Sebentar tadi saya dimaklumkan oleh pegawai di pejabat JMB berkaitan masalah antena TV yang tidak berfungsi di Blok A. Untuk pengetahuan penduduk Blok A, pihak JMB telah mengesan masalah ini dan telah cuba memperbaiki masalah tersebut dengan memanggil satu kontraktor. Bagaimanapun masalah itu tidak dapat diselesaikan kerana menurut kontraktor tersebut, terdapat item yang perlu ditukar. Insya-Allah, JMB akan cuba dapatkan item yang diperlukan dalam masa terdekat.
Terima kasih kepada yang melaporkan.
Terkini
Antena TV di Blok A
Simen jatuh dari rumah atas dan sampah di tangga!!! Geram betul!!!
Kenderaan saya terkena simen. Telah kering.
Simen jatuh ini atas kereta saya, besar dan dah keras. Kalaulah dimaklum awal, boleh sahaja kenderaan dialihkan. Atau setidak-tidaknya, selepas simen kena kereta tolonglah bersihkan sebelum ianya kering. Geram betul!
Semalam geram betul saya. Dahlah ada sampah berterabur: busuk dan berulat, turun bawah tengok kereta kena simen. Itu yang saya geram dan marah. Kalau dah geram dan marah, kenalah tunjukkan yang kita geram dah marah. Nada suara tinggilah sikit. Takkan nak lunak merdu pula. Sebelum ini kita tak pernah kacau dia, lepas tu tanpa berfikir panjang dibuat kerja dan kacau kita, jadi tak salahlah kita marah kat dia.
Begini, bila nampak simen keras atas kereta saya, saya dongak ke atas dan memang tahu ada rumah sedang membuat ubahsuai tingkap. Jadi tidak ada unit lainlah, mesti unit yang sedang diubahsuai itu.
Maka, saya pergi minta penjelasan daripada orang di unit tersebut. Tetapi dia kata, bukan dia yang buat. Saya pun cakaplah (sambil marah) yang saya nak minta bos dia hubungi saya. Saya beredar.
Selang sejam kemudian, saya kembali ke unit tersebut sebab tak ada sebarang panggilan yang saya terima. Kali ini ada seorang lagi. Saya kata nak cakap dengan bos. Dia kata, dah balik. Saya minta dia telefon bos dia. Lepas saya cerita masalah saya (sambil marah) dia kata saya tak boleh marah, tapi kena bincang dan terus tutup telefon. Lagilah saya marah... apa orang awak yang menyusahkan orang, kita tak boleh marah. Cuba telefon semula dia tak angkat.
Tak mengapa. Pekerja dia (yang satu lagi, bukannya yang mula-mula saya jumpa tu) cakap dia boleh bersihkan. Saya bagi peluang dan memang dapat dibersihkan.
Terus saya memohon maaf sebab marah-marah sebab memang tadi tu memang marah. Serta saya minta dia minta maaf pada bos dia. Cuma saya merasakan bos (tuan rumah En Azmi) tu yang tidak rasional dan buat kerja tanpa fikir jiran lain.
Sampah di tangga.
Satu isu lagi, buang sampah di tangga. Saya rasa ianya dari rumah yang mempunyai ramai ahli keluarga. Ini kerana terdapat baki nasi yang sangat banyak (bekas periuk nasi besar) dan banyak sisa makanan. Lagi malang, ianya telah pun berulat. Kotor dan menjijikkan.
Maka, saya pun mengetuklah hampir semua rumah sebelah atas tangga tersebut. Malangnya tiada siapa pun yang mengaku. Kalau buat pun memang tak nak mengaku. Tak apalah, hanya nak memuaskan hati saya sahaja.
Akhirnya, saya kemas sendiri dan siram dengan air.
JMB & Persatuan Jumpa OCS Bandar Seri Putra
- Pihak JMB & Persatuan akan memanggil sama pihak Polis untuk mesyuarat atau aktiviti.
- Polis akan meronda dalam kawasan Seri Mawar dan akan menulis catatan di pos pengawal.
- Kerjasama lebih erat antara kedua-dua entiti
- Mengurangkan jurang komunikasi antara kedua entiti.
Semoga masalah antara Polis dan JMB/Persatuan tidak berbangkit lagi.
Terima kasih OCS Ramlan.
Entri berkaitan:
http://pangsapuriserimawar.blogspot.com/2009/05/lagi-motosikal-unit-b-g-20-dikunci.html
AMARAN TERAKHIR: Jangan Letak Motor di Koridor
Harap maklum.
Surat amaran kepada pemilik motor parking di koridor
Bagi mereka yang ingin mengetahui tindakan lanjut pihak JMB berkaitan motor yang di letakkan di kawasan koridor, kami telah pun mengeluarkan surat amaran terakhir. Selepas ini tindakan yang lebih agresif akan diambil jika masih tiada perubahan.
Isu Fogging atau Semburan Nyamuk
Pihak JMB telah menghubungi pegawai kesihatan MPKj berkaitan isu semburan nyamuk (fogging) yang selalu dilakukan dengan mengejut. Maka kami telah memohon agar dapat memaklumkan pihak kita dengan lebih awal supaya maklumat tersebut dapat disampaikan kepada penduduk Mawar.
Menurut mereka, kebanyakan tindakan tersebut adalah secara ad-hoc dan sukar untuk mereka maklumkan terlebih dahulu. Tetapi satu unit pemeriksaan akan dikerahkan pada sebelah awal lagi sebagai unit peninjau. Kalau unit ini dapat melaporkan kepada JMB pun susah baik sebab maklumat tersebut dapat disebarkan.
Di akhir perbualan, walaupun mereka keberatan tetapi akan cuba mencari jalan agar maklumat awal dapat diberikan. Maka tak adalah secara tergesa-gesa, mak-mak yang sedang masak terpaksa berhenti; Bapa-bapa yang baru ingin melabuhkan badan di kerusi malas terpaksa keluar; anak-anak yang baru balik sekolah tak dapat bersiap pergi mengaji dsb. Pokoknya kalau maklumat penyemburan diberi lebih awal, penduduk dapat merancang pergerakan mereka ketika waktu penyemburan tersebut.
Lori Pasir Keluar Masuk bawa tanah sungai secara haram di waktu pagi
Lori Pasir Keluar Masuk bawa tanah sungai secara haram di waktu pagi
http://mpkj.starselangor.net/Berikut adalah pengaduan secara dalam talian yang telah kita buat kepada MPKj. Harap mendapat perhatian mereka.
| No. Rujukan | 0106/02/09 |
| Tarikh Penerimaan | 04-02-2009 12:24 PM |
| Nama Anda | BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI SERI MAWAR |
| Kawasan Operasi | KAJANG :: BANDAR SERI PUTRA |
| Definasi Masalah | LORI KELUAR MASUK :: HAL - HAL LAIN |
| Bentuk Maklumbalas | ADUAN |
| Status Semasa | DITERIMA |
| Tajuk Masalah | Lori Pasir Keluar Masuk bawa tanah sungai secara harap di waktu pagi |
| Lokasi Masalah/Kejadian | Jalan antara Pangsapuri Seri Mawar dan Pangsapuri Seri Dahlia |
| Huraian Masalah | Kami dapati lari pasir (kami jangkakan mencuri pasir daripada sungai berdekatan) keluar-masuk melalui Jalan Seri Putra 4 pada setiap pagi mulai pukul 4.00 dan pada waktu-waktu lain. Masalahnya lori-lori ini dipandu LAJU serta membawa habuk menyebabkan kawasan sekeliling berDEBU dan KOTOR. Meragui kehadiran serta memikirkan keselamatan dan kebersihan kawasan sekeliling, kami amat berharap pihak majlis mengadakan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan jika sabit kesalahan. Serta dapat maklumkan kami hasil daripada siasatan dan tindakan jika ada. |
Aduan Bersekedudukan, JMB harap bertindak.
Terkini 5 Ogos : Masalah ini telah diselesaikan. Saya dimaklumkan, wakil persatuan penduduk telah 'slow talk' dengan mereka terbabit. Dan mereka telah berpindah ke tempat lain.
Ini email yang saya perolehi. Penulis yang mahu dikenali sebagai Kelana Buana melaporkan ada penghuni Mawar yang bersekedudukan.
Saya akan cuba pantau perkara ini dan jika benar, tindakan akan kita ambil.
Terima kasih atas maklumat tersebut.
-Khairil Anuar-
Salam,
Terima kasih atas makluman tersebut.
Insya-Allah JMB akan cuba membuat apa terdaya untuk membenteras jika betul seperti yang didakwa.
2008/7/24 Kelana Buana:
salam en kyreel,
saya dan mengadu kat mana pun tak tau..
tapi dah meluat tengok dan dah tak tergamak dan tak lalu nak telan. hari2 tak leh tidur memikirkan masalah ini...
rumah no B2 - 19 ni ada lelaki dan perempuan tinggal bersama. dah tu baru2 ini bawa anak sekali tinggal bersama dah macam suami isteri. harap dapat siasat dan ambil tindakan segera. Meraka memang belum berkahwin. dan sumber ini sahih.
dah tak larat menanggung bebanan ini. kalau nak info lanjut boleh email saya kembali.

