Terkini

Jemputan untuk menyertai Pasukan Kompang KSPM

Dipetik daripada mailinglist Persatuan Penduduk BSP.
Bagi yang tak tahu apa maksud KSPM, KSPM ialah "Kelab Sukan Putra Mahkota".

As salam,

Kepada : Dato',Tuan-tuan Pengerusi Taman BSP dan Kekanda sekalian.

Adalah di maklumkan KSPM akan menubuhkan Pasukan Kompang KSPM. Oleh itu semua dijemput menyertainya.
Objektif pasukan ini adalah:
1. Melahirkan belia yang berwawasan dan beretika.
2. Berusaha membina dan membentuk generasi belia berkualiti tinggi,berdisiplin dan berahlak mulia.
3. Menggalakkan belia kota beroganisasi berperanan di dalam perjalanan aktiviti program dan membina minda kearah pembangunan bangsa dan negara.
4. Memelihara warisan bangsa melayu.

Masa latihan : 8:30mlm hingga 10:30 malam
Setiap hari : Rabu
Tempat latihan : Perkarangan Surau As-syakirin

Jurulatih disediakan
Had Umur : 7 Tahun keatas ( lelaki / perempuan )
Peralatan di sediakan
Jenis Pukulan : Kesenian Ezhar

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : En. Borhanuddin Mahwal 012 2932783

Harap tuan - tuan dapat panjangkan email ini kepada jiran - jiran kita,sanak saudara dan anak-anak.

Sekian, harap maklum.

Din KSPM
Acasia 17

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet