Terkini

Jom Derma Untuk Bina Masjid BSP

Jom derma untuk bina masjid BSP.


Assalamu laikum wr wb wm.

Datuk/Tuan-tuan Pengerusi Sekelian,

Saya ucapkan selamat berjuang dan bersabar mengerjakan ibadat puasa yang mana kita sudah berada dalam tahap kedua bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mana Allah S.W.T. menjanjikan pengampunan kepada hambaNya yang patuh.

Saya percaya sekarang semua pengerusi skim telah atau sedang menerima kad derma Masjid Al-Mustaqim dari Sdr Najib. Kerjasama dari semua pengerusi sangat-sangat dialukan bagi mengedar kepada penduduk di skim perumahan masing-masing. Oleh kerana jumlah kad ini terhad, saya menyerahkan ke atas kebijaksanaan pengerusi membuat agihan kad tersebut dengan berkesan.

Saya berharap setiap keluarga di Bandar Seri Putra ini dapat mengenepikan wang belanja sebanyak RM50 sebulan selama 20 bulan bagi tujuan mengumpul RM6 juta untuk membiayai kos bina masjid tersebut.

JOM BINA!!!

Ahmad Yusof
Pengerusi JK Penaja
BSP Induk

---------------------------------------------------------------------------

Assalamu alaikum wr wb wm. Selamat berpuasa dan selamat meyambut hari raya idil fitri.

Saudara/saudari sekelian,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah merestui penduduk untuk membina sebuah masjid bagi menampung keperluan beribadat dan juga mewujudkan pusat tumpuan umat Islam di Bandar Seri Putra. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Mustaqim ini akan dibina di tapak yang telah disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra seluas 3.6 ekar. Pembinaan masjid ini dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM6 juta.

Oleh kerana tiada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid mengambil initiatif untuk mengumpul dana ini. Kebenaran dari jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah diperolehi. Pelbagai kaedah sedang diusahakan untuk mengumpul dana ini termasuklah mengedarkan tabung ke masjid-masjid berhampiran, kutipan derma dari syarikat-syarikat perniagaan dan derma secara ón-line'. Namun setakat ini ianya hanya menyumbang kepada peratusan yang agak kecil.

Justeru itu, AJK memohon penduduk Bandar Seri Putra bersama-sama menghulur bantuan sedaya mungkin untuk menjayakan matlamat mengumpul dana ini. Secara perkiraan, dana sebanyak RM6 juta mampu dikumpul dalam masa hanya 20 bulan. Dimana Bandar Seri Putra mempunyai penduduk melebihi 6,000 keluarga. Sekiranya setiap keluarga menderma hanya RM50 sebulan selama 20 bulan, maka matlamat kita akan tercapai InsyaAllah.

Sumbangan bolehlah dibuat di atas nama Masjid Al-Mustaqim atau bank-in terus ke akaun
Maybank Islamic no. akaun:5628 3450 4024.

Semoga niat dan usaha kita diberkati Allah S.W.T.

Terima kasih.

AJK Masjid Al-Mustaqim.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet