Terkini

Memaparkan catatan dengan label Bandar Seri Putra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bandar Seri Putra. Papar semua catatan

Berita BSP Hari Ini 26 Dec 2009

Beberapa berita terkini yang saya ingin kongsikan. Harap ianya bermanfaat.

Tahun Baru Wajah Baru

Posted by AFR Labels:

Blog ini sedang dikemaskini untuk diberi nafas baru sempena tahun baru 2010. Bagi semua pengunjung mungkin akan sedikit terkejut dengan perubahan layout blog ini. Blog ini akan bertukar ke url baru di http://www.bandarseriputra.info dalam sedikit masa lagi. Pengunjung ke url lama http://www.bandarseriputra.blogspot.com secara automatik akan dipandu ke url baru.

Sebarang bentuk berita dan info berkaitan BSP akan diteruskan seperti biasa.

Selamat berinfo.


AFR
admin.

==============================
==========

Sumbangan Anda Sangat Dialu-alukan!

Posted by laila kamilia Labels:
Wujudnya laman web bandarseriputra ini bertujuan untuk berkongsi maklumat komuniti untuk warga Seri Putra dan sekitarnya. Setakat ini kami mempunyai 3 orang moderator untuk laman web ini. Jika anda mempunyai sebarang info mengenai komuniti, sila emelkan kepada moderator untuk diwar-warkan di dalam laman web ini. Walau bagaimanapun, jika anda mahu menyampaikan apa jua pandangan/artikel untuk sebarang topik yang bermanfaat, yang anda mahu kongsikan bersama komuniti seri putra dan sekitarnya, anda boleh menghantar pandangan/artikel anda itu juga kepada moderator. Setiap pandangan/artikel yang disiarkan akan dituliskan sumber/penulisnya. Walau bagaimanapun, moderator berhak tidak menyiarkan pandangan/artikel yang anda tulis jika ianya dirasakan akan menggugat keharmonian komuniti.

Jika anda mahu menyiarkan iklan produk anda juga kami alu-alukan. InsyaAllah kami akan menyiarkannya tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Jadi tunggu apa lagi? Bukankah laman web ini dari anda untuk anda. Jangan sekadar menjadi pemerhati....marilah kita meriahkan laman web ini. Jika tidak rugilah tuan tanah beli web hosting istimewa untuk laman web ini.

Hantarkan pandangan/artikel mahupun iklan anda kepada:

Sumbangan anda kami nantikan!

=====================================

Surau Assyakirin BSP

Posted by azizailan Labels: Salam kepada semua Muslimin/Muslimat.

Pihak AJK Surau Assyakirin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih pada Para Dermawan yang telah menghulurkan sumbangan baik dalam bentuk wang, barangan mahupun tenaga untuk menjayakan majlis-majlis Ilmu dan aktiviti-aktiviti surau.
Bagaimanapun untuk menampung segala pebelanjaan seperti bil elektrik, air, sumbangan untuk penceramah dan lain-lain lagi, Pihak AJK Surau amat mengharapkan sumbangan ikhlas dari tuan-puan. Tuan/puan boleh melayari laman web http://www.surausyakirin.org/ untuk perkembangan dan aktiviti terkini surau.
Tuan/puan juga boleh menghulurkan sumbangan kewangan dengan memasukkan terus ke Akaun Surau Maybank No.Akaun 562263008155. Semuga sumbangan tuan/puan nanti akan diberkati Allah swt, InsyAllah.
Sekian, terima kasih.
Wassalam
Pengerusi&AJK Surau Assyakirin,
Semestinya Bandar Seri Putra

====================================

SOLAT JUMAAT DI SURAU AS SYAKIRIN

http://www.surausyakirin.org/

Pihak surau sedang membuat permohonan untuk membolehkan solat Jumaat didirikan di surau ini.
Apa yang berlaku pada Jumaat 18hb dan 25hb dimana berlaku kesesakan di masjid KUIS dan Pekan Bangi, maka adalah amat sesuai satu lagi tempat untuk penduduk di Bandar Seri Putra boleh mendirikan solat Jumaat.
Kemudahan ini diadakan sehingga masjid di Bandar Seri Putra didirikan.

VISTA pun melaksanakan ibadah korban

Sekadar makluman bagi yang ingin mengerjakan solat sunat Aidiladha di Masjid KUIS, solat akan bermula tepat jam 8.00 pagi. Kemudian akan diikuti dengan ibadah korban. Warga Mawar di seru untuk sama-sama membantu ibadah korban di KUIS.

Selain itu, bagi yang berkelapangan pada hari Sabtu, surau Vista juga melakukan ibadah korban selain surau As-Syakirin dan SP5.


Di maklumkan juga pihak Surau Al-Mustaqim, Vista Seri Putra akan di adakan pada 28hb Nov 2009 (Hari Sabtu). 4 ekor lembu akan di korbankan pada hari tersebut.
Majlis akan bermula dengan Sarapan Pagi beramai ramai di perkarangan surau (Pot luck), di ikuti dengan majlis korban dan jamuan tengah hari.
Poster dan flyers telah di edarkan oleh pihak AJK surau dan di harap penduduk Vista yang berkesempatan dapat hadir memberi bantuan.

Solat Aidil Adha dan korban di Surau As Syakirin

Ini satu lagi maklumat. Surau As-Syakirin juga mengadakan solat Aidiladha dan melakukan korban pada keesokan harinya. Maka, solat raya warga Mawar boleh dilakukan sama ada di KUIS, TIP andt BSP.

Solat Aidil Adha dan korban di Surau As Syakirin

Salam kepada semua Muslimin&Muslimat. Sempena Hari Raya Aidil Adha 1430 Hijrah bersamaan tahun 2009 ini adalah dimaklumkan bahawa Surau As Syakirin Bandar Seri Putra akan mengadakan:-

  1. Solat Sunat Aidil Adha pada 27hb. November 2009 (Hari Jumaat) bermula jam 8.30 pagi dan
2.Majlis korban pada 28hb.November2009 (Hari Sabtu) bermula jam 8.30 pagi. Sebanyak empat (4) ekor lembu akan di korbankan pada tahun ini. Muslimin&Muslimat dijemput hadir ke majlis korban ini.

Bagi yang berhajat daging korban boleh mendapatkan kupon dari AJK Surau As Syakirin mulai sekarang.

PENGERUSI DAN AJK SURAU AS SYAKIRIN BANDAR SERI PUTRA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA WARGA BANDAR SERI PUTRA.

Sekian,wassalam.

Pengerusi Surau As Syakirin

Ibadah Korban 1430H (2009)

Ibadah Korban 1430H (2009)

Salam kepada semua warga BSP.

InsyAllah Aidil Adha akan disambut lebih kurang 3 minggu. Sempena Aidil Adha tahun ini surau AsSyakirin BSP sekali lagi akan mengadakan Ibadah Korban pada Hari Raya kedua , sementara itu masih ada Satu (1) bahagian lembu untuk tuan2&puan yang berhajat untuk membuat korban pada tahun ini.

Harga 1 bahagian adalah RM350.00 sahaja. Kepada yang berhajat boleh menghubungi Pengerusi Surau AsSyakirin BSP Tuan Haji Rani No Hp 016-4460838 untuk keterangan lanjut.

Sekian, Wassalam

PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA 1430 HIJRAH ANJURAN PAS BSP

Bagi warga Mawar yang ingin mendapatkan daging korban, boleh hadir ke program berikut.

PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA 1430 HIJRAH ANJURAN PAS BSP

Tarikh : Hari Ahad 29 Nov 2009
Masa : 9 pagi
Tempat : Jalan 8, Bandar Seri Putra
Penyertaan : Terhad (Siapa cepat dia dapat)
Semua ahli yang berhasrat untuk menyertai korban diminta hubungi Pengarah Program, Sdr Azli Ariffin di talian

JEMPUTAN KEMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Dipetik daripada http://bandarseriputra.blogspot.com/2009/10/jemputan-kemajlis-sambutan-hari-raya.html

JEMPUTAN KEMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI


Salam kepada semua Muslimin&Muslimat Warga Bandar Seri Putra.

Surau As Syakirin Bandar Seri Putra bersama-sama Kelab Sukan Bandar Seri Putra akan bergabung mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah Tahun 2009 seperti berikut :-

  • Tarikh : 10hb.Oktober 2009 bersamaan 21 Syawal 1430 H (Hari Sabtu)

  • Masa : Selepas Maghrib

  • Tempat : Perkarangan Surau As Syakirin

Aturcara Majlis adalah seperti berikut :

  1. Sembahyang Maghrib
  2. Tazkirah
  3. Sembahyang Isyak dan
  4. Jamuan
Semua Warga Bandar Seri Putra adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Majlis ini beramai-ramai bersama-sama Keluarga.


SEMUA AHLI JAWATANKUASA
Surau As Syakirin & Kelab Sukan Bandar Seri Putra mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA ADILI FITRI
MAAF ZAHIR&BATIN

KEJADIAN PECAH MASUK RUMAH 2 OKTOBER 2009

Semua Penduduk Yang Dihormati,

1. Satu kejadian pecah masuk rumah telah berlaku pada 02 Okt 2009 di alamat No. 68, Jalan Seri Putra 3/9 seperti berikut:-

1.1. Penghuni meninggalkan rumah LK jam 5.00 petang dan kembali LK jam 12.00 tengah malam mendapati rumah telah dipecah masuk melalui pintu belakang.

1.2. Penjenayah menggunakan mesin Oxy (jenis bakaran api) dengan memotong gril dan tombol pintu.

1.3. Barang-barang yang dicuri ialah sebuah Laptop, wang tunai dianggarkan LK RM3,000.00 dan beberapa buah jam tangan.

2. Semua penduduk dimaklumi supaya lebeh berhati-hati menentukan keselamatan semasa meninggalkan rumah dan adalah bertetapan masanya untuk kita semua memikirkan memasang alat keselamatan yang lebeh baik dan dapat menjamin mencegah dari menjadi mangsa penjenayah ini. Dalam hal ini, BHDSB sedang merancang untuk menjemput ADT memberi pakej promosi kepada semua penduduk di dalam BSP. Sebelum itu, saya akan mengaturkan satu perjumpaan dengan pihak ADT, OCS dan semua RA untuk duduk bersama membincangkan perkara baik ini supaya dapat dihebahkan kepada semua penduduk.

3. Sehubungan ini, BHDSB akan mengadakam pelancaran rumah baru “Anjung Suasana 8B” di Sale Gallery pada 10 Okt 2009. Di masa itu juga, BHDSB akan menjemput piihak ADT mempromosi produk Alarm System & CMS kepada semua pengunjung yang berminat untuk memasang peralatan keselamatan ini dikediaman masing-masing.

Sekian, dimaklumkan.

Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

019-378 3778

Sumbangan bulanan RM50 Masjid Al Mustaqim BSP

Assalamu alaikum wr wb wm.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat mengerjakan puasa sunat enam.

Saudara sekelian yang mulia,

Email ini sekadar memberi peringatan kepada diri saya dan saudara sekelian. Azam dan tekad kita mahu mendirikan sebuah masjid di Bandar Seri Putra pada 2011 bermula dari sekarang. Bulan September baru sahaja berlalu dan bulan Oktober baru menjelang. Sila segera buat sumbangan bulan September bagi yang belum lagi kerana khuatir bila buat sumbangan dua bulan sekali gus akan terasa bebannya terutama sekali lepas raya ini.

Sila peringatkan juga kepada ahli skim perumahan dan jiran masing-masing bila bertemu ataupun panjangkan sahaja email ini jika ada alamat mereka.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun
Maybank Islamic: 5628 3450 4024
atas nama Masjid Al-Mustaqim.

Wassalam.

Wakil Persatuan Penduduk BSP

Perkhidmatan bas awam mulai operasi 25/09/2009

Alhamdulillah. Ini adalah suatu kemudahan untuk kita semua.

http://www.mahkota5.blogspot.com/

Friday, September 18, 2009

Berita baik..perkhidmatan bas awam mulai operasi 25/09/2009



assalamualaikum,

1. Dimaklumkan berita baik yang ditunggu-tunggu oleh semua warga putra-mahkota berkaitan kemudahan bas pengangkutan awam.Pagi ini, saya telah menghubungi talian 016-3340402 untuk mendapatkan kesahihan berita baik ini.Alhamdullilah, saya dapat bercakap dengan Sdr Abu Bakar daripada Syarikat Mawar Merah Logistik Sdn Bhd yang beribupejabat di Port Klang yang mengesahkan perkhidmatan bas awam akan mulai beroperasi mulai 25-09-2009. Katanya lagi, insya-allah 2 buah bas mini akan beroperasi di kawasan yang dipilih.Syarikat beliau telah pun memperolehi kelulusan daripada LPKP atas cadangan KTMB Berhad .Tambang perjalanan sehala = RM1.00.
2. Saya juga membuat permintaan kepada beliau agar route perjalanan disambung ke Stesen Komuter Bangi Lama bukannya setakat berhenti di Taman Impian Putra. Insya-allah, permintaan tersebut akan diusahakan oleh syarikat beliau.Diakhir kata, beliau memohon agar perkhidmatan bas mini ini di hebahkan seluas-luasnya kepada semua warga putra-mahkota.
Sama-sama kita hebahkan kemudahan awam ini bagi kebaikan semua.Alhamdullilah.

0 comments

KEJADIAN PECAH RUMAH DAN SAMUN TERKINI

Penduduk yang dihormati,

1. Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Saya ingin melapurkan dua lagi kejadian jenayah yang berlaku seperti berikut: -

1.1. Pada 16 Sep 2009 Di D’Sentral No. 21, Jalan Seri Putra 3/K. Mangsa keluar rumah lebeh kurang jam 6.15 petang dan balik ke rumah lebeh kurang jam 11.00 malam mendapati rumahnya telah dipecah masuk. Kehilangan sebuah Lap-Top dan wang tunai dianggarkan RM400.00. MO sama seperti yang berlaku pada 13 Sep 2009 di No. 46, Jalan Seri Putra 3/Q.

1.2. Pada 17 Sep 2009 Lebeh Kurang Jam 3.25 Pagi Di Stesyen Minyak Petronas, BSP. Suspek dua orang dengan menaiki sebuah motorsikal (nombor pendaftaran dan jenis motor tidak diketahui) memecah pintu cermin stesyen dan menyamun peti tunai yang mengandungi wang tunai lebeh kurang RM2,200.00. MO sama seperti yang pertama kali berlaku pada 24 Jul 2009.

2. Sekian, dimaklumkan untuk perhatian semua agar lebeh beringat, berhati-hati dan berjaga-jaga.

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Sekolah Agama BSP Dibuka 1 Oktober 2009

Semalam anak menyerahkan surat persetujuan untuk berpindah sekolah agama. Sekolah agama baru BSP akan mula beroperasi 1 Oktober 2009. Alhamdulillah.

Jom Derma Untuk Bina Masjid BSP

Jom derma untuk bina masjid BSP.


Assalamu laikum wr wb wm.

Datuk/Tuan-tuan Pengerusi Sekelian,

Saya ucapkan selamat berjuang dan bersabar mengerjakan ibadat puasa yang mana kita sudah berada dalam tahap kedua bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mana Allah S.W.T. menjanjikan pengampunan kepada hambaNya yang patuh.

Saya percaya sekarang semua pengerusi skim telah atau sedang menerima kad derma Masjid Al-Mustaqim dari Sdr Najib. Kerjasama dari semua pengerusi sangat-sangat dialukan bagi mengedar kepada penduduk di skim perumahan masing-masing. Oleh kerana jumlah kad ini terhad, saya menyerahkan ke atas kebijaksanaan pengerusi membuat agihan kad tersebut dengan berkesan.

Saya berharap setiap keluarga di Bandar Seri Putra ini dapat mengenepikan wang belanja sebanyak RM50 sebulan selama 20 bulan bagi tujuan mengumpul RM6 juta untuk membiayai kos bina masjid tersebut.

JOM BINA!!!

Ahmad Yusof
Pengerusi JK Penaja
BSP Induk

---------------------------------------------------------------------------

Assalamu alaikum wr wb wm. Selamat berpuasa dan selamat meyambut hari raya idil fitri.

Saudara/saudari sekelian,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah merestui penduduk untuk membina sebuah masjid bagi menampung keperluan beribadat dan juga mewujudkan pusat tumpuan umat Islam di Bandar Seri Putra. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Mustaqim ini akan dibina di tapak yang telah disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra seluas 3.6 ekar. Pembinaan masjid ini dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM6 juta.

Oleh kerana tiada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid mengambil initiatif untuk mengumpul dana ini. Kebenaran dari jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah diperolehi. Pelbagai kaedah sedang diusahakan untuk mengumpul dana ini termasuklah mengedarkan tabung ke masjid-masjid berhampiran, kutipan derma dari syarikat-syarikat perniagaan dan derma secara ón-line'. Namun setakat ini ianya hanya menyumbang kepada peratusan yang agak kecil.

Justeru itu, AJK memohon penduduk Bandar Seri Putra bersama-sama menghulur bantuan sedaya mungkin untuk menjayakan matlamat mengumpul dana ini. Secara perkiraan, dana sebanyak RM6 juta mampu dikumpul dalam masa hanya 20 bulan. Dimana Bandar Seri Putra mempunyai penduduk melebihi 6,000 keluarga. Sekiranya setiap keluarga menderma hanya RM50 sebulan selama 20 bulan, maka matlamat kita akan tercapai InsyaAllah.

Sumbangan bolehlah dibuat di atas nama Masjid Al-Mustaqim atau bank-in terus ke akaun
Maybank Islamic no. akaun:5628 3450 4024.

Semoga niat dan usaha kita diberkati Allah S.W.T.

Terima kasih.

AJK Masjid Al-Mustaqim.

LAPURAN PECAH MASUK RUMAH

Semua Penduduk Yang Dihormati,

1. Dua kejadian pecah rumah telah berlaku seperti berikut: -

a. Pada 26 Ogos 2009 Di Blok L-13-6, Apartmen Vista Seri Putra.

(1) Rumah diduduki oleh student KUIS.

(2) Disedari rumah telah dipecah masuk sekembalinya lebeh kurang jam 8.00 malam.

(3) Barang yang dicuri ialah dua buah Lap-Top.

b. Pada 27 Ogos 2009 Di No. 54, Jalan Seri Putra 3/9.

(1) Mangsa keluar rumah lebih kurang jam 4.30 petang dan balik lebih kurang jam 11.00 malam

mendapati rumah telah dipecah masuk melalui tingkap dapur.

(2) Barang-barang yang telah dikenalpasti hilang ialah sebuah Lap-Top, barang-barang kemas dan jam tangan.

(3) Sebelum kejadian, pada pagi 26 Ogos 2009 semasa isteri keluar hendak pergi ke tempat kerja kelihatan

seorang lelaki berbangsa Bangladesh berjalan dihadapan rumah dengan membawa beg plastik.

Saspek yang sama juga dilihat berjalan tidak jauh dari rumah mangsa pada 27 Ogos 2009 lebih kurang

jam 4.30 petang pada hari kejadian.

(4) Saspek badan tinggi kurus dan berkulit gelap.

2. Semua penduduk adalah diingatkan sentiasa berwaspada dengan MO kejadian seperti ini. Lebih-lebih lagi menjelangnya perayaan

Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi. Penjenayah-penjenayah mula dengan gerakan mereka mencari mangsa untuk pendapatannya.

Sebarang saspek yang dicurigai hendaklah diperhati dan diambil berat dengan melapurkan kepada pihak Polis untuk bantuan rondaan pemantauan.

Sebagai langkah pencegahan dan menghalang daripada kejadian seumpama berlaku, setiap pergerakan orang-orang yang tidak dikenali

dan tiada kena mengena disetiap taman hendaklah disoal dan dilabelkan sebagai saspek. Kita bukan hendak berniat jahat dan memandang

serong kepada orang yang tidak dikenali tetapi ini adalah langkah yang baik untuk diikuti supaya tidak berlaku seperti di atas.

3. Kepada yang mempunyai apa-apa maklumat yang boleh dikongsi bersama sebagai langkah pencegahan, silalah hebahkan melalui laman

Ini. Setidak-tidaknya kita mengetahui apa yang telah berlaku dan dijangka akan berlaku dipersekitaran kita kerana ini akan meletakkan kita

semua sentiasa dalam berjaga-jaga.

Sekian.

Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB

SRA Bdr Seri Putra akan diserah pada 17.8.2009???

SRA Bdr Seri Putra akan diserah pada 17.8.2009???

http://mahkota5.blogspot.com/2009/07/sra-bdr-seri-putra-akan-diserah-pada.html

Thursday, July 30, 2009

PROJEK-PROJEK DI BANGI DAN SERDANG

Pejabat Daerah Hulu Langat: Selasa 6 Sya`ban = 28 Julai

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Hulu Langat berlangsung di pejabat tersebut dari jam 9.30 pagi hingga jam 1.30 tengaharai. Mesyuarat dihadiri ahli-ahli parlimen, adun-adun, ketua-ketua jabatan-jabatan atau wakil-wakil dan penghulu-penghulu. Mesyuarat membincangkan tentang projek-projek sama ada dari Persekutuan, Negeri dan tempatan yang telah dan sedang dijalankan. Turut dibincangkan projek-projek cadangan , berbagai permasalahan dan cadangan-cadangan mengatasinya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Zainal Abidin bin A`la.

Antara perkara-perkara penting dibincangkan ialah mengenai projek-projek di bawah JKR berhubung dengan jalan-jalan, penyelenggaraan longkang dan culvert yang tidak dapat menampung aliran air, pembinaan bonggol contoh jalan utama Kg. Bahagia, Bangi (selesai), isu kesihatan berhubung dengan wabak TIFOID Sungai Congkak (selesai) dan wabak influenza HINI (Selsema Babi) yang turut berlaku di Hulu Langat, lambakan kereta-kereta buruk di kawasan tanah rezab TNB Seksyen 16 Bandar Baru Bangi (Selesai 14 Julai 2009), Isu keselamatan, pendidikan, kecurian pasir, perumahan, balai raya dan balai komuniti.

Di bawah diperturunkan projek-projek di Bangi dan Serdang

a) Projek Persekutuan

  1. Pembesaran Akademi Percukaian di Bandar Baru Bangi. Kos RM33,290,618.54 (100% SIAP).
  2. Pembinaan bangunan Pusat Pemprosesan Pengeluaran dan Gudang LHDN, Bangi, Selangor – Kos RM 57,604,592.80 , (25% -dalam pembinaan).
  3. Membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan dan Kuaters di Bandar Sri Putra, Kos RM 16,299,726.35 , (33% progress pembinaan).
  4. Membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan 3 dan Kuarters di Sungai Chua di bawah DUN Bangi – Kos RM18,358,808.80 (3% - Bermula pembinaan).
  5. Cadangan Projek Pusat Pembangunan Teknologi & Kuantiti di Kompleks MINT, Bangi – Kos RM14,897,000.00 (23% progress).
  6. Pembinaan Bangunan Tambahan Pusat Pameran Multimedia OSHI, Ibu Pejabat MOSH, Bandar Baru Bangi – Kos RM32,909,000.00 (5% - Bermula pembinaan).
  7. Pembinaan Blok Asrama (MTCP) di Kampus ILKAP, Bandar Baru Bangi – Kos RM14,600,000.00 (5% bermula).
  8. Bangunan LHDN Cawangan Bandar Baru Bangi (Paket 2) – Kos RM14,894,145.00 (Akan bermula).
  9. Membina dan menyiapkan Blok Gantian (Bilik Darjah), Sekolah Kebangsaan Jalan Dua, Bandar Baru Bangi – Kos RM2,128,397.42 (Bakal bermula).
  10. Membina dan menyiapkan Blok Gantian (Bilik Darjah), Sekolah Kebangsaan Jalan 8, Bandar Baru Bangi . Kos RM2,293,300.00 (Bakal bermula).
  11. Menaiktaraf Bangunan Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi – Kos RM5,000,000.00 (Bakal Bermula).

2. Projek Kerajaan Negeri Selangor

1. Membina dan Menyiapkan SRA Bandar Sri Putra, Bangi Selangor – Kos

RM5,574,383.00 (Siap 100% dan diserah pada 17.8.2009).

2. Membina Masjid Taman Sungai Ramal Luar, DUN Bangi – Kos RM4,118,103.93 (Bermula 2%).

3. Membina dan Menyiapkan SRA Integrasi, Bandar Baru Bangi – Kos RM3,500,000.00 (100% siap. Dalam proses penyerahan).

4. Membina SRA Bandar Tun Hussein Onn, Kos RM8,000,000.00 (Akan bermula).

3. Projek Di bawah Majlis Perbandaran Kajang

  1. Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan Perindustrian Taming Jaya, Balakong, - Kos RM889,460.00 (Dalam perlaksanaan}
  2. Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan perindustrian Desa Serdang, Balakong – Kos RM882,989.00 (Dalam pelaksanaan).

4. JPS – Peruntukan Persekutuan

  1. Projek menaiktaraf Sg. Ramal, Fasa 1, Mukim Kajang – Kos RM8,757,054.50 (Siap).
  2. Projek menaiktaraf Sg. Ramal, Fasa 1, Mukim Kajang – Kos RM1,318,834.00 (64% siap).

5. JPS – Peruntukan Negeri

  1. Projek menaiktaraf Sungai Bangi dan Sungai Reko, Mukim Kajang – Kos RM3,904,514.45 (Siap 100%)
  2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bangi – Kos RM7,000,000.00 (Tawaran tender).

6. Permintaan ADUN Bangi Dalam Mesyuarat

  1. Sekolah Menengah yang bakal didirikan di Jalan 6, Seksyen 16, hendaklah bertaraf Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berasrama.
  2. Menaiktaraf jalan Sungai Ramal Dalam bersambung dengan jalan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
  3. Memperbaiki Jalan Industri dari Balai Polis Bandar Baru Bangi ke Sungai Meran dan jalan-jalan bagi kawasan Industri di situ.
  4. Memperbaiki jalan-jalan industri kawasan Sulaman dan sekitarnya.
  5. Meminta MPKj memperbaiki Balai Komuniti di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang telah rosak.
  6. Menyegerakan pembinaan hentian teksi berhadapan Shell, Bandar Baru Bangi.
  7. Menyegerakan Pondok Polis di Hentian Bas Jalan Reko, Kajang..

Sekian.


sumber : http://drshafie.blogspot.com/

Kes Jenayah di BSP Terkini

Harap warga Mawar juga berhati-hati.

Semua Penduduk Yang Dihormati,

Lazimnya jenayah pecah masuk rumah, curi kereta/motosikal, samun, penipuan dan ragut digunakan dengan berbagai cara dan taktik oleh penjenayah yang tidak puas-puas menyusahkan orang ramai hinggakan kadangkala kita leka seketika dan tertipu dengan aktiviti mereka yang bergerak maju di mana-mana jua kawasan perumahan. Apa yang hendak dikongsi bersama adalah satu kejadian penipuan yang telah berlaku pada 07 Jul 2009 di Kedai Aisha Photostate di Jalan Seri Putra 1/5 (kedai baru).

Mangsa yang bekerja di kedai tersebut didatangi oleh seorang lelaki bangsa cina kononnya untuk mengambil bayaran membaiki komputer yang telah dilakukannya pada 06 Jul 2009 dengan tuan kedai tersebut (mangsa tidak bekerja pada hari tersebut, 06 Jul 2009 dan tidak tahu menahu mengenainya). Semasa penyangak ini datang tuan kedai tiada kerana keluar berurusan di luar. Apabila mangsa diminta membayar sebanyak RM350.00, mangsa kata ia tiada wang sejumlah itu. Lalu penyangak tersebut pura-pura menelefon tuan kedai tersebut untuk mendapatkan bayaran dan memberitahu mangsa yang tuan kedai tersebut suruh mangsa ambil wang di dalam peti cash yang tersimpan di dalam laci meja tuan kedai.

Namun mangsa tidak mahu melakukannya tetapi penyangak ini terus mendesak mangsa untuk membuka peti cash tersebut. Akhirnya mangsa cuba membukanya tetapi tidak dapat dibuka kerana tiada anak kunci. Penyangak ini masih tidak berputus asa lalu berpura-pura telefon semula tuan kedai tersebut dan memberitahu mangsa bahawa tuan kedai minta dibawakan peti cash tersebut di kedai Jalan 1/4 kerana beliau ada urusan di sana.

Entah bagaimana mangsa ini boleh terpedaya, tanpa usul periksa tanpa menghubungi tuan kedai untuk mendapatkan pengesahan, menyerahkan peti cash kepada penyangak tersebut. Hairankan…….. Apa lagi peluanglah, penyangak ini mengambilnya lalu meninggalkan kedai tersebut dengan menaiki sebuah kereta yang telah pun ada seorang perempuan menunggu di dalamnya. Mangsa tidak terfikir untuk mengambil nombor kereta tersebut tetapi mangsa rasa ianya kereta jenis Toyota warna merah tua. Tuan kedai kembali tidak lama selepas itu dan terperanjat dengan kejadian yang baru berlaku lalu membuat laporan Polis.

Inilah caranya jenayah berlaku, bermacam-macam gaya, bermacam-macam tipu helah, lakonan dan sebagainya namun ada lagi yang tidak perasan, menyedari dan tidak mengambil serius bagaimana untuk mencegah daripada terus berlaku. Kes ini lebeh kurang sama yang telah dilapurkan dahulu iaitu berlaku disebuah rumah pada 05 Jun 2009 yang didatangi oleh seorang kontraktor yang kononnya untuk membaiki paip air. Pembantu Rumah tanpa usul periksa atau tanpa menghubungi tuan rumah untuk mendapatkan pengesahan lalu membenarkan kontraktor tersebut masuk. Penyangak yang kononnya menyamar sebagai seorang kontraktor membaiki paip air mengarahkan mangsa naik ke tingkat atas untuk membuka paip air di dalam bilik air lalu keluar membawa lari sebuah Lap-top dan sebuah telefon bimbit PDA.

Diharapkan apa yang telah berlaku dapat dihebahkan kepada semua supaya setiap penduduk mengetahui setiap inci jenayah yang telah berlaku dikejiranan kita di Bandar Seri Putra ini supaya dapat bersama-sama mencegah, menghalang dan membasmi kejadian jenayah yang tidak diingini dari muka bumi Bandar Seri Putra yang kita cintai. Sebarang maklumat jenayah atau perkara-perkara yang dicurigai jenayah sedang berlaku disekeliling kita hendaklah terus menghubungi/disalurkan kepada pihak Polis di Balai Polis Bangi ditalian 03-8925 8222 supaya pencegahan, penahanan dan penangkapan dapat dilakukan oleh pihak Polis.

Sekian, dimaklumkan. Utamakan keselamatan.

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

LAGI LAPORAN KECURIAN DAN PECAH RUMAH

Lagi kes kecurian di BSP.

Wednesday, 8 July 2009

LAGI LAPORAN KECURIAN DAN PECAH RUMAH

Semua Penduduk Yang Dihormati,

1. Dilapurkan kejadian seperti berikut: -

1.1. Kecurian Motorsikal. Sebuah motorsikal bernombor daftar WNT 2915 jenis Honda Wave berwarna Maroon yang diletakkan di kawasan parkir Blok C, Pangsapuri Seri Dahlia disedari telah hilang oleh pemilik pada 07 Jul 2009 lebeh kurang jam 7.00 pagi.

1.2. Pecah Rumah. Di Jalan Seri Putra 3/3 disedari oleh penduduk di kawasan tersebut pada 07 Jul 2009 lebeh kurang jam 12.10 tengahari apabila ternampak suspek memanjat keluar tembok tepi rumah tersebut dan terus beredar dengan menaiki kereta bernombor daftar TAR 5995 jenis Persona berwarna Maroon. Suspek telah memasuki rumah tersebut dengan membuka tingkap dan mengumpil gril tingkap tersebut. Rumah tiada penghuni dan telah ditinggalkan hampir 3 bulan oleh pemilik setelah berpindah ketempat lain tetapi barang-barang kelengkapan rumah masih ada ditinggalkan.

2. Sekian, dimaklumkan.

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB


*Makin menjadi nampaknya jenayah di BSP ni...siang hari nampaknya mereka buat kerja...apa tindakan kita sebagai satu komuniti

Mesyuarat KOJIRA Esok di Surau As-Syakirin

Bagi yang berminat untuk menjadi ahli koperasi BSP (KOJIRA), jangan lupa menghadiri mesyuaratnya esok 2.30 petang. Tempat yang dimaklumkan sebelum ini di KUIS telah ditukar kepada Surau As-Syakirin. Saya dimaklumkan pendaftaran masih dibuka esok. Jadi mereka belum menjadi ahli, bolehlah menyerahkan borang keahlian esok. Wang yang ingin dilaburkan boleh dibayar dalam 10 kali ansuran. Ini kurang membebankan bagi mereka yang kesempitan wang tetapi masih ingin melabur.

Bagi yang tahu apa itu KOJIRA, boleh lihat entri lama saya di sini:

Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)

Jumpa anda di sana!

SK Bandar Seri Putra Telah Di Buka 29 Jun 2009

SK Bandar Seri Putra

Pandangan dari Dewan Besar

Warga Seri Mawar yang turut hadir

Blok pelajaran

Taklimat ibubapa: Mejar Qayyum, Pengerusi PIBG sedang berucap.

Ibubapa yang hadir gotong-royong

Lagi ibubapa yang hadir gotong-royong

Pandangan dalam kelas

Papan tanda rujukan

Inilah gambar SK Bandar Seri Putra. Sekolah anak-anak kita akan belajar sekarang dan nanti. Setelah beberapa kali tak jadi buka, akhirnya pada 29 Jun 2009 dibuka juga.

Dua hari sebelum 27 Jun 2009 pula ibubapa telah dijemput untuk turut hadir bergotong-royong. Tapi mungkin jemputan agak lewat, kurang yang hadir. Bagaimanapun ianya boleh dibanggakan juga.

Kenapa saya kata tidaak ramai. Hari ini masa sekolah dibuka lagilah ramai. Tak putus-putus ibubapa bersama anak-anak mereka hadir hari pertama sekolah. Ada yang dari Nilai, Rinching dan paling ramai Bangi. Sehinggakan satu kelas menempatkan 48 pelajar. Padat dan sesak.

Apa-apapun, saya ucapkan tahniah kepada semua yang telah membantu menyediakan sekolah daripada pemaju, wakil ibubapa, cikgu, kementerian dsb.

KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN WARGA SP WAJAR DICONTOHI

Dipetik dari blog Adun Bangi: http://drshafie.blogspot.com/2009/06/kerjasama-dan-keprihatinan-warga-sp.html

Friday, June 26, 2009

KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN WARGA SP WAJAR DICONTOHI




Lebih dari 500 orang warga Bandar Seri Putra terpanggil bagi menjayakan program gotong royong. Keprihatinan pemaju Bandar Seri Putra sendiri iaitu syarikat Bangi Heights Development Sdn. Bhd yang turut sama menghulur tenaga bahkan juga sumber kewangan wajar dicontohi oleh semua pemaju. Begitu juga kehadiran pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mencerminkan rasa tanggungjawab yang tinggi dikalangan mereka.

ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program gotong royong perdana itu. Setiap dari kita mengimpikan kediaman yang kondusif, aman dan sejahtera dan setiap dari kita mempunyai peranan masing-masing dan sifat bekerjasama adalah pelengkap kepada semua usaha yang dilakukan.

SK Bandar Seri Putra dibuka 29 Jun 2009


Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, SK Bandar Seri Putra akan mula beroperasi pada Isnin depan 29 Jun 2009. Manakala perjumpaan ibubapa dan gotong-royong akan diadakan pada hari Sabtu ini 27 Jun 2009, 8.30 pagi.

Walaupun agak gembira dengan pembukaan sekolah ini, kerisauan saya mengenai sekolah agama. Adakah sekolah agama Bandar Seri Putra juga di buka sama? Kalau tidak, adakah sesi sekolah saya dengan sesi sekolah SK Bangi? Kalau sama, maka tidak ada masalah untuk ke sekolah agama. Saya akan cuba dapatkan jawapannya esok.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet