Terkini

Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Surau Al-Hijrah: Jadual Kuliah Terkini







Quote
Bacaan Zikir Ma'thurat (KUBRO)
Setiap SABTU selepas SUBUH

Kuliah Subuh (Ahad)
Minggu 1 & 3: Ust Yahya KUIS
Minggu 2 & 4: Ust Nik Hilmizan

Kuliah Dhuha (WANITA)
Setiap AHAD minggu 2 & 4
Jam 9.30 pagi

Kuliah Mingguan Fiqh Seerah
Setiap Ahad, selepas solat Maghrib
Ustaz Nushi Mahfodz


Jadual diatas boleh juga diperolehi di kalendar surau:
https://www.google.com/calendar/embed?src=5ed62ra14ticj5h1lg2c0l3254%40group.calendar.google.com&ctz=Asia/Kuala_Lumpur


Bagi yang ingin melanggan google calendar surau, berikut dikongsikan cara-caranya:

1- Masukkan alamat google calendar surau (https://www.google.com/calendar/embed?src=5ed62ra14ticj5h1lg2c0l3254%40group.calendar.google.com&ctz=Asia/Kuala_Lumpur)

Tekan pada pautan "+ Google Calendar" disebelah kanan bawah laman.

2- Anda akan diminta mendaftar atau jika telah ada akaun google, sila sign masuk.


3- Anda akan diminta sama ada ingin menambah calendar surau atau tidak

Click setuju.

4- Anda telah melanggan kepada google calendar surau

Anda kini boleh menguruskan bagaimana anda ingin kalendar surau digunakan.

5- Mulakan dengan menukar paparan daripada mingguan kepada bulanan.

Anda juga mungkin berminat untuk mendapatkan 'alert' sama ada kepada laman web, email atau sms ke phone anda.

6- Setup alert notification

Saya biasa setkan kepada ketiga-tiga alert untuk sebarang aktiviti.
Hantarkan pada email 2 hari sebelum sebarang aktiviti.
SMS 2 jam sebelum aktiviti.
Papar di skrin 30 minit sebelum aktiviti.

Harap ini membantu. Ia juga boleh digunakan untuk kalendar anda yang lain juga.

Selamat mencuba.

Program Qurban Al-Hijrah 1413H/2010M

assalamualaikum







Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.

Borang dalam bentuk PDF

Pengurusan Jenazah di BSP

Salam ini maklumat yang saya perolehi berkenaan pengurusan jenazah di BSP yg mungkin ramai tidak mengetahuinya lagi.

http://www.surausyakirin.org/Pengurusan%20Tanah%20Kubur%20BSP.pdf

Isra Mikraj 17 Julai 2010 (Sabtu ni) di Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota



Assalamualaikum Wrh Wbt:

Tarikh: 17 Julai 2010
Masa: 8.30 pagi
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota,Bdr seri putra
Penceramah: Ust. Halim Din (Lembaga Zakat Selangor)

Semua dijemput hadir


__._

Kelas Bimbingan Mengaji Remaja & Kanak-Kanak

Tuan-Tuan & Puan-Puan ahli Kariah Surau Al-Hijrah sekalian.
Sukacita diumumkan, Surau Al-Hijrah akan memulakan Kelas Bimbingan Mengaji untuk para Remaja & Kanak-Kanak yang akan bermula pada 14 Jun 2010. Tuan-Tuan boleh mendaftarkan anak-anak dengan mengisi Borang yang disediakan dan menyerahkannya kepada mana-mana AJK Surau Al-Hijrah ataupun kepada Pengelola Kelas, saudara Malek ataupun saudara Tholhah.
Kelas akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis setelah selesai solat Maghrib hingga menjelang masuknya azan Isyak. Pada hari Khamis selepas Isyak pula, anak-anak akan dibimbing dengan Zikir Matsurat, Zikir Munajat, Alma'ul Husna dan sebagainya.
Bayaran yang dikenakan hanyalah RM15.00 bagi seorang pelajar dan tambahan RM10.00 seorang bagi adik-beradiknya yang lain.
Selain memanfaatkan prasarana sedia ada serta kelebihan yang ada pada Pengajar, anak-anak kita boleh sama-sama berjemaah di Surau dan diharapkan akan mengeratkan lagi ukhwah sesama jiran tetangga, Insyaallah.
Sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan boleh diajukan terus kepada Pengajar, saudara Malek (019 3708825) ataupun saudara Tholhah (017 4230907) ataupun kepada Pengerusi dan AJK Surau Al-Hijrah.
Sekian, wassalam.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30802_10150200139935176_329327610175_13087441_5572428_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30802_10150200139960176_329327610175_13087442_1242665_n.jpg

Perubahan Tarikh Ceramah Wira Negara Misi Kemanusiaan ke Gaza

Assalamualaikum...


Saya mohon buat pembetulan berkenaan dengan Ceramah daripada Wira Negara Misi Kemanusiaan ke Gaza yang dijadualkan esok di Masjid Al-Azhar KUIS.

Ceramah akan ditunda kepada hari Isnin (14 Jun 2010). Ini berikutan masaalah teknikal serta hebahan kepada orang ramai.

Segala kesulitan amat dikesali.

Harap maklum.

Sekian terima kasih diatas kerjasama anda.

From: Muhammadon Ahmad Tajudin <muhammadon_adon87@yahoo.com>



Umrah bersama Ir Ahmad Jais Alias

http://xa.yimg.com/kq/groups/21811005/sn/2041753376/name/siap2.jpg

asm, mohon jasa sebarkan banner promosi umrah ni kpd group/list tuan-puan.

Boleh juga tolong letakkan di mana-mana laman web/sosial yg sesuai.
Sekian, terima kasih.
b.p. Muslimin Travel n Tours
From: Ir Ahmad Jais <ir_jais_miat@yahoo.com>

Aktiviti Masjid Al-Azhar Kuis - Khamis, Jumaat dan Sabtu

Salam,

Dipetik daripada FB Masjid Al-Azhar Kuis


Pada Hari Esok (Khamis) jam 12:00 tengahari di Dewan Solat Utama akan diadakan Ceramah dari Wira Negara Y.Bhg. Encik Hasanuddin Mohd. Yunus (Aqsa Sharif) yang mengikuti Bantuan Misi Kemanusiaan Ke Gaza dengan menaiki Kapal Mavi Marmara. Semua dijemput hadir. Sebar-sebarkan.

Program Qiamullail akan diadakan di Masjid Al-Azhar pada 11 dan 12 Jun (Pagi Jumaat dan Pagi Sabtu) ini. Ianya akan dipimpin oleh Y.Bhg. Ustaz Ahmad Fauzi bin Sahar. Semua dijemput hadir.

Khai@BSP

Laporan: Ceramah "Berita dari GAZA" oleh Ustaz Rifqi

Assalammualaikum.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532090176_329327610175_12913677_3799004_n.jpg

Alhamdulillah semalam Ustaz Rifqi (Kawan Ustaz Nik) telah singgah untuk berkongsi cerita berkenaan perkembangan terkini di Gaza.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532050176_329327610175_12913674_5646277_n.jpg

Walaupun tempoh makluman yang singkat, lebih 30 orang ahli karyah telah hadir sama.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194531990176_329327610175_12913666_5207363_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532010176_329327610175_12913667_1772043_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532020176_329327610175_12913669_2265223_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532025176_329327610175_12913670_7357962_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532040176_329327610175_12913672_4293961_n.jpg

Walaupun terdapat masalah teknikal pada mulanya, bagaimanapun telah berjaya diatasi.

Ustaz Rifqi telah hadir dengan ceramah yang dibantu dengan audio-visual. Insya-Allah video ceramah tersebut akan di muat-naik dalam masa terdekat.

Bagi yang ingin mendapatkan slide ceramah berkenaan, boleh menghubungi Ustaz Nik.

Antara yang telah ditekan semalam:

  1. Kaum Yahudi adalah pecahan daripada susur galur Nabi Ibrahim.
  2. Nabi Yaakub, nama lainnya adalah ISRAEL (nama yang digunakan oleh negara ISRAEL laknatullah itu sekarang)
  3. Yahuda anak ke-4 Nabi Yaakub adalah bermulanya keturunan Yahudi.
  4. Allah menyebut dalam Al-Quran yang ISRAEL ini tidak boleh dibawa berunding.
  5. Kebenaran telah terbukti apabila lebih 180 pencabulan telah dilakukan oleh Israel sepanjang gencatan senjata yang mereka tandangani 2006.
  6. Negara Israel terbentuk dengan sentimen ingin dapatkan Al-Aqsa.
  7. Sokongan sepatutnya diberikan kepada Hamas kerana mereka mengikut saranan Al-Quran tidak berunding dengan Yahudi.
  8. Sekatan telah dikenakan kepada rakyat Palestin kerana pilihanraya telah dimenangi oelh Hamas. Yahudi tidak menyukai Hamas.
  9. Israel merampas tanah dengan secara keganasan dan kekerasan tentera kepada orang awam.
  10. Palestin melalui Hamas membalas hanya menyasarkan kepada anggota tentera.
  11. Kapal bantuan kemanusiaan yang di tawan sehingga syahidnya orang awam diatasnya kerana terdapat seorang target Israel yang telah mendedahkan wujudnya kuil Yahudi di bawah Al-Aqsa.
  12. Apa yang mampu kita buat adalah dengan sumbangan, doa dan boikot barangan yang menyumbang terus kepada Israel.
Disamping itu, Ustaz Rifqi juga sedang mengumpul dana untuk sekolah Tahfiznya. Sumbangan boleh diberi terus dengan membeli buku yang beliau susun bertajuk


33 Amalan dan Doa Memperolehi Anak Soleh Anak Cerdik

Buku ini boleh diperolehi daripada Ustaz Nik atau En Khai (khaiatbsp@gmail.com) dengan harga RM15.

Berikut sinopsis dan gambaran inti pati buku tersebut.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532100176_329327610175_12913678_369842_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532110176_329327610175_12913679_7278030_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532115176_329327610175_12913680_5196058_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532120176_329327610175_12913681_7073662_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532125176_329327610175_12913682_1339828_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532130176_329327610175_12913683_6615264_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532135176_329327610175_12913684_3113057_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532145176_329327610175_12913685_7444345_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532170176_329327610175_12913686_1055566_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532175176_329327610175_12913687_5975124_n.jpg

Wassalam.

Khai@BSP

Ceramah Surau Al-Hijrah 22 Mei 2010 (Sabtu) - Hari Ini

CERAMAH AGAMA

TARIKH :
22 Mei 2010 - Sabtu


PENCERAMAH :
USTAZ HAMIZAN ZAINAL (POKOK SENA KEDAH)

TEMPAT :
SURAU AL HIJRAH, PUTRA TROPIKA (Jalan 6/3), BANDAR SERI PUTRA. Bangi (sebelah Bukit Mahkota)

MASA :
LEPAS ISYAK







Senarai Masjid dan Surau di BM, BSP dan TIP

Senarai Masjid dan Surau di Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra.

Masjid Al-Azhar, KUIS

Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra

Masjid At-Taqwa, Bukit Mahkota


Bukit Mahkota
  • Surau Al-Muhajirin - Seksyen 3
  • Surau Apartment Nuri - Seksyen 4
  • Surau Ar-Raudah - Seksyen 5
  • Surau Al-Buhairah - Seksyen 6

Bandar Seri Putra

Taman Impian Putra
  • Surau Al-Ikhlas - Fasa 4
  • Surau Fasa 6

FYI: Majlis Ilmu Surau As Syakirin

QIAMULLAIL & MUNAJAT PERDANA Bersama Ustaz Badrul Amin

QIAMULLAIL & MUNAJAT PERDANA
Dibawah Pimpinan
Y.Bhg. Dr. (Ustaz) Badrul Amin bin Baharon
(mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Tarikh : 7 Mei 2010 / 22 Jamadil Awal 1431H (Jumaat)
Masa : 4:15 Pagi
Tempat : Masjid Al-Azhar

Anjuran :
Fakulti Teknologi Sains dan Informasi (FTSI), Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) dan Akademi Islam (AI) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Dengan Kerjasama :
Masjid Al-Azhar

SELURUH LAPISAN MASYARAKAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

* Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya ditalian 0139700237.

Terima kasih

Sumbangan Penambahbaikan Surau AsSyakirin, Bandar Seri Putra

Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/04/surau-assyakirin-bandar-seri-putra.html

Assalamualaikum WBT,

kepada semua warga BSP muslimin&muslimah. Alhamdulillah Sembahyang Jumaat berjemaah telah pun dijalankan di Surau AsSyakirin dengan jemaah yang begitu ramai.

Bagi menampung jumlah jemaah yang makin bertambah pihak Jawatankuasa Surau telahpun menjalankan kerja-kerja penambahbaikan untuk keselesaan kita beribadah. Antara kerja berkaitan yang telah dijalankan adalah pemasangan Awning dan lain-lain kerja yang kesemuanya memakan belanja sebanyak RM3950.00. Alhamdulillah telah ada Hamba Allah yang sudi menyumbangkan sebanyak RM1950.00 manakala telah ada juga penyumbang yang berjanji RM1000.00.

Oleh itu pihak Surau berharap pada sesiapa yang ingin bersedekah/menyumbang untuk baki RM1000.00 lagi bolehlah terus menyumbang kepada Pihak AJK Surau atau berhubung dengan Pengerusi Surau Tuan Haji Rani no hp: 019-3656514. Muga-muga sedekah tuan/puan nanti diberkati Allah SWT, InsyAllah.

Wassalam

Surau AsSyakirin
Bandar Seri Putra, Semestinya

JEMPUTAN CERAMAH AGAMA = 9 APRIL 2010 (JUMAAT)

CERAMAH AGAMA


TARIKH :
9 April 2010 - Jumaat

TAJUK :
Agenda Kristian Dan Khalimah Allah

PENCERAMAH :
USTAZ HAJI MOHD FARHAN BIN ABDULLAH (ALHAFIZ)

TEMPAT :
SURAU AL HIJRAH, PUTRA TROPIKA (Jalan 6/3), BANDAR SERI PUTRA. Bangi (sebelah Bukit Mahkota)

MASA :
LEPAS ISYAK

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Solat Jumaat di Surau AsSyakirin BSP


Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/03/solat-jumaat-di-surau-assyakirin-bsp.html

Salam kepada semua Muslimin/muslimat Warga BSP, adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Surau AsSyakirin BSP telan pun mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mendirikan Solat Jumaat berjemaah.

Oleh itu InsyAllah Sembahyang Jumaat berjemaah akan mula didirikan di Surau ini pada 2hb.April 2010.

Sekian untuk makluman semua.

Wassalam

Pengerusi&AJK Surau AsSyakirin BSP

Info Masjid Al-Mustaqim, BSP

Makluman terkini berkenaan pembinaan Masjid Al-Mustaqim boleh diperolehi di sini.

http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html

Forum Maulidur Rasul di Surau Ar-Raudah Sek5, BBM, 6 Mac, Lepas Maghrib

Assalamualaikum,

Dijemput semua muslimin & Muslimat hadir ke program:

Forum Maulidur Rasul bertajuk " Rasullullah s.a.w Ikutan Agung"

Tempat : Surau Ar-Raudhah, Sek5, bdr bukit mahkota

Masa    : Selepas Magrib

Tarikh : Sabtu /6-3-2010

Panelis forum :

1) Ust Dr Azhar Yaakub ( UTM)
2) Ust Ramli Sidom (JAIS)

Moderator :
1) Ust Al-Ikhsan Razali.

Sumber:http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3682.msg40130#msg40130

Ceramah Bulanan - 13 march 2010 Surau Al Hijrah

Assalamualaikum....

Surau Al Hijrah sekali lagi mengadakan ceramah Bulanan pada 13 March 2010 Selepas Solat Isya'.


Semua penduduk bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bangi Lama dan Impian putra dijemput hadir... kita ramaikan program ceramah kita.. kita tunjukkan kekuatan islam itu ada pada kita semoga kita semua mendapat keberkatan...

SAMBUTAN MEMPERINGATI HARI KEKASIH DI SURAU AS-SYAKIRIN

Assalamualaikum w.b.r,


Pengerusi & AJK Surau As-Syakirin menjemput seluruh warga BSP dan sekitarnya untuk menghadiri majlis Sambutan Mengingati Hari Keputeraan Kekasih Allah, Muhammad Rasullah S.A.W  (Maulidul Rasul) pada 28 Februari 2010 (Ahad) ini selepas solat Maghrib.

Majlis sambutan akan diimarahkan dengan majlis ilmu oleh penceramah undangan, Yg. Bbhg. Ustaz Saharudin dari KUIS.

Pihak surau juga mengalu-alukan para dermawan untuk membawa sedikit sumbangan bagi disumbangkan kepada tabung Surau As-Syakirin untuk digunakan bagi menambah baik prasarana surau memandangkan surau dijangka mendapat kelulusan pihak JAIS untuk mendirikan solat jumaat sementara menunggu Masjid Al-Mustaqim siap dibina sepenuhnya.

Semoga majlis tersebut mendapat sambutan menggalakkan dan mendapat kerahmatan Allah termasuk kepada yang hadir dan kepada seluruh umat islam.

Terima kasih & wassalam.
__._,_.__

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet