Secara perseorangan, kita cubalah apa yang terdaya untuk membersihkan kawasan kita.
Bandar Seri Putra: Kawasan Wabak Denggi Tidak Terkawal
Kajang, 16 Julai 2009 - Kesimpulan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat terhadap situasi semasa Wabak Denggi di Bandar Sri Putra secara keseluruhannya adalah tidak terkawal. Kesimpulan tersebut dibentangkan dalam satu mesyuarat Kempen Denggi peringkat Bandar Seri Putra di Bilik Mesyuarat Cempeka Putih 2, Menara MPKj semalam.
Mesyuarat yang dihadiri Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr Ahmad B Jusoh, turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Encik Mazwan Johar, wakil Persatuan Penduduk Bandar Sri Putra, pegawai-pegawai MPKj dan juga pemaju di kawasan sekitar.
Di awal mesyuarat tersebut membentangkan fakta kes yang sangat membimbangkan mengenai situasi semasa Masalah Denggi di Bandar Seri Putra.
Menurut Pn Azlin, salah seorang pegawai kesihatan yang hadir, Wabak Denggi di kawasan Bandar Sri Putra telah memasuki hari Wabak Tidak Terkawal (WTK) yang ke-64. Statistik ini antara penyumbang kepada situasi sebenar Denggi di Daerah Hulu Langat yang telah mencatatkan 3192, dengan 11 kematian bagi tahun 2009 sahaja. (Bacaan berakhir 15 Julai 2009)
Sehubungan itu mesyuarat memutuskan untuk mengadakan sesi semburan ubat nyamuk di Jalan 2, Jalan 3, Bandar Seri Putra, dan Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS) pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Manakala di KUIS, semburan secara besar-besaran akan dibuat pada Hari Selasa berikutan tempoh konvokesyen yang masih berjalan.
Untuk makluman dan tindakan masyarakat yang terlibat, jadual semburan adalah seperti berikut:-
Jumaat pagi(selepas subuh): Semburan ULV di KUIS.
Sabtu, 5.00 Petang: Jalan Dua, Bandar Seri Putra.
Ahad, 5.00 Petang: Jalan Tiga, Bandar Seri Putra.
Selasa, 5.00 Petang: KUIS.
Dr Ahmad berharap agar penduduk dapat memberikan kerjasama kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti semburan pada kali ini. Beliau juga berharap agar Penduduk Bandar Seri Putra, khususnya di kawasan yang terlibat, akan mencatatkan jumlah liputan terbaik menandingi rekod liputan 87% di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.
"Kita menggunakan semburan yang berasaskan air, jadi sepatutnya tidak timbul masalah bau atau minyak seperti sebelum ini," ujar beliau di dalam mesyuarat tersebut. Sesi penerangan akan dijalankan oleh Persatuan Penduduk kawasan terlibat untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama penduduk untuk menyelesaikan masalah wabak denggi ini.
0 comments:
Catat Ulasan