Hanya 2 keping gambar dapat dipotretkan dalam kesibukan semalam.
Selesai sudah aktiviti semalam: Carboot Sale dan Hari Bertemu Pelanggan.
Sedikit laporan yang boleh saya tulis disini.
Carboot Sale
Kejayaan Carboot Sale adalah bergantung kepada 2 aspek iaitu peniaga dan pelanggan. Untuk Carboot sale kali pertama ini, kita dapat mengumpulkan sekitar 5 peniaga (walaupun ada 6 peniaga yang daftar). Agak sedikit, tetapi bila dilihat balik kiranya ada kejayaan sikit. Kami pihak penganjur akan berusaha lebih untuk masa akan datang bagi menarik lebih ramai peniaga.
Dari segi pelanggan, masih kurang sambutan walaupun pihak penganjur telah cuba untuk menarik seramai mungkin melalui Banner, flyer dan forum maya. Kami juga telah cuba menarik penduduk Seri Mawar dengan membuka kaunter hari bertemu pelanggan.
Bagaimanapun alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan. Sebarang pandangan amat dialu-alukan.
Insya-Allah kita bertemu lagi 5 April.
Hari Bertemu Pelanggan
Jmb telah berusaha sedaya upaya untuk membawa akaun JMB untuk dinilai oleh penduduk. Daripada itu, pihak kami ingin mendapat maklum balas daripada penduduk atas usaha kami sepanjang 6 bulan pertama ini. Bagaimanapun, agak kurang penduduk hadir dan menyokong keterbukaan kami. Mungkin atas sebab kesibukan program lain atau juga atas sebab tidak prihatin masalah setempat. Kami berharap sikap ini akan berubah dan sama-sama kita dapat menjaga pangsapuri kita.
Positifnya, pihak Syabas telah hadir sama untuk menjelaskan aspek tertangguh berkaitan pertukaran meter individu. Selepas penjelasa Syabas, antara yang boleh disimpulkan:
- JMB perlu membuat ubah suai saluran air untuk semua unit (100% daripada keseluruhan unit). Kos ini perlu ditanggung oleh kesemua unit. Antara cadangan adalah mengecas terus pada semua unit yang masih belum membayar. Cadangan lain, menggunakankan duit Sinking Fund atau menangguhkan bayaran pada kontraktor bagi projek ini.
- JMB perlu mendapatkan deposit, borang permohonan bertandatangan, salinan IC dan salinan S&P (3 muka sahaja diperlukan: muka depan, muka kedia dan muka bertandatangan). Ini hanya untuk unit yang sedang didiami. Maka perlukan 100% daripada unit yang sedang didiami.
- Borang permohonan hanya akan diberikan setelah kelulusan diberikan oleh Syabas.
- Deposit air yang lama perlu mendapat maklumat sama ada akan dikembalikan atau tidak oleh Bangi Height sebagai pemaju.
- Kemungkinan, proses ini akan hanya selesai pada Jun ini.
Harap semua penduduk dapat bersabar dan memberikan kerja sama sewajarnya untuk proses ini berjalan lancar.
0 comments:
Catat Ulasan