Terkini

Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)

Petang tadi, Google Reader saya menangkap satu maklumat terbaru aktiviti sekitar BSP yang mungkin ramai yang berminat. Maka saya letakkan di sini untuk tatapan dan mana yang berminat boleh mula mendaftar. Semoga perancangan ini berjaya dan dapat kekal untuk tempoh yang panjang. Insya-Allah saya akan jadi ahli. Anda bagaimana pula?

Tarikh penting:
  • Hantar borang pendaftaran sebelum 1 Julai 2009
  • Mesyuarat Agung Penubuhan Ahad 5 Julai 2009, 2.30 petang
  • Borangnya di SINI

Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)

Salam semua warga Bandar Seri Putra, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) telah memohon untuk menubuhkan koperasi di Bandar Seri Putra. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan PPBSP padasurat yang bertarih 27hb April 2009. Koperasi ini dinamakan sebagai Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Bangi Berhad (KOJIRA).

Tujuan utama KOJIRA ditubuhkan adalah untuk mengadakan aktiviti kejiranan yang bercorak ekonomi di Bandar Seri Putra dengan pengurusan penduduk Bandar Seri Putra. Ahli merupakan pengguna akan mendapat kemudahan dan tawaran harga yang amat berpatutan melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan KOJIRA. Dalam surat kelulusan penubuhan oleh SKM, tiga aktiviti ekonomi yang dicadangkan adalah Pasar Mini, Kawalan Keselamatan dan Pusat Tuisyen.

Untuk merealisasikan penubuhan KOJIRA, kita periu mendapat dan mendaftarkan ahli untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) sebelum 27hb Julai 2009. Satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan memutuskan bahawa mesyuarat agung tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 5 Julai 2009 jam 2:30 petang di Kolej Universiti lslam Selangor, Bandar Seri Putra, Bangi. Bayaran ahli yang dicadangkan adalah sebanyak RM20.00 dan harga seunit syer yang dicadangkan adalah RM100.00.

Oleh itu, sekiranya anda adalah rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas dan merupakan ahli penduduk Bandar Seri Putra, anda layak mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Berhad. Sila isikan borang pendaftaran yang dilampirkan dan hantarkan samada kepada AJK penaja yang disenaraikan sebelum 1 Julai 2009. Marilah kita bersama menjayakan Koperasi Bandar Seri Putra Bangi Berhad (KOJIRA).

Dr. Hj. Ahmad Roslan Bin Johari.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Bangi Berhad(KOJIRA)

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet