Terkini

AJK Bertindak Selamatkan Ghazzah - Peringkat Dewan Negeri Bangi

Sumber:  http://drshafie.blogspot.com/2010/06/ajk-bertindak-selamatkan-ghazzah.html

BBB, 17 J. Akhir = 31 Mei (Isnin)

Berikutan tragedi berdarah berlaku ke atas Misi Kemanusiaan ke Ghazzah – setakat ini 19 kematian akibat dari kekejaman Zionis Israil yang menyerang kapal yang membawa kumpulan keamanan dan bantuan ke Ghazzah, ADNS Bangi bertindak memanggil mesyuarat tergempar di kalangan AJK ADNS Bangi Persatuan Penduduk dan Masjid serta Surau, bagi membincangkan tindakan yang wajar diambil, Mesyuarat berlangsung di Pejabat ADNS Bangi, jam 9.30 malam.

Mesyuarat yang dihadiri 15 perwakilan bersetuju untuk mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Antara tindakan jangka pendek ialah:

1) Menaikkan banner bantahan terhadap kekejaman Zionis Israil
2) Mengeluarkan flyers untuk diedar ke pasar-pasar malam dan perhimpunan-perhimpunan
3) Mengadakan Himpunan Raksaksa
4) Baca Yasin, sembahyang hajat dan doa selamat di masjid-surau
5) Mengumpul dana membantu Ghazzah
6) Khutbah di Masjid mengenai Ghazzah-Palestin
7) Mencetak baju dan soveiner
8) Pementasan
9) Pameran
10) Peralatan

Untuk jangka panjang akan dibincangkan tindakan di dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang.

Sebuah AJK dilantik

Penasihat:

Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar - Ahli Dewan Negeri Bangi
Dr. Tajul Ariffin Noordin - YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

Pengarah: Haji Abdul Aziz Pengerusi Surau Taman Melor
Timbalan Pengarah: Ustaz Haji Husaini – Imam Surau Taman Melor
Ko-Ordinasi : Tuan Haji Shafie Ngah - Ahli MPKj
Setiausaha: Sdr. Mohd. Fazli Daud - Pejabat ADNS Bangi
Timb. Setiausaha Sdr. Shahrum bin Abdullah Pejabat ADNS Bangi
Bendahari Sdr. Firdaus - Persatuan Penduduk
Penerangan Sdr. Shukor Atan

AJK

Saudara Haji Mazwan Johar - Tempahan dan Keselamatan + Unit Amal
Amir Osman - Publisiti
Saudara Khairul Anwar - Pemuda
Pn. Zuryati Yassin - Muslimat
Cik Haslina Zahari - Nisa`

Sdr. Rusli Yusof - Pengacara
Tuan Haji Kamaruddin - Urusan Masjid
Tuan Haji Mohd Ghazali - Urusan Surau
Sdr. Sahimi Mokhtar - Perhubungan
Sdr. Zahid - Pementasan
Sdr. Abu Bakar - Hubungan kaum
Sdr. Azizi - Photographer
& beberapa tambahan lagi.

Sekian.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet