Terkini

Jenayah: Pecah Kereta D'Puncak Aman

Semua Penduduk Yang Dihormati,

Laporan diterima mengenai kes pecah kereta jenis Wira Aeroback yang telah berlaku di No. 15, Jalan Seri Putra 2/3H (D’Puncak Aman). Mangsa menyedarinya apabila hendak keluar menghantar anak ke sekolah pada 16 Nov 2009 lebeh kurang jam 6.45 pagi. Semasa kejadian kereta tersebut diletakkan di luar pagar rumah. Saspek memecah cermin tingkap kereta dibahagian pemandu dan keadaan dalam kereta berselerak tetapi tiada barang-barang yang dilaporkan hilang. Ini adalah kes yang pertama berlaku di perumahan D’Puncak Aman. Sejak perumahan ini dibuka dan diduduki tiada apa-apa kes jenayah yang pernah dilaporkan di kawasan ini.

Diharapkan makluman ini dapat dikongsi bersama oleh seluruh penduduk BSP mengenai kes-kes jenayah yang masih berlaku di dalam BSP seperti pecah masuk rumah, curi kereta/motorsikal, pecah masuk kereta dan sebagainya. Supaya kita semua sentiasa di dalam keadaan beringat-ingat dan tidak leka atau terlupa untuk menentukan harta benda kita sentiasa di dalam kedudukan selamat. Walaupun berbagai cara telah dilakukan oleh semua penduduk dengan mengadakan kawalan, rondaan dan pemerhatian begitu juga dengan rondaan kawasan yang dilakukan oleh Polis namun penjenayah ini masih mempunyai ruang untuk bergerak menjalankan aktiviti mereka.

Bersama-samalah kita mencegah dan membenteras jenayah. Sila salurkan maklumat-maklumat jenayah yang pernah dan telah berlaku dikalangan kita supaya dapat digunakan sebagai ingatan dan digunapakai cara-cara pencegahannya.

Sekian. Salam hormat.

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet