Terkini

Memaparkan catatan dengan label Bukit Mahkota. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukit Mahkota. Papar semua catatan

Dari Blog ADUN: Rumah Terbakar di Bukit Mahkota

Takziah kepada empunya rumah.

Saturday, July 4, 2009

RUMAH KLUSTER DI BUKIT MAHKOTA MUSNAH DIJILAT API




Sebuah rumah kluster kepunyaan En. Yusof Ishak musnah dijilat api. Rumah di Bandar Seri Putra itu mula didiami oleh beliau dan isteri bersama lima orang lagi anak-anak mereka sejak empat haun lalu. Menurut beliau kebakaran dipercayai akibat dari lintas pintas bermula dari tingkat atas rumah tersebut. Kebakaran mula disedari oleh jiran beliau yang secara kebetulan tidak bekerja pada jam 11 pagi bila ternampak asap tebal keluar dari tingkat atas rumah tersebut. Pasukan bomba dari Bangi telah dihubungi dan kebakaran dapat dikawal sepenuh jam 2 petang. Pelajar-pelajar dari Kolej Universiti Islam Selangor yang menyewa berhadapan rumah tersebut turut membantu memadamkan kebakaran.

Kerugian ditafsirkan berjumlah 300 ribu ringgit. En. Yusof walaupun bersedih atas musibah yang menimpa tetap bersyukur kerana ketika kejadian semua anak-anaknya berada disekolah. Buat sementara waktu beliau kini menetap dihadapan rumah yang masih kosong ihsan dari pemaju.

ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar bersama ahli majlis zon 24 Haji Mazwan telah hadir menziarahi mangsa kebakaran sebaik menerima lapuran dari Sdr. Nizar dan Sdr. Engku dari PAS Bukit Mahkota. Beliau menyampaikan ucapan takziah dan menghulur sedikit bantuan kecemasan.

Bukit Mahkota: Laluan Rahsia Pecah Rumah

Dari Harian Metro (http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090325092200/Article/index_html)

myMetro » Setempat

Laluan rahsia pecah rumah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


RAHSIA...saluran longkang digunakan penjenayah sebagai laluan
untuk melakukan pecah rumah.

BANGI: Sekumpulan geng pecah rumah di kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota di sini, dikesan menggunakan satu saluran longkang sebagai laluan rahsia selain menyamar sebagai pembaca meter elektrik sebelum menyamun lokasi rumah yang dikenal pasti.

Penemuan laluan itu dikesan selepas seorang daripada geng terbabit ditahan penduduk sebelum dia menunjukkan laluan ‘ajaib’ yang digunakan itu, baru-baru ini.

Laluan berkenaan yang juga saluran longkang digunakan sebagai jalan pintas dan menyembunyikan diri jika perbuatan mereka dapat dihidu penduduk.

Turut ditemui dalam longkang itu seutas tali panjang yang diikat pada satu tangga dipercayai digunakan untuk memudahkan mereka menurunkan barang yang dicuri selepas memecah masuk rumah penduduk.


Selain itu, geng terbabit turut menggunakan taktik menyamar sebagai pembaca meter elektrik pada waktu siang bagi memastikan rumah yang menjadi sasaran mereka tidak berpenghuni.


Ada beberapa penghuni pernah terserempak dengan geng terbabit yang menyamar sebagai pembaca meter elektrik dan apabila diminta menunjukkan kad kuasa atau apa-apa bukti, mereka terus melarikan diri.

Menurut seorang penduduk, Mohd Ghazali Mustaffa, 41, kawasan sekitar Bandar Bukit Mahkota itu memang kerap dijadikan sasaran penjenayah terutamaa pecah rumah dan samun.

“Penduduk mengambil inisiatif berkawal pada waktu malam bagi menjaga keselamatan dan harta benda penduduk.

“Kami sudah beberapa kali menahan kumpulan penjenayah ketika melakukan rondaan, tetapi ada kalanya mereka yang dikejar menghilangkan diri.

“Akhirnya rahsia mereka ini terbongkar apabila seorang daripada geng itu yang ditahan menunjukkan tempat persembunyian yang digunakan iaitu di longkang besar yang siap disediakan tangga untuk memudahkan mereka menjalankan kegiatan,” katanya.

Katanya, kawasan perumahan ini juga tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan ia memudahkan lagi kerja penjenayah melakukan kegiatan mereka.

Malah, selain penjenayah melakukan samun, ada juga segelintir pasangan kekasih menjadi lokasi itu sebagai tempat melempiaskan nafsu.

“Beberapa lokasi antaranya pencawang TNB yang kosong dan terbiar dipecah masuk dan digunakan golongan terbabit untuk melakukan pelbagai kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Berikutan itu, penduduk terpaksa ‘berjaga’ dan melakukan rondaan hampir setiap malam bagi memastikan kawasan mereka selamat.

Sukan Rakyat Sempena Program MERDEKA 2008

Dipetik dari: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=266.0;topicseen
PENGUMUMAN!!!!
Digalakkan semua wakil persatuan penduduk dapat daftarkan pasukan utk program Sukan Rakyat sempena program MERDEKA 2008 yang akan berlansung pada Sabtu :23/08/2008 di Dataran Bangi Height, Tapak letak kenderaan Vista Seri Putra.

Acara sukan rakyat yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

Kategori terbuka (lelaki kurang 18tahun)

1) sepak raga bulatan - satu pasukan 3 peserta
2) tarik tali - satu pasukan 10 peserta
3) terompah gergasi - satu pasukan 3 peserta
4) galah panjang - satu pasukan 4 peserta

Kategori remaja lebih 18Tahun
1) galah panjang -satu pasukan 4 peserta

Kategori famili
1) tarik upeh pinang -satu pasukan 2 peserta (bapa & anak)
2) timang kasih(belon) - satu pasukan 2 peserta (suami isteri )

Kategori wanita
1) batu seremban - individu
2) congkak -individu

Penyertaan adalah PERCUMA!!!

Insya-allah, hadiah menarik menanti para pemenang.

Nota : Borang penyertaan & format pertandingan telah diserahkan kepada pengerusi persatuan penduduk masing-masing..

Borang penyertaan & sebarang pertanyaan lanjut:

Sila hubungi:



Urusetia penganjuran Pertandingan,
Sukan Rakyat Gema Merdeka 2008,
Pusat Khidmat Masyarakat DUN bangi,
Cawangan Putra Mahkota,
Bandar Seri Putra, Bangi.
(bersebelahan Pejabat Pos Mini Bdr seri putra)

Sdr Zulkifli :017-3761584
Sdr Hasbullah : 013-9464541
Pn Kamisah :013-2974202

Forum Putra-Mahkota


Forum Putra-Mahkota
Originally uploaded by pangsapuriserimawar

Saya dimaklumkan dah ada satu forum yang melibatkan penduduk Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra. Boleh layarinya di pautan ini http://putra-mahkota.com/forum/

Forum Putra-Mahkota dan Pelancaran Bangi Bandar Ilmu di KUIS

Ini yang dimaklumkan kepada saya melalui melalui email daripada seorang rakan. Dua perkara yang baru disini:

  1. Link ke forum Putra-Mahkota (http://putra-mahkota.com/forum/)
  2. Pelancaran Bangi Bandar Ilmu di KUIS

Jom ramai-ramai memeriahkannya.


http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=83.0

Assalammualaikum Wrt. Wbt.,


Marilah Beramai-Ramai Ke Program Pelancaran Bangi Bandar Ilmu Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Bangi, Yang Akan Disempurnakan Oleh Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim Pada Ketetapan Berikut:

Tarikh : 22hb. Jun 2008 (Ahad)

Lokasi : Pusat Konvensyen Kuis

Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang


Wassalam.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet