Oleh Rizanizam Abdul Hamid dan mohd. saiful mohd. sahak
pengarang@utusan.co.my 
MELAKA  27 April - Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan  di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun  segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan  tersebut.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam  berkata, kenaikan tersebut sudah diwartakan dan kerajaan tidak bercadang  untuk menangguhkannya hanya kerana beberapa syarikat keselamatan tidak  dapat melaksanakannya.
"Kita akan tetap laksanakan kenaikan gaji  pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini. Jika timbul masalah dan  isu-isu tertentu kita akan selesaikan di meja rundingan," katanya.
Beliau  berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan  merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Dialog Antara Budaya di  sini malam tadi.
Persidangan antarabangsa anjuran Yayasan Belia  Sedunia (WYF) itu berlangsung selama lima hari bermula semalam.
Turut  hadir Ketua Menteri yang juga Pengerusi WYF, Datuk Seri Mohd. Ali  Rustam.
Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji  pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan bermula 1  Julai ini iaitu kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus.
Gaji  pokok pengawal keselamatan sekarang adalah antara RM300 hingga Rm400  sebulan.
Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan  Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan  gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.
Timbalan  Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada  pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak  sedia ada dengan pelanggan.
"Segelintir syarikat kawalan  keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak  dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang  berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mustapha  berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat  kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.
"Formula  pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja  sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat  memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja," katanya.
PPKKM,  ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri  (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam  sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.
Beliau berkata,  kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang,  Putrajaya dan Johor.
"Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B  terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu  dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis,  Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.
"Kita yakin dengan  kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan  keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga  RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan," katanya. 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Terkini
Gaji pengawal tetap naik
Dikirim oleh
khaiatbsp
29 April 2010
pada
1:54 PTG
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)