Terkini

Sukan Sekolah Kebangsaan Bangi


Sukan Sekolah Kebangsaan Bangi, Kajang

Rumah Biru

Rumah Kuning

Salah satu aturcara sukaneka

Rumah Hijau

Menunggu acara dipertandingkan

Medal yang disediakan buat pemenang

Hamper untuk pemenang

Sukan Sekolah Kebangsaan Bangi

Saya tidak sempat menunggu hingga ke akhir aturcara. Antara sebabnya ada komitmen lain. Sukan sekolah 'clash' dengan Hari Keluarga tempat kerja. Nak hadir kedua-duanya, maka kenalah pendekkan kehadiran sukan sekolah dan lambatkan kehadiran hari keluarga.

Alhamdulillah dapatlah menghadiri kedua-dua aktiviti tersebut. Cuma malangnya,
  1. Tak tahu Isnin cuti sekolah. Hanya tahu selepas anak ketinggalan van (mulanya ingat tertinggal van) dan bila tumpang rakan, rupanya sekolah cuti.
  2. Tak dapat ikuti aturcara kanak-kanak hari keluarga. Serta hampir tak dapat masuk ke tempat aktiviti sebab dah lambat.

Jejantas Taman Impian Putra Dibuka

Pandangan atas: Taman Impian Putra

Jejambat yang telah dibuka

Jejambat 4 lorong

Alhamdulillah, satu lagi kemudahan bagi penduduk Bandar Seri Putra dengan pembukaan jejambat melewati Taman Impian Putra dan menghubungkan pekan Bangi Lama. Ini adalah jalan alternatif untuk ke pekan Bangi Lama selain jejambat selorong di sempadan Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota. Jejambat ini mempunyai 4 lorong. Tetapi dikecilkan kepada 2 lorong selepas jejambat mengarah ke pekan Bangi Lama.

Image terbaru Seri Mawar

Tanda "Pangsapuri Seri Mawar" di pintu masuk

Pintu masuk Seri Mawar

Pandangan sisi daripada blok A

Kawasan permainan kanak-kanak blok B


Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) bagi JMB 2008-2009

Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) bagi JMB 2008-2009

Lama tak kemaskini blog ini. Ada beberpa entri nak masukkan, cuma tak berkesempatan.

Minggu lepas (Rabu), ada mesyuarat pertama JMB dan dah ada perubahan tampuk kepimpinan. Disini, saya lampirkan senarai tersebut :

Pengerusi : En. A Rahim
Setiausaha : En. Khairil (Pemangku)
Bendahari : En. Mohamad Yusof
AJK:

  1. En. Abdul Razak
  2. Pn. Norhasimah
  3. En. Naziree
  4. En. Wan Mohamad Hamka
  5. En. Fadzri (Wakil Bangi Height)

Anak-anak Pra-sekolah

Di Bandar Seri Putra, ada banyak pilihan untuk ibu-bapa menghantar anak mereka untuk pra-sekolah. Antaranya:

  • Al-Fatih
  • Q-Dees
  • Sri Pelangi
  • Pasti
  • Smart Reader
Ada banyak lagi yang saya tak senaraikan disini. Takat yang saya tahu yuran bulanan Al-Fatih (RM150), PASTI (RM77) dan Smart Reader (RM200++). Yang lain tak survey pula.

Saya sendiri hantar anak ke Pasti (Pasti A-Faizin) antara lain penekanan unsur-unsur Islam dalam pembelajaran Pasti dan yuran bulanannya yang berpatutan untuk orang seperti saya. Setakat ini, alhamdulillah dua anak saya mengikuti pembelajaran Pasti dengan baik. Ada juga yang kami sekeluarga tak puas hati, cuma kepuasan hati kami melebihi ketidak puasan hati kami. Jadi kami masih menghantar anak di situ.

Berikut beberapa gambar aktiviti Pasti:

Pasti Al-Faizin
Majlis Penyampaian Hadiah daan Persembahan
Dikir Barat
Pelajar Lepasan Pasti
Lawatan ke Zoo Negara

Perbarisan Hari Sukan
Sukan Pasti

Tiada berita terkini

Setakat ini saya masih tak dapat apa-apa maklumat terkini berkenaan JMB dan juga hasil mesyuarat tahunan penduduk Seri Mawar. Cadangan saya adalah dengan mengadakan 'papan maklumat' di hadapan pintu masuk. Dengan ini memudahkan maklumat disampaikan kepada semua penduduk. Disamping itu, boleh juga menggunakan blog ini untuk menyampaikan maklumat terkini.

Oh ya, hari Rabu lepas, Abg. Razak ada datang mengambil tandatangan saya (dan AJK lain) untuk pertukaran AJK dalam JMB.

Perubahan Senarai JMB

Pemandangan Blok A, Seri Mawar.

Pagi tadi Syukri maklumkan saya bahawa ada perubahan senarai JMB yang telah dilantik tempoh hari. Dia juga maklumkan saya bahawa senarai nama JMB (yang sepatutnya dihantar semalam) dapat tangguhan selama seminggu lagi. Harap ianya perubahan yang baik.

Ada apa dengan Akta 663


Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) menyatakan bahawa sebarang bangunan mestilah diuruskan bersama oleh penduduk dengan bantuan pemaju bangunan. Manakala majlis tempatan akan memantau perlaksanaannya.

Untuk pangsapuri Seri Mawar, mensyuarat pertama telah berjaya dengan kehadirian 6 orang penduduk yang layak mengundi. Kita telah membentuk JMC (Joint Management Committee) yang akan bergerak untuk melaksanakan Akta 663 tersebut bagi pihak JMB (Joint Management Body).

Seri Mawar Maya

Pangsapuri Seri Mawar (zoom in)

Bandar Seri Putra

Salam.

Blog ini diwujudkan untuk membantu penyampaian yang lebih efektif kepada semua penduduk pangsapuri Seri Mawar. Disamping menjadi suara rasmi bagi persatuan penduduk, ianya juga adalah suara rasmi JMC (Joint Management Committee) mewakili JMB (Joint Management Body) yang baru dibentuk untuk menyelenggara kesemua harta benda dalam kawasan pangsapuri kita ini.

Semoga kita semua dapat menyumbang agak kehidupan kita akan lebih baik di sini. Serta, diharap semua yang terpilih menganggotai kedua-dua jawatankuasa di atas dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan iklas, jujur dan efektif.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet