Terkini

Bantuan Diperlukan : Ibadah Korban Masjid Al-Azhar KUIS

Baru dikemaskini

Salam,

Ini saya petik daripada forum Putra-mahkota.com.
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2858.msg28174#msg28174

Diharap kita dapat membantu pihak KUIS.

=============================================================

Assalamualaikum tuan...

terlebih dahalu saya ingin memperkenalkan diri saya. saya Muhammadon bin Ahmad Tajudin, merupakan sebahagian daripada penghuni bandar seri putra. dahulu saya merupakan pelajar di sini. saya masuk KUIS pada Mei 2005. tetapi kini saya merupakan kakitangan sepenuh masa Masjid Al-Azhar KUIS. kini diamanahkan sebagai jawatan Penolong Eksekutif.

Untuk makluman, Masjid Al-Azhar KUIS akan mengadakan Ibadah Korban pada hari Jumaat, selepas solat Hari raya. Jumlah lembu pada tahun ini adalah sebanyak 4 (Empat) ekor. pagi tadi* pihak kami bermesyuarat, ingat nak buat pada hari sabtu. akan tetapi, disebabkan kekangan & komitmen dari AJK Masjid yang lain pada urusan dan kawasan perumahan masing-masing, terpaksa juga diadakan pada hari jumaat setelah mengambil pelbagai pandangan. kebetulan pelajar KUIS sekarang sedang bercuti, jadi pihak kami kekurangan tenaga serta kesuntukan masa untuk menyiapkan sembelihan tersebut.

saya ingin bertanya, adakah saya boleh dapatkan pertolongan penduduk melalui persatuan penduduk di putra-mahkota? kalau dapat, bagaimana? saya berharap ianya mendapat kerjasama penduduk di sekitar sini. sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya terus di talian 013-9700237.

terima kasih di atas segala bantuan. semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.

Detail Seperti Berikut :

Tarikh : 27 Nov, 2009
Masa : 0900 pagi
Location : Perkarangan Masjid Al-Azhar Kuis
Contact Person : Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Phone : 013-9700237
Nota : 4 ekor lembu akan dikorbankan

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet