Dipetik dari: http://khaiatbsp.blogspot.com/2010/06/forum-perdana-orang-muda-pemangkin.html
  
Bandar Seri Putra, 26 Jun.
Kutipan  Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra telah di rasmikan oleh ADUN Bangi  Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar semasa berlangsungnya Forum Perdana Ehwal  Islam semalam. Majlis yang bermula 9.30 malam tersebut sepatutnya turut  dihadiri oleh Dato' Dr. Hassan Mohamed Ali sebagai pengerusi forum  bagaimanapun masih lancar dengan kupasan menarik dari dua ahli panel  Ustaz Farid Razi dan Dr. Asiah Ali. Dato' Hassan tidak dapat hadir atas  urusan kerja rasmi yang mengejut. Oleh itu, Dr. Shafie telah mewakili  Dato' Hassan sebagai perasmi majlis.
 
  
Masjid Mustaqim yang akan menjadi  One-Stop-Center di Bandar Seri Putra (BSP) masih memerlukan sumbangan  orang ramai untuk didirikan. Masjid yang dijangka bernilai RM6 Juta  tersebut masih banyak baki yang perlu dipenuhkan. Menurut ahli panel,  UStaz Farid Ravi,  masjid masih perlu diwujudkan kerana ianya akan  menjadi mercu tanda dan sumber keberkatan sesuatu kawasan. Contohnya di  Andalusia, masjid dan surau didirikan berdekatan dan terdapat hampir 300  buat masjid di Andalusia sahaja. Ukuran masjid yang didirikan adalah  mengikut kekuatan suara muazzin (orang yang melangkan azan) dari masjid  yang pertama. 
 
  
Dr. Asiah pula sangat berbangga  dengan keadaan di Selangor terutama kawasan Shah Alam dimana masjid  menjadi tempat menuntut ilmu tanpa sebarang sekatan. Beliau juga  berpendapat, masjid tidak patut hanya dikongkong dengan aktiviti agama  yang terhad seperti sembahyang sahaja. Tetapi ianya perlu juga disulami  dengan pelbagai aktiviti ilmu dan perlu mencakupi kehendak pelbagai  peringkat umur terutamanya remaja.
 
  
Ustaz Farid pula menambah seharusnya  masjid didirikan semudah mungkin tanpa perlu peruntukan yang terlalu  tinggi. Beliau menegaskan masjid di zaman Nabi didirikan dengan pokok  tamar dan digunakan untuk pelbagai aktiviti. Beliau menegaskan  masyarakat perlu kenal pokok tamar dan menyarankan masjid menanam pokok  tamar di kawasan lamannya nanti. Beliaun sanggup menyumbang 2 batang  pokok sebagai permulaan. Tambahnya lagi, kaedah RM50 sebulan sebuah  keluarga hanya mekanisma. Tetapi bagi yang mampu, sumbangan sekali gus  perlu dilakukan agar masjid yang di idamkan dapat didirikan dalam masa  yang singkat. Mereka yang mampu boleh menderma lebi daripada yang  disasarkan. Ustaz juga menemplak orang kita yang tidak lari daripada  'Mazhab Seringgit' apabila menderma setiap Jumaat. Dengan taraf hidup  yang telah meningkat, sumbangan lebih daripada itu adalah ditagih agar  masjid mempunyai dana yang sentiasa cukup untuk menjalankan pelbagai  aktiviti.
 
  
Dr. Asiah juga bersetuju dengan Ustaz  Farid dengan mengatakan ahli jawatankuasa pembinaan perlu lebih agresif  dan perlu memikirkan kaedah kutipan yang lebih efektif. Ini kerana  beliau berpandangan penderma hanya akan menderma apabila nampak  kesungguhan daripada ahli jawatankuasa. Initiatif individu juga ditagih  untuk membantu jawatankuasa sebagai contoh dengan membawa tabung  sumbangan ke tempat kerja masing-masing dan mengutip sumbagan dari rakan  sekerja.
 
Dalam mengimarahkan masjid, Ustaz Farid menegaskan  bahawa ada dua cara. Pertama diimarahkan dengan masjid dari bentuk  fizikal. Dan keduanya dengan mempelbagaikan aktiviti. Beliau bervisi  yang masjid di BSP dapat dipelopori oleh orang muda. Dan aktiviti  berkaitan orang muda perlu diperkemaskan dan dipertambah.
 
Di  akhir forum, pengerusi forum telah membaca cerita sorang hamba Allah  yang hanya mendermakan RM1 daripada jumlah duit yang yang dikeluarkan  RM100 ribu. Bagaimanapun setelah keluar dari bank, beliau telah  dilanggar kenderaan dan meninggal dengan duit bertaburan di 'angkasa'.  Ustaz Farid secara bergurau sangat tertarik dengan bahasa pengerusi  forum "Duit bertaburan di ANGKASA" dan bukannya di jalan raya. Kemudian  beliau menambah dengan menyatakan derma adalah perkara terkahir yang  boleh dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia. Serta jangan  bertangguh untuk menderma, kerana hanya derma yang akan kita bawa ke  akhirat.
 
  
Majlis telah berakhir sekitar pukul  11.20 malam.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan, ianya boleh  disalurkan di akaun-akaun berikut:
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
Bank Islam : 1202 9010 0595 85
Manakala gambar dan video boleh diperolehi dipautan ini:
Video: http://www.facebook.com/pages/Seri-Putra/245996843707?v=app_2392950137
Oleh Khai@BSP
http://khaiatbsp.blogspot.com




