Terkini

Memaparkan catatan dengan label KOJIRA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOJIRA. Papar semua catatan

KOJIRA dari mata YB

Entri dari YB Dr Shafie.

Friday, July 10, 2009

KOJIRA




Bandar Seri Putra, 5 Julai = 12 Rejab : Hari ini merupakan hari bersejarah bagi penduduk Bandar Seri Putra. Sejak Bandar ini dihuni hampir 10 tahun, atas cadangan Adun Bangi, maka pada hari ini penubuhan KOperasi Kejiranan Bandar Seri Putra (KOJIRA) Bangi dirasmikan oleh Dr. Shafie Abu Bakar bertempat di Dewan As-Syakirin Seri Putra. Beliau mahu penduduk Bandar Seri Putra tidak hanya melihat pembangunan di hadapan mata tetapi mengambil bahagian dengan menubuhkan koperasi dan berusaha secara bersama memiliki hartanah ( tanah dan kedai ) mewujudkan kedai koperasi dan berbagai- bagai lagi kemudahan lain.

Hadir sama di dalam Mesyuarat Agung Penubuhan KOJIRA ialah En. Nik Nadleen yang mewakili Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi kawasan Hulu Langat dan Gombak yang melahirkan kegembiraan di atas penubuhan KOJIRA.

Pengerusi yang dilantik bagi memimpin KOJIRA ialah Dr. Hj. Ahmad Roslin bin Johari bersama-sama dengan AJK yang lain. Kita mengharapkan KOJIRA bergerak maju bagi memantapkan KOJIRA ini.

Mesyuarat KOJIRA Esok di Surau As-Syakirin

Bagi yang berminat untuk menjadi ahli koperasi BSP (KOJIRA), jangan lupa menghadiri mesyuaratnya esok 2.30 petang. Tempat yang dimaklumkan sebelum ini di KUIS telah ditukar kepada Surau As-Syakirin. Saya dimaklumkan pendaftaran masih dibuka esok. Jadi mereka belum menjadi ahli, bolehlah menyerahkan borang keahlian esok. Wang yang ingin dilaburkan boleh dibayar dalam 10 kali ansuran. Ini kurang membebankan bagi mereka yang kesempitan wang tetapi masih ingin melabur.

Bagi yang tahu apa itu KOJIRA, boleh lihat entri lama saya di sini:

Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)

Jumpa anda di sana!

Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)

Petang tadi, Google Reader saya menangkap satu maklumat terbaru aktiviti sekitar BSP yang mungkin ramai yang berminat. Maka saya letakkan di sini untuk tatapan dan mana yang berminat boleh mula mendaftar. Semoga perancangan ini berjaya dan dapat kekal untuk tempoh yang panjang. Insya-Allah saya akan jadi ahli. Anda bagaimana pula?

Tarikh penting:
  • Hantar borang pendaftaran sebelum 1 Julai 2009
  • Mesyuarat Agung Penubuhan Ahad 5 Julai 2009, 2.30 petang
  • Borangnya di SINI

Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)

Salam semua warga Bandar Seri Putra, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) telah memohon untuk menubuhkan koperasi di Bandar Seri Putra. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan PPBSP padasurat yang bertarih 27hb April 2009. Koperasi ini dinamakan sebagai Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Bangi Berhad (KOJIRA).

Tujuan utama KOJIRA ditubuhkan adalah untuk mengadakan aktiviti kejiranan yang bercorak ekonomi di Bandar Seri Putra dengan pengurusan penduduk Bandar Seri Putra. Ahli merupakan pengguna akan mendapat kemudahan dan tawaran harga yang amat berpatutan melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan KOJIRA. Dalam surat kelulusan penubuhan oleh SKM, tiga aktiviti ekonomi yang dicadangkan adalah Pasar Mini, Kawalan Keselamatan dan Pusat Tuisyen.

Untuk merealisasikan penubuhan KOJIRA, kita periu mendapat dan mendaftarkan ahli untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) sebelum 27hb Julai 2009. Satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan memutuskan bahawa mesyuarat agung tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 5 Julai 2009 jam 2:30 petang di Kolej Universiti lslam Selangor, Bandar Seri Putra, Bangi. Bayaran ahli yang dicadangkan adalah sebanyak RM20.00 dan harga seunit syer yang dicadangkan adalah RM100.00.

Oleh itu, sekiranya anda adalah rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas dan merupakan ahli penduduk Bandar Seri Putra, anda layak mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Berhad. Sila isikan borang pendaftaran yang dilampirkan dan hantarkan samada kepada AJK penaja yang disenaraikan sebelum 1 Julai 2009. Marilah kita bersama menjayakan Koperasi Bandar Seri Putra Bangi Berhad (KOJIRA).

Dr. Hj. Ahmad Roslan Bin Johari.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Bangi Berhad(KOJIRA)

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet