Terkini

KEJADIAN PECAH RUMAH 13 Sept 2009

Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera buat semua penduduk yang dihormati.

1. Terlebih dahulu selamat meneruskan ibadat puasa dengan penuh ketaqwaan semuga segala amalan kita disepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini diterima Allah Subhanahuwatala hendakNya. Dikala kita sedang sibuk membuat persiapan menjelangnya bulan Syawal yang akan tiba tidak berapa hari lagi, kita juga jangan lupa dan leka dengan perancangan yang sentiasa diatur oleh penjenayah-penjenayah yang juga sedang sibuk membuat “persiapan” mereka untuk berhati raya.

2. Setelah sekian lama tiada kejadian pecah rumah di dalam Bandar Seri Putra dan yang terakhir ialah pada 26 Ogos 2009, kita telah dikejutkan semula dengan

kejadian terbaru seperti berikut: -

2.1. Pada 13 Sep 2009 di No. 46, Jalan Seri Putra 3/Q.

2.2. Mangsa meninggalkan rumah jam 4.00 petang dan semasa balik ke rumah jam 11.00 malam mendapati rumahnya telah dipecah

masuk melalui tingkap hadapan dengan memecah gril tingkap.

2.3. Kehilangan ialah sebuah Laptop dan wang tabung anak.

3. Semua penduduk yang akan meninggalkan rumah masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri di kampung halaman atau ke mana jua adalah diminta untuk memaklumkan kepada pihak Polis dengan memenuhi “BORANG BALIK KAMPUNG” yang disediakan di Balai Polis supaya dapat membantu pihak Polis untuk membuat rondaan dan pemantauan ke rumah-rumah yang ditinggalkan.

4. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf dipohon jua jika terdapat salah dan silap sepanjang pergaulan kita selama ini.

Wasalam.

Sekian.

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet