 15 Julai 2010
Masa: 9.45 malam (selepas mesyuarat khas PIBG)
Tempat: Bilik Mesyuarat SK-BSP
Hubungi: En Arzok 012-2195909 (Ketua PAKSI)
Sekian, harap maklum.
Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP




