Blog Bandar Seri Putra.
Originally uploaded by pangsapuriserimawar
Satu lagi saluran informasi yang diwujudkan untuk kita di Bandar Seri Putra.
Bolehlah layari pautan ini http://bandarseriputra.blogspot.com/
Satu lagi saluran informasi yang diwujudkan untuk kita di Bandar Seri Putra.
Bolehlah layari pautan ini http://bandarseriputra.blogspot.com/
Saya baru dihubungi oleh JMB daripada Subang Perdana (kalau tak silap pendengaran saya) minta berkongsi tentang pengurusan di Seri Mawar. Saya cuba sedaya mungkin menjawab persoalan dan berkongsi pengalaman yang telah kami lalui. Walaupun kami pun masih belum mengambil alih, tetapi banyak lagi JMB lain diluar sana yang masih bermasalah untuk memulakan proses ambil-alih daripada pemaju. So tak salah berkongsi dan bertukar-tukar pendapat.
p/s: Alhamdulillah, ada juga yang mendapat faedah melalui blog ini.
Rentetan perjumpaan penduduk 29 Jun ini, JMB telah mendapat maklum balas positif daripada Bangi Height, COB, Syabas, Polis dan JMB Pangsapuri Seri Melati.
Pihak Syabas (En Izam - Eksekutif Khidmat Pelanggan) telah menghubungi JMB menyatakan kehadiran mereka. JMB juga telah diminta menyalurkan nombor telefon AJK agar boleh dimasukkan kedalam sistem makluman Syabas sekiranya berlaku sebarang ganguan perkhidmatan air.
Disamping itu, Syabas juga memerlukan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk. Alhmadulillah, senarai itu telah dimajukan kepada JMB oleh Pengerusinya En Ramli. Senarai itu juga telah diserahkan kepada Syabas untuk tindakan lanjut.
Di sini saya senaraikan AJK Persatuan Penduduk:
PERSATUAN PENDUDUK
PANGSAPURI SERI MAWAR (ASM)
BANDAR SERI PUTRA, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
AHLI-AHLI JAWATANKUASA SESI TAHUN 2008
Pengerusi
En. Ramli Bin Che Kob
Timbalan Pengerusi
En. A. Rahim Bin Md Top
Setiausaha
En. Rosdi Bin Hassan
Penolong Setiausaha
En. Syed Kamarulzaman Bin Syed Ali
Bendahari
En. Suhaimi Bin Omar
Ahli Jawatankuasa
1 En. Abd Razak Bin Tamin
2 En. Khalid Khan
3 En. Wan Mohd Zamzuri Bin Mohd Zahid
4 En. Khairul Anuar Bin Saadullah
5 En Osman Bin Budin
6 En. Hassan Basri Bin Zainuddin
7 Mohd Radzi bin Ali
8 Abd. Rahman Bin Hashim
9 En. Ramli Bin Taib
10 Norhani Bt Ahmad Rosli
Pemeriksa Kira-Kira
1 En. Naziree Bin Md Yusuf
2 En. Ismadi Bin Ahmad
YB Dr Khir Toyo hari ini menyebut dalam blognya agar penghuni rumah pangsa macam kita dapat juga merasa air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Berikut petikannya:
Saya dimaklumkan dah ada satu forum yang melibatkan penduduk Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra. Boleh layarinya di pautan ini http://putra-mahkota.com/forum/
Hari ini saya mendapat satu email cara penentuan kiblat menggunakan http://www.qiblalocator.com/.
Bagaimana ia ditentukan? Ikut garisan merah dan kita dapat arah kiblah dengan mengetahui kedudukan lokasi kita.
Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar (JMBSM) akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pemilik/penduduk/penyewa Pangsapuri Seri Mawar seperti berikut:
Tarikh : 29 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dataran Seri Mawar (Jamuan disediakan)
Diharap semua pemilik/penduduk/penyewa dapat bersama-sama hadir untuk masa depan pangsapuri kita bersama.
Ini yang dimaklumkan kepada saya melalui melalui email daripada seorang rakan. Dua perkara yang baru disini:
Jom ramai-ramai memeriahkannya.
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=83.0
Assalammualaikum Wrt. Wbt.,
Marilah Beramai-Ramai Ke Program Pelancaran Bangi Bandar Ilmu Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Bangi, Yang Akan Disempurnakan Oleh Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim Pada Ketetapan Berikut:
Tarikh : 22hb. Jun 2008 (Ahad)
Lokasi : Pusat Konvensyen Kuis
Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang
Wassalam.
Satu majlis perasmian program "Skim Pengawasan Kejiranan Bandar Seri Putra" telah diadakan pada 10 Mei 2008. Dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, YBhg ACP Mohd Sakaruddin Bin Che Mood. Majlis ini juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua persatuan penduduk. Pangsapuri kita telah diwakili oleh Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar, En. Ramli.
PERSATUAN PENDUDUK
PANGSAPURI SERI MAWAR (PPPSM)
BANDAR SERI PUTRA, BANGI.
Tiada maklumat terkini daripada persatuan.
Sekian. Harap maaf.
Pangsapuri Seri Mawar terletak dalam kawasan Bandar Seri Putra yang berukuran 898 ekar dan bersebelahan dengan Lebuhraya KL-Seremban. Bandar Seri Putra memiliki laluan terus melalui persimpangan Putra-Mahkota dan direkabentuk untuk sebuah komuniti yang terbina daripada penduduk dan perniagaan-perniagaan yang progresif. Pelbagai kemudahan terdapat disini termasuk pejabat pos, balai polis dan stesen minyak. Sekolah-sekolah rendah, menengah dan agama pula sedang dibina pada masa ini.
Pangsapuri Seri Mawar terdiri daripada 2 blok telah mula diduduki pada tahun 2001. Terdapat 359 unit pintu keseluruhan. Kedudukannya bersebelahan dengan Flat Seri Dahlia dan perumahan Acacia. Sekolah rendah juga telah didirikan bersebelahan perumahan Acacia menjadikan Pangsapuri Seri Mawar sangat strategik untuk golongan muda tinggal dengan anak-anak baru membesar.
Balai Polis Putra Mahkota: 03-89258222 Balai Bomba: 03-8925 4444(Tel) 03-8926 2344 (Faks) Hospital Kajang: 03-8736 3333 Hospital Serdang: 03-8947 5555
Hospital Putrajaya: 03-8312 4200 (Kaunter Pertanyaan) HUKM: 03-9145 5555 Ambulan Klinik Kesihatan BBB: 03-8925 8707
JAIS (Ustaz Rashid): 03-87330402/0193290003 |