Terkini

Kelas Bimbingan Mengaji Remaja & Kanak-Kanak

Tuan-Tuan & Puan-Puan ahli Kariah Surau Al-Hijrah sekalian.
Sukacita diumumkan, Surau Al-Hijrah akan memulakan Kelas Bimbingan Mengaji untuk para Remaja & Kanak-Kanak yang akan bermula pada 14 Jun 2010. Tuan-Tuan boleh mendaftarkan anak-anak dengan mengisi Borang yang disediakan dan menyerahkannya kepada mana-mana AJK Surau Al-Hijrah ataupun kepada Pengelola Kelas, saudara Malek ataupun saudara Tholhah.
Kelas akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis setelah selesai solat Maghrib hingga menjelang masuknya azan Isyak. Pada hari Khamis selepas Isyak pula, anak-anak akan dibimbing dengan Zikir Matsurat, Zikir Munajat, Alma'ul Husna dan sebagainya.
Bayaran yang dikenakan hanyalah RM15.00 bagi seorang pelajar dan tambahan RM10.00 seorang bagi adik-beradiknya yang lain.
Selain memanfaatkan prasarana sedia ada serta kelebihan yang ada pada Pengajar, anak-anak kita boleh sama-sama berjemaah di Surau dan diharapkan akan mengeratkan lagi ukhwah sesama jiran tetangga, Insyaallah.
Sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan boleh diajukan terus kepada Pengajar, saudara Malek (019 3708825) ataupun saudara Tholhah (017 4230907) ataupun kepada Pengerusi dan AJK Surau Al-Hijrah.
Sekian, wassalam.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30802_10150200139935176_329327610175_13087441_5572428_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30802_10150200139960176_329327610175_13087442_1242665_n.jpg

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet