Terkini

Simen jatuh dari rumah atas dan sampah di tangga!!! Geram betul!!!

Kenderaan saya terkena simen. Telah kering.

Simen jatuh ini atas kereta saya, besar dan dah keras. Kalaulah dimaklum awal, boleh sahaja kenderaan dialihkan. Atau setidak-tidaknya, selepas simen kena kereta tolonglah bersihkan sebelum ianya kering. Geram betul!


Wiper pun kena.

Kena kereta lain juga.

Unit kediaman A-2-36 yang melakukan kerja tanpa kebenaran JMB dan tidak perihatin jiran-jiran lain terutama kereta dibawah.

Sampah berterabur di tangga.

Simen jatuh dari rumah A-2-36

Semalam geram betul saya. Dahlah ada sampah berterabur: busuk dan berulat, turun bawah tengok kereta kena simen. Itu yang saya geram dan marah. Kalau dah geram dan marah, kenalah tunjukkan yang kita geram dah marah. Nada suara tinggilah sikit. Takkan nak lunak merdu pula. Sebelum ini kita tak pernah kacau dia, lepas tu tanpa berfikir panjang dibuat kerja dan kacau kita, jadi tak salahlah kita marah kat dia.

Begini, bila nampak simen keras atas kereta saya, saya dongak ke atas dan memang tahu ada rumah sedang membuat ubahsuai tingkap. Jadi tidak ada unit lainlah, mesti unit yang sedang diubahsuai itu.

Maka, saya pergi minta penjelasan daripada orang di unit tersebut. Tetapi dia kata, bukan dia yang buat. Saya pun cakaplah (sambil marah) yang saya nak minta bos dia hubungi saya. Saya beredar.

Selang sejam kemudian, saya kembali ke unit tersebut sebab tak ada sebarang panggilan yang saya terima. Kali ini ada seorang lagi. Saya kata nak cakap dengan bos. Dia kata, dah balik. Saya minta dia telefon bos dia. Lepas saya cerita masalah saya (sambil marah) dia kata saya tak boleh marah, tapi kena bincang dan terus tutup telefon. Lagilah saya marah... apa orang awak yang menyusahkan orang, kita tak boleh marah. Cuba telefon semula dia tak angkat.

Tak mengapa. Pekerja dia (yang satu lagi, bukannya yang mula-mula saya jumpa tu) cakap dia boleh bersihkan. Saya bagi peluang dan memang dapat dibersihkan.

Terus saya memohon maaf sebab marah-marah sebab memang tadi tu memang marah. Serta saya minta dia minta maaf pada bos dia. Cuma saya merasakan bos (tuan rumah En Azmi) tu yang tidak rasional dan buat kerja tanpa fikir jiran lain.

Sampah di tangga.

Satu isu lagi, buang sampah di tangga. Saya rasa ianya dari rumah yang mempunyai ramai ahli keluarga. Ini kerana terdapat baki nasi yang sangat banyak (bekas periuk nasi besar) dan banyak sisa makanan. Lagi malang, ianya telah pun berulat. Kotor dan menjijikkan.

Maka, saya pun mengetuklah hampir semua rumah sebelah atas tangga tersebut. Malangnya tiada siapa pun yang mengaku. Kalau buat pun memang tak nak mengaku. Tak apalah, hanya nak memuaskan hati saya sahaja.

Akhirnya, saya kemas sendiri dan siram dengan air.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet