Terkini
PERKHIDMATAN BANK SIMPANAN NASIONAL
Kemudahan Club House Bukit Mahkota Dibuka Untuk Orang Ramai
Berita baik untuk semua, Club House Bukit Mahkota sekarang terbuka kepada orang ramai. Berikut maklumat yang saya perolehi dari Forum PMC.
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=16.msg48914#msg48914
Sekarang ni non members pun buleh guna fasiliti kat clubhouse jugak tapi kena bayar laa yer..
Rate of Charges for Club House Non Member
No. Type of Facilities Everyday
Below 18 18 and Above
1 Swimming Pool & Sauna RM5.00 per person RM10.00 per person
2 Gymnasium RM5.00 per person RM10.00 per person
3 Tennis Court RM10.00 per hour RM10.00 per hour
4 Squash Court RM10.00 per hour RM10.00 per hour
*Fees subject to changes at the discretion of the Club Management
Perpustakaan Desa, Desa Mahkota
Dijemput kepada semua penduduk sekitar Desa Mahkota , serta penduduk di sekitarnya Kg SG Kembong Hilir, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Sri Putra untuk sama-sama membudayakan hidup anda menikmati pembacaan, mempertingkatkan pencapaian ilmu melalui bahan-bahan bacaan ilmiah.
Keahlian adalah secara PERCUMA. Perkhidmatan ICT secara percuma.
Untuk maklumat lanjut hubungi kami 03-8926 2720. Boleh juga lawati laman web kami http://pddesamahkota.blogspot.com
====================
Desa Mahkota telah dibuka pada 14.02.2006.
Perpustakaan desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh. dengan ini ia akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan. Disamping itu, pengwujudan perpustakaan desa akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaaan yang disedikan. Kesedaran klepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.
Pengawasan perpustakaan desa di seluruh negeri adalah di bawah tanggungjawab pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam negeri. Satu jawatankuasa kecil yang terdiri daripada penduduk setempat contohnya Jawatankuasa keselamatan Kemajuan Kampung dipertangungjawabkan untuk mengasai keselamatan perpustakaan desa.
Bank simpanan nasional (BSN) cawangan Bdr seri putra beroperasi Mei 2010
Thursday, April 29, 2010
Bank simpanan nasional (BSN) cawangan Bdr seri putra beroperasi Mei 2010
Sumber: http://mahkota5.blogspot.com/2010/04/bank-simpanan-nasional-bsn-cawangan-bdr.html

alhamdullilah, bank simpanan nasional (BSN) cawangan Bdr seri putra akan mula beroperasi pada Mei2010. Berikut adalh maklumbalas yang diterima daripada pihak BSN.
BN/IP/JPC/253.12/1 Jld 3/2010 (50)
Encik Zulkifli Ambak,
PEMBUKAAN CAWANGAN BSN
Dengan hormatnya kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 28 April 2010 berhubung perkara di atas.
Untuk makluman tuan, cawangan BSN di Bandar Seri Putra, Bangi masih dalam proses pengubahsuaian. Buat masa ini, proses tersebut adalah mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya tiada sebarang masalah, cawangan berkenaan dijangka akan beroperasi pada pertengahan Mei 2010.
Sila hubungi Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-21425258 atau layari laman web www.bsn.com.my sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat.
* Mulai 1 Mei 2010, sebarang pertanyaan berhubung dengan urusan Perbankan SMS, sila hubungi Bahagian e-Channel di talian 03-26888400 atau emel kepada myBSNcontact@bsn.com.my untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Dengan hormatnya,
BANK SIMPANAN NASIONAL
Seksyen Khidmat Pelanggan
Jabatan Perbankan Cawangan
Melancarkan Perkhidmatan Bas Mini Putera-Mahkota-Nilai
Thursday, February 25, 2010
http://drshafie.blogspot.com/2010/02/melancarkan-perkhidmatan-bas-mini.html
Seri Putera, 11 R. Awwal = 25 Februari (Khamis):
Sejak Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota dihuni mulai 2001, sudah dirasakan perlu adanya perkhidmatan bas di sana, tetapi pada masa itu penduduk belum begitu ramai, maka perkhidmatan bas tidak begitu ekonomik. Usaha kedua dilakukan pada tahun 2008. ADUN mendekati dua syarikat bas mini yang berkhidmat di Kajang, tetapi masih tidak mendapat respon yang baik.
Kini penduduk Seri Putera dan Bukit Mahkota mendekati jumlah 30 ribu, adalah wajar diwujudkan perkhidmatan bas, atas keperluan pihak penduduk melalui ahli MPKj mendekati sebuah syarikat bas mini yang memberi respon yang baik. Syarikat dimaksudkan ialah Syarikat Bas Mawar Merah Sdn. Bhd. yang berpusat di Kelang, iaitu sebuah syarikat bumiputera. Keterlibatan syarikat ini atas dasar jika ianya mempunyai pulangan yang membolehkan syarikat untuk terus beroperasi. Lantaran itu Syarikat ini telah mendapat lesen sejak September 2009 lepas dan membuat percubaan dari segi perkhidmatan hingga ke awal tahun 2010, maka didapati perkhidmatan ada pulangan yang memuaskan.
Maka pada pagi ini secara rasmi diadakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Mini Putera bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di Seri Putera mulai jam 9.00 pagi. Hadir bersama ke Majlis ialah, ADUN Bangi, Sdr. Hj. Mazwan Johar Ahli MPKj, Sdr. Nizam dan Sdr. Zahari dari MPKj, Sdr. Marzuki Ketua Kampung Bangi, Saudara Effendi Abu Bakar dari Syarikat Bas Mawar Merah Sdn. Berhad dan En. Norizan dari Bangi Height, ahli-ahli AJK bagi Ahli MPKj dan JKK Bangi.
Dalam ucapan perasmian bagi pelancaran, ADUN Bangi berterima kasih kepada Syarikat Mawar Merah yang sanggup menjalankan operasi perkhidmatan bas bagi laluan Seri-Putera-Bukit Mahkota-Nilai (termasuk ke Stesen Komuter Pekan Bangi) seterusnya memenuhi hasrat penduduk di sini. Kita difahamkan buat masa ini syarikat menyediakan 3 buah bas mini. Bagi satu tambang perjalanan sehala, sama ada dekat atau jauh dikenakan RM1.00. Perkhidmatan ini banyak digunakan oleh pekerja-pekerja kilang yang banyak terdapat di Bukit Mahkota dan Nilai, anak-anak sekolah dan mereka yang berulang alik membeli keperluan harian dan barangan murah di Nilai Tiga. Bagi memajukan perkhidmatan, ADUN berharap iklan dan publisiti secara lebih agresif perlu dilakukan. Pemimpin-pemimpin masyarakat dapat membantu bagi kemajuan Syarikat.ADUN berharap imej bas mini selalu dikaitkan dengan kekurangan disiplin, kasar dan gopoh kerana mengejar waktu dan mengambil penumpang seramai mungkin. ADUN berharap keadaan ini tidak berlaku bagi Syarikat Bas Mawar Merah. Sebaliknya hendaklah membina imej bas yang baik, bersih dan bertata tertib. Dengan ini lebih ramai menarik penumpang. ADUN juga berharap Syarikat Bas wajar memilih tempat-tempat hentian utama yang dapat pelanggan menunggu dan juga menepati waktu, supaya pengguna tidak tertunggu tunggu. Mungkin perkhidmatan tidak hanya ke stesen komuter, Nilai dan Bangi Lama, tetapi juga ke Stesyen Komuter UKM dan juga Hentian Kajang di Jalan Reko. ADUN mendoakan syarikat bas mini ini maju jaya dan dapat menambahkan lagi bilangan bas dan perkhidmatan pada masa depan.
Sementara itu Sdr. Haji Mazwan Johar dalam ucapan alu-aluannya, berkata, pada asalnya kita mahu mengadakan majlis perasmian pada Sabtu atau Ahad, tetapi menurut Sdr Hj. Mazwan, Hari Sabtu dan Ahad ialah hari ramai pelanggan menggunakan bas, disebabkan untuk mengelakkan kerugian di pihak syarikat, maka dipilih hari bekerja seperti hari ini. Menurutnya sebelum ada perkhidmatan ahli MPKj ada yang mencadangkan pihak MPKj menyediakan perkhidmatan bas sendiri secara komersil dan pernah dilakukan oleh pihak Majlis perbandaran yang lain, tapi kurang berjaya. Kita juga tidak mahu membebankan pihak MPKj. Kita menyokong kuat perkhimatan oleh Syarikat Mawar Merah dan berharap Syarikat akan berkembang maju.Bagi merasmikan perkhidmatan, ADUN dengan Hj. Marzuki, beberapa orang AJK Ahli MPKj dan Ahli JKK turut sama menaiki bas bergerak dari Seri Putera ke Bukit Mahkota hingga ke Nilai, termasuk Nilai Tiga dan Nilai Lama dan pulang kembali ke Seri Mahkota. Sambil itu penumpang naik dan turun sepanjang jalan. ADUN bertanya sebahagian dari penumpang yang naik yang duduk sebangku dengan ADUN, kerana bangku ADUN di hadapan, semuanya berpuashati dengan perkhidmatan bas yang diberi. ADUN bersama yang lain mengelilingi Seri Putera- Bukit Mahkota dan Nilai dan pulang kembali memakan masa lebih kurang dua jam. Melihat kepada penumpang yang turun naik dari bas yang kami naik dan bas yang lain dari syarikat ini yang kami bertembung diperjalanan, kami yakin, insya Allah syarikat ini akan maju. Terima kasih.
Posted by dunbangi at 1:11 PM
WIFI di Seri Mawar
Seperti yang pernah JMB maklumkan tentang penambahbaikan WIFI di Seri Mawar, alhamdulillah JMB dan Dzaf Hotspot Solution telah bersetuju untuk bekerjasama agar keseluruhan blog Seri Mawar dapat diliputi dengan WIFI.
Buat permulaan, percubaan sedang dijalankan di Blok B dan akses meliputi hampir keseluruhan Blok B sehingga ke kawasan pagar berhampiran Seri Dahlia. Akses liputan juga dipercayai boleh mencapai penduduk Acacia dan unit-unit Blok A yang berhampiran Blok B.
Cara penggunaannya ada adalah dengan pembelian kad prepaid. Sejam hanya dikenakan bayaran sebanyak RM0.75. Anda boleh melayarinya dari rumah anda, di meja dan kerusi rehat di taman Blok B atau dari kenderaan anda. Kad prepaid tersebut akan mula dijual di pejabat pengurusan JMB Seri Mawar.
Secara rasminya, tempoh percubaan rasmi akan dimulakan mulai 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010. Pada minggu pertama (1 - 7 Mac), pihak pembekal telah bersetuju untuk memberikan akses percuma selama 20 minit untuk sekali Login. Selepas waktu tersebut Mac address pengguna akan disekat selama 12 jam. Selepas 12 jam, boleh login balik. Bagaimanapun untuk akses berterusan, pengguna digalakkan membeli prepaid berharga RM5, RM10 atau RM30.
Diharap ramai yang akan menggunakan perkhidmatan ini kerana ianya lebih murah dan sangat mudah digunakan. Hanya yang anda perlu ada, komputer dengan akses WIFI dan kad prepaid Mahkota Hotspot.
Manual penggunaan disini.
Selamat berinternet.
Naik Taraf Pondok Sampah
Pagar Gelongsor dan Pagar Kecil ke SKBSP
Salam,
JMB kini dalam proses menyediakan pagar gelongsor dan pagar kecil ke SK Bandar Seri Putra.
Pagar gelongsor itu disediakan untuk mengawal individu keluar masuk dipintu hadapan. Dengan ini diharap dapat mengurangkan kemasukan individu tanpa perhatian pengawal.
Manakala pagar kecil ini disediakan untuk kemudahan pelajar ke sekolah apabila sekolang tersebut dibuka. Masa pembukaan masih belum ditetapkan. Jika ada sebarang cadangan, bolehlah menyalurkan melalui peti cadangan di pos pengawal atau terus ke pejabat JMB.
Kemudahan JMB: Projektor
Alhamdulillah, JMB ada projektor.
Dengan keperluan masa kini, projektor antara yang sangat diperlukan untuk sebarang program atau pun untuk mesyuarat syarikat. JMB telah mengambil langkah membeli projektor untuk kegunaan seharian dan juga boleh disewakan dengan kadar yang berpatutan.
Kepada individu atau kumpulan yang memerlukan sewa projektor, boleh hubungi JMB untuk peminjaman.








