Terkini

1 Mac Esok - Jangan Lupa singgah

Esok 1 Mac.

Jangan lupa singgah ke Seri Mawar.

Ada jualan CARBOOT atau boleh gak dipanggil Pasar Karat

Pemilik/Penghuni/Warga Seri Mawar sendiri, jangan lupa singgah ke kaunter JMB untuk maklumat terkini JMB. Sebarang masalah juga boleh diutarakan.

Kajian mengenai JMB

Dua minggu lepas pihak kami telah dihubungi oleh pelajar daripada salah satu universiti terkemuka tempatan untuk menjadikan JMB sebagai kajian kes mereka.


Dan Jumaat lepas, seramai 5 orang pelajar telah datang mewawancara Tuan Pengerusi serta mengambil gambar persekitaran.


Kami amat bangga dan ingin mengucapkan terima kasih kepada adik-adik ini yang telah bersusah payah datang dari jauh untuk sampai ke sini.


Diharap laporan kajian tersebut dapat diberikan salinan kepada kami untuk rujukan akan datang.

Papan Tanda

IMG_8632
Papan Tanda Utama

IMG_8629
Papan Tanda Sokongan 1

IMG_8635
Papan Tanda Sokongan 2

Setelah memikirkan jalan terbaik bagi menguruskan informasi setempat, kami telah mengambil keputusan untuk menggunakan 3 papan tanda.

Papan tanda utama akan digunakan untuk memaparkan maklumat terkini secara ringkas. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan merujuk papan tanda sokongan.

Papan tanda sokongan ini boleh dilihat di 2 tempat: pondok pengawal dan pejabat pengurusan. Papan tanda sokongan ini akan diuruskan secara serentak serta maklumatnya akan sama.

Seterusnya untuk menampung keperluan penyampaian maklumat, kami masih lagi meletakkan maklumat di lapan laluan utama penduduk. Tetapi bagi mengatasi masalah keceriaan kawasan, kami akan mengurangkan penampalan pada lapan lokasi ini. Inaya akan terus dihentikan (penduduk perlu melihat di papan tanda yang disediakan) atau kami akan memikirkan cara lain bagi terus menyampaikan maklumat di lapan laluan utama ini.

Sebarang cadangan sangat dialu-alukan.

Awning Tambahan Pondok Pengawal

IMG_8627

Setelah mengkaji permintaan dan keperluan awning tambahan di pondok pengawal, JMB telah bersetuju untuk meneruskan kerja tersebut. Ini bagi kemudahan pengawal dan penduduk setempat terutama bagi anak-anak yang biasanya menunggu kenderaan penggangkutan di situ.

Kursus Pertama




IMG_8599

Kursus pertama kerjasama JMB dan Persatuan Penduduk telah berlangsung. Diharap selepas ini akan bertambah aktif dengan kelas-kelas ilmu yang telah dan akan dirancang.

Kelas tersebut telah dijalankan di Pusat Komuniti Seri Mawar yang kami akan cuba menjadikannya sebagai tempat aktiviti dan pertemuan penduduk dengan kelas mengaji, bilik komputer, kemudahan internet, bilik bacaan dll.

Sebarang cadangan untuk mengaktifkan bilik ini juga dialu-alukan.

INSENTIF KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Dipetik daripada forum Putra-Mahkota.com
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1057.0;topicseen

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menyediakan beberapa insentif kepada penduduk negeri selangor yang berkelayakan untuk memohon. Antara insentif-insentif yang disediakan ialah :

1. Tabung Warisan Anak kelahiran Selangor (TAWAS)
2. Skim Jaringan Keselamatan Sosial Warga Emas
3. Hadiah Anak Masuk Universiti
4. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang


Setakat ini borang permohonan telahpun diedarkan kepada surau dan persatuan penduduk Bandar Bukit Mahkota. Seri Putra akan menyusul...
Borang juga boleh didapti di pejabat ADUN Bangi.
syarat-syarat permohonan ada di setiap borang yang disediakan.
Jom pakat maklumkan kpd jiran tetangga...kot ada yg baru dpt baby atau warga emas boleh la mohon.

Sekian terima kasih.



Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bangi
Cawangan Putra Mahkota
Tel : 012-9126798 / 013-3426019/ 019-3948784
E-mail : pusatkhidmatmasyarakat@yahoo.com

Kelas Membuat Pizza Tanpa Oven

Ingin mengetahui bagaimana membuat pizza dalam masa 10 minit tanpa menggunakan oven??

Bagi anda yang tiada oven/microwave dirumah, jangan risau kami ada caranya. Ingin mengetahui caranya?

Sertai kelas kami pada:

Tarikh: 7 Mac 2009

Masa: 9.30 pg - 12.00 thgh

Tempat: A-1-10 Pangsapuri Seri Mawar

Yuran: RM10.00 sahaja

Tarikh tutup: 5 Mac 2009

Hubungi:
Pn Hani - 012 246 8293
Pn Azwa - 019 368 9396
JMB Seri Mawar - 1700-8000-40


Setiap peserta akan diberikan hadiah istimewa selain pizza dan kek nanas untuk dinikmati!!
Jangan lepaskan peluang anda...

----------------------------------------------------------------------------------

(Terkini) Tawaran Mengadakan Kursus Jangka Pendek @ Seri Mawar

Lanjutan daripada kursus yang telah dimaklumkan, kita juga akan mengadakan kursus pada bulan Mac.

Disamping itu kami juga ingin menjemput kepada sesiapa yang berminat hendak mengadakan kursus jangka pendek tak kira apa sahaja temanya. Mungkin sahaja temanya bisnes, motivasi, jahitan dsb.

Tempat: Tempat akan disediakan di Seri Mawar

Masa: Di cadangkan pada mana-mana hari Sabtu (9.00 pagi - 2.00 petang) atau mengikut cadangan pengendali.

Yuran: Boleh dibincangkan, tapi dicadangkan dibawah RM50.00.

Target peserta: Penduduk sekitar Putra-Mahkota (<30>

Tarikh dicadangkan: Bermula April 2009

Berminat? Sila email cadangan anda ke mailbox JMB pangsapuriserimawar@gmail.com.

Setakat ini kita akan mengadakan 4 kursus untuk Feb dan Mac:

Pendaftaran & Kiraan ke Hari Jualan Carboot

Pendaftaran Ditutup. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Kursus Februari 2009

KursusFeb2009


Pada bulan ini pihak JMB telah menetapkan 2 kursus yang berkaitan dengan ICT dikendalikan oleh setiausaha JMB sendiri sendiri. Brosur boleh didapati daripada pautan ini dan pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi pejabat JMB. Bayaran dikenakan adalah minima dan tempat adalah terhad.


(L0901) Kursus Asas Penggunaan Internet & Aplikasi Google

(L0902) Kursus Asas MS Word, Excel dan Power Point

Papan Tanda JMB

client_img_bg[1]


Bagi lebih memantapkan pejabat pengurusan, pihak JMB telah memasang 4 papan tanda:


1 - Papan tanda pejabat berhampiran kaunter permbayaran


client_img_bg[1]


2 - Papan tanda pejabat (panjang) berhadapan Dataran Seri Mawar


client_img_bg[1]


3 - Papan kenyataan utama di hadapan pintu masuk


client_img_bg[1]


4 - Papan amaran bagi kenderaan keluar masuk


Dengan adanya papan tanda ini akan lebih memantapkan lagi pengurusan dan memberika imej yang lebih bertenaga kepada JMB.

Sampah

IMG_8513

Sedih saya melihat kawasan pembuangan sampah kita. Perkara paling jelas adalah tong sampah kita yang tak boleh ’berdiri’ sendiri. Ini tanggungjawab JMB, dan dimaklumkan ianya akan diperbaiki dalam tempoh terdekat.

Tapi yang lagi sedih adalah kelakuan pihak tidak bertanggungjawab melontar sampah ke atap rumah sampah. Bukan kali pertama, tapi dah beberapa kali terjadi. Harap penduduk dapat sama-sama perhatikan orang yang tidak bertanggungjawab ini dan supaya mereka cepat sedar kelakuan mereka sangat tidak bermoral.

Disamping itu masih ada penduduk yang malas membunag sampah di rumah sampah ini sendiri. Setakat dua-tiga hari ini saya dapati ada tiga ’pot’ pihak tak bertanggungjawab ini meletakkan sampah mereka. Satunya, ditangga 2 Blok A. Keduanya diluar tangga 4 Blok A. Ketiganya, di meter air unit A-1-10. Harap semua penduduk bekerjasama agak tempat kita bersih dari gejala-gejala tidak bermoral ini.

Gerai Depan Pondok Pengawal

IMG_8508


Penduduk tak perlu pergi jauh-jauh lagi untuk membasahkan tekak atau sekadar nak pekena teh tarik. Depan Pondik Pengawal kita, sekarang telah ada satu gerai menjual minuman. Ramai gak yang dah mula melepak kat sini dan kita harap semakin aktiflah kawasan tersebut.

Futsal 15 Feb 2009

Dipetik daripada forum Putra-Mahkota.com.


http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1009.0;topicseen


Geng,

Aku dah book court futsal untuk kita beriadah mengeluarkan peluh dan mengiratkan silatulrahim antara kita.

Tarikh : 15 Feb 2009
Hari : Ahad
Masa : 10 pagi – 12 tgh hari
Vanue : Aktif Futsal Indoor Soccer, Seksyen 13, Bangi


Panjangkanlah aktiviti riadah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain... Terima Kasih.


Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang... Smiley



Shah Rizal Shahdan Cool
019-3512241
AJK Surau Al-Ikhlas - Unit Sukan

Blog Impian Putra

blog impian putra


Blog Impian Putra


http://impianputra.blogspot.com/

Kekosongan Jawatan JMB Seri Mawar

Kekosongan Jawatan JMB Seri Mawar







DIPERLUKAN SEGERA


Pengawal Keselamatan

(Tetap atau Sementara)


Gaji yang kompetitif


Perlindungan Takaful & SOCSO


Jaminan Kerja Lebih Masa


Bayaran gaji pada masanya


Berminat hubungi:


JMB Seri Mawar


1700-8000-40

HARI BERTEMU PELANGGAN JMB SERI MAWAR dan Jualan CARBOOT, 1 Mac 2009


JMB Seri Mawar akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 1 Mac 2009. Tujuan diadakan adalah untuk mendekatkan JMB dengan penduduk dan pemilik Seri Mawar. Insya-Allah kami akan membuka kaunter serta adakan poster berkaitan perjalanan JMB sepanjang 6 bulan pertama. Sebarang masalah, rungutan, cadangan dan apa sahaja boleh diutarakan pada masa tersebut.


Pada masa yang sama, dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Forum Putra-Mahkota (http://putra-mahkota.com) CARBOOT SALE (Jualan Barangan Terpakai) akan juga diadakan pada tarikh yang sama. Ini bertujuan untuk membantu mereka yang mempunyai barangan terpakai (tetapi masih elok) yang ingin dilupuskan boleh menjualnya disini. Pendaftaran dibuka kepada semua dengan bayaran tapak yang minimum. Untuk pendaftaran tapak, boleh menghubungi pejabat JMB Seri Mawar ditalian 1700-8000-40.


Manakala, pengunjung berpeluang mendapatkan barangan terpakai dengan harga murah.


JOM CARBOOT!

Lori Pasir Keluar Masuk bawa tanah sungai secara haram di waktu pagi

Lori Pasir Keluar Masuk bawa tanah sungai secara haram di waktu pagi

http://mpkj.starselangor.net/

Berikut adalah pengaduan secara dalam talian yang telah kita buat kepada MPKj. Harap mendapat perhatian mereka.


BUTIRAN PENGADUAN

































No. Rujukan0106/02/09
Tarikh Penerimaan04-02-2009 12:24 PM
Nama AndaBADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI SERI MAWAR
Kawasan OperasiKAJANG :: BANDAR SERI PUTRA
Definasi MasalahLORI KELUAR MASUK :: HAL - HAL LAIN
Bentuk MaklumbalasADUAN
Status SemasaDITERIMA
Tajuk MasalahLori Pasir Keluar Masuk bawa tanah sungai secara harap di waktu pagi
Lokasi Masalah/KejadianJalan antara Pangsapuri Seri Mawar dan Pangsapuri Seri Dahlia
Huraian MasalahKami dapati lari pasir (kami jangkakan mencuri pasir daripada sungai berdekatan) keluar-masuk melalui Jalan Seri Putra 4 pada setiap pagi mulai pukul 4.00 dan pada waktu-waktu lain. Masalahnya lori-lori ini dipandu LAJU serta membawa habuk menyebabkan kawasan sekeliling berDEBU dan KOTOR. Meragui kehadiran serta memikirkan keselamatan dan kebersihan kawasan sekeliling, kami amat berharap pihak majlis mengadakan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan jika sabit kesalahan. Serta dapat maklumkan kami hasil daripada siasatan dan tindakan jika ada.

Gambar Kenduri Kahwin Anak Abg Razak



Slideshow Kesemua Gambar


Gambar slideshow di atas boleh juga diperolehi di pautan di sini.

Alhamdillah dengan kerjasama semua, kenduri tersebut telah berjalan dengan lancar. Walaupun sedikit terhenti kerana hujan pada belah petangnya, majlis diteruskan juga.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet