Terkini

Seminar JMB

Langkah yang baik untuk mantabkan JMB.


Seminar Pemahaman JMB Bantu Komuniti Urus Dan Selenggara Bangunan

Sabtu, 05 Disember 2009 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 5 Dis. -Bagi meningkatkan mutu  dan taraf kualiti  pengurusan dan penyenggaraan di kawasan pemajuan bertingkat, Kerajaan negeri melalui  Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS) hari ini menganjurkan seminar Pemahaman Jawatankuasa  Pengurusan Bersama(JMB).
Exco Perumahan, Pengurusan  Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata program seperti ini perlu diadakan bagi membantu peserta mempelajari dan memantapkan lagi pemahaman  mengenai cara mengurus  dan menyenggarakan bangunan dengan lebih berkesan.
“Adalah menjadi matlamat kerajaan negeri supaya seminar seperti ini dapat disertai  oleh setiap ahli JMC dan penduduk agar pemahaman peranan,tugas dan tanggungjawab pengurusan dan penyenggaraan kawasan masing-masing menjadi lebih mudah dan efisyen,” katanya.
Iskandar berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Pemahaman Jawatankuasa Pengurusan Bersama Peringkat Negeri Selangor di Hotel De Palma,Shah Alam, pagi tadi.
Hadir sama Pengarah Eksekutif HPLS,Alina Ahmad.
Seminar sehari ini dihadir lebih 300 peserta yang terdiri daripada ahli majlis, JMB dan penduduk kawasan pemajuan bertingkat seluruh Selangor.
Antara pengisian seminar termasuklah pemahaman mengenai  Akta Bangunan dan Harta Bersama(Pengurusan  dan Penyenggaraan 2007,Akta 663), asas-asas perakaunan, perkongsian pengalaman daripada JMB yang berjaya dan kaedah serta panduan  penting  mengenai pengurusan  dan penyenggaraan harta bersama.
Dalam majlis sama, Iskandar turut menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang program Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata Negeri Selangor.
Katanya, anugerah yang mula diperkenalkan  Oktober lalu bertujuan untuk memberi galakan kepada semua JMB agar bergiat aktif  dan bersaing secara sihat dalam menjaga keharmonian dan kebersihan kawasan masing-masing.
“Program ini diadakan untuk membentuk  dan mewujudkan unit-unit  komuniti yang pro aktif  dengan mengekalkan keselesaan persekitaran perumahan dan kesejahteraan kaum,” katanya.
Katanya sebanyak 27 kawasan telah berjaya melepasi saringan akhir melibatkann  3 kategori  iaitu pangsapuri kos rendah, sederhana dan tinggi.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet