Terkini

Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Masih ramai tidak ambil vaksin H1N1

Masih ramai tidak ambil vaksin H1N1

24/05/2010 2:31pm

CYBERJAYA — Penerimaan rakyat Malaysia terhadap vaksin Influenza A (H1N1) masih tidak memberangsangkan walaupun ia boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan seluruh negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, senario itu tidak seharusnya berlaku memandangkan wabak berkenaan masih menular dalam negara dan orang ramai, khususnya golongan yang berisiko tinggi seharusnya mendapatkan vaksin itu dengan segera.
Menurutnya, setakat ini hanya 123,000 rakyat Malaysia termasuk golongan berisiko tinggi yang sudah mendapatkan vaksin ini, dan masih ramai yang tidak mengendahkan seruan kerajaan agar mendapatkan suntikan berkenaan.
"Vaksin ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang serius, kecuali sedikit kesakitan di bahagian lengan, sedikit demam atau mungkin juga pening kepala kepada sesetengah orang," katanya pada satu persidangan media di sini hari ini selepas menyaksikan upacara penganugerahan gelaran Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Lim Malaysia kepada Presiden Pengasas Universiti Kreatif dan Teknologi Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing di sini. - Bernama


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

ADNS Bangi - Kerajaan Selangor Prihatin Kepada Rakyat

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/05/kerajaan-selangor-prihatin-kepada.html

Kerajaan Selangor Prihatin Kepada Rakyat

Seksyen 3, BBB, 08 J. Akhir = 22 Mei (Sabtu):

Konsep Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor diteruskan dengan pagi hari ini Majlis Penyampaian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diadakan di Balai Komuniti, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi dengan 90 orang penerima dijemput hadir ke Balai Komuniti berkenaan. Mereka adalah dari kawasan Dewan Negeri Selangor (DNS) Bangi, Kajang, Dusun Tua dan Semenyih. Turut hadir ke Majlis hari ini ialah Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar ADNS Bangi, Y.B. Encik Lee Kim Sin ADNS Kajang, Puan Laraasshy binti Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat yang mewakili Tuan Pegawai Daerah, Puan Zuryati Yassin Ketua Muslimat Pas Serdang, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdul Kadir, Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan pewaris-pewaris yang menerima SKIM SMUE.

ADNS Bangi di dalam ucapannya memaklumkan tentang prihatin Kerajaan Selangor, pada hari ini saja Kerajaan mengeluarkan bantuan sebanyak RM1,500 x 90 = RM135,000/=. Jumlah ini merupakan sebahgian dari peruntukan bagi SMUE yang telah dikeluarkan.

Di bawah diperturunkan peruntukan Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor

Jenis Jumlah Penerima Faedah Tarikh

1. SMUE RM30 juta 12,000 orang Mei 2010

2. TAWAS RM1.242 juta 12,420 orang 28 Feb 2010

3. Air Percuma RM200.7 juta 1.16 juta penduduk Dis. 2009

4. Masuk IPT RM 9.6 juta 9,600 orang 2010

5. Pekerja Ladang RM1.42 juta

6. OSCC (One Stop Centre) RM0.5 juta

7. Micro Credit RM 50 juta

8. Pinjaman Pelajaran RM80 juta.

ADNS Bangi menyebut setakat ini kerajaan Negeri Selangor dapat memungut hutang dari Syarikat Talam sebanyak RM50 juta dari jumlah hutang semua berjumlah RM300 juta. Jumlah RM50 juta ini digunakan bagi Micro Credit di atas. Banyak lagi syarikat yang berhutang (10 syarikat) dengan jumlah lebih kurang sama dengan negeri Selangor. Hutang ini bila dipungut akan digunakan untuk rakyat.

ADNS Bangi juga menyebut Kerajaan Negeri Selangor berusaha mendapatkan kembali Syarikatr Air dari pihak Swasta Syabas. Kerana harga di bawah syarikat swasta adalah tinggi. Bandingkan Air di bawah tadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang:

Kerajaan Negeri Pulau Pinang harga air bagi satu meter padu 36 sen
Di bawah Syabas – Swasta di Selangor bagi satu meter padu RM1.20

Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha lagi mendapat sumber-sumber kewangan untuk dinikmati rakyat. Ini adalah jasa dan khidmat kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Rakyat akan berterusan menikmati faedah-faedah di atas dan yang lain-lain yang akan diusahakan sekiranya rakyat terus menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat. Sebab itu sokonglah Kerajaan Pakatan Rakyat agar faedah-faedah di atas dapat terus dinikmati rakyat.

Sekian.

MPKj Berada Pada Kedudukan (Rating) Keempat Di Kalangan PBT Di Selangor

Kajang, 15 J. Awal = 29 April (Khamis):

MPKj berada pada kedudukan keempat di kalangan PBT-PBT, iaitu berada selepas MPSJ dan mencapai taraf 4 Bintang yang melayakkan MPKj menerima hadiah RM200,000 bagi membina sebarang mercu tanda di kawasan MPKj. Demikian dimaklumkan oleh Y.Bhg. Dato' Tarmidi bin Haji Omar Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika menyampaikan ucapan perasmian "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPKj" bagi Tahun 2009 di sini petang ini. Beliau mengucap tahniah di atas kejayaan yang dicapai. Beliau berharap dengan anugerah diterima menaikkan semangat dan motivasi bagi yang menerima dan menjadi contoh dan teladan diikuti bagi yang belum menerima. Pengeluaran Hadiah Cemerlang tidak boleh melebihi 8 % dari kakitangan jabatan. Beliau menggesa MPKj berusaha untuk mencapai taraf lima bintang pada masa akan datang. Beliau juga mengumumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini juga di`rating` oleh Kerajaan Persekutuan juga bertaraf empat bintang..


Y.Bhg. Dato' Tarmidi bin Haji Omar seterusnya memaklumkan MPKj mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Pada masa beliau pernah menjadi YDP MPKj akhir 1990an (selama 8 bulan), MPKj hanya mempunyai simpanan duit dari developer sebanyak antara 20 hingga 30 juta, tetapi MPKj sekarang mempunyai sebanyak RM100 juta dengan surplus sebanyak RM8 juta, manakala wang deposit sebanyak RM60 juta. Beliau berharap MPKj akan lebih banyak membuat kutipan cukai pada masa akan datang dengan itu banyak membuat pembangunan.


Manakala Y.Bhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abdul Rahman YDP MPKj ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya menyatakan, seramai 40 orang kakitangan dan pekerja MPKj pada kali ini menerima Anugerah Cemerlang, iaitu hanya 5% dari jumlah kakitangan dan pekerja yang berjumlah seramai 850 orang, di samping penghargaan kepada 3 orang kakitangan yang bersara dan 2 orang yang meninggal dunia. Prestasi bagi yang menerima anugerah adalah dinilai selama tiga tahun yang melibatkan lebih dari 300 kriteria.


Anugerah Cemerlang adalah acara tahunan yang diberi biasanya tidak lewat dari setengah tahun pertama selepas tahun dinilai. Hadir pada petang ini ialah Y.Bhg. Dato' Tarmidi bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan isteri, Dato' Hasan Nawawi Abdul Rahmana YDP MPKj dan isteri, YB Dr. Shafie Abu Bakar Ahli Dewan Negeri Selangor - Bangi, YB EN. Lee Kim Sin Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Kajang, Tuan Haji Abdullah Marjunid Timbalan YDP MPKj, Ahli-ahli MPKj dan kakitangan MPKj. MPKj hingga kini berusia hampir 15 tahun (sejak 1997), sebelumnya bertaraf Majlis Daerah Hulu Langat. Sejak dinaikkan taraf seramai 6 orang YDP telah berkhidmat di MPKj Kajang iaitu, En. Yusof Badul, En. Yusof Judin, Dato' Tarmidi, Dato' Khusrin, En. Zainal dan Dato' Hasan Nawawi. Sebelum ini MPKj bertempat di bangunan Bekas Pejabat Daerah Hulu Langat yang telah berpindah di Bangi. Sejak 2007 berpindah ke Bangunannya sendiri kini. Dengan kemudahan bangunan dan bertambah kakitangan prestasi MPKj semakin meningkat dan kini mencapai taraf 4 bintang.


Menurut Dato' Hasan kawasan di bawah pentadbiran MPKj berkembang pesat, terutama Kajang dan Bangi. Pertambahan penduduk hitung panjang seramai 22,000 setahun. Sekarang penduduk Kajang berjumlah 100,000 , manakala keseluruhan Hulu Langat mendekati 1.5 juta. Oleh karana kawasan pentadbiran MPKj maju menyebabkan ramai mereka yang datang ke kawasan Kajang dan Bangi, Kita perlu menyediakan keselesaan bagi mereka dan menyediakan pekerjaan.


Anugerah yang diterima oleh 40 orang adalah dari 12 jabatan di bawah MPKj, iaitu Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Penilaian dan Pengurusan Harta, Khidmat Pengurusan, Kejuruteraan, Perancangan Pembangunan, Perbendaharaan, Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Pesuruhjaya Bangunan dan tiga jabatan kontrek.

Anugerah-Anugerah disampaiakan oleh Y.Bhg. Dato' Tarmidi dan Dato' Hasan Nawawi. Cabutan bertuah menjadikan majlis meriah diadakan dan hadiah-hadiah disampaikan kepada mereka yang bertuah.

Sekian.

Gaji pengawal tetap naik

Oleh Rizanizam Abdul Hamid dan mohd. saiful mohd. sahak
pengarang@utusan.co.my

MELAKA 27 April - Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan tersebut sudah diwartakan dan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkannya hanya kerana beberapa syarikat keselamatan tidak dapat melaksanakannya.

"Kita akan tetap laksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini. Jika timbul masalah dan isu-isu tertentu kita akan selesaikan di meja rundingan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Dialog Antara Budaya di sini malam tadi.

Persidangan antarabangsa anjuran Yayasan Belia Sedunia (WYF) itu berlangsung selama lima hari bermula semalam.

Turut hadir Ketua Menteri yang juga Pengerusi WYF, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan bermula 1 Julai ini iaitu kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus.

Gaji pokok pengawal keselamatan sekarang adalah antara RM300 hingga Rm400 sebulan.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

"Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

"Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja," katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

"Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

"Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

"Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

"Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja," katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

"Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

"Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Nasihat mengenai anak

So, marilah same2 lebih berhati2. Kalo nak buaikan anak tu, jangan laju2 or kuat sgt yer (jgnlah gunakan alasan bg anak cepat tertidur ker, aper ker)...elakkan menimang anak tinggi2..harap kita sentiasa beringat.. tapi kalo da berlaku tu ( terjatuh tangga ke, ape ker)..tgok dulu simpton2 anak selepas tu..kalo x tenteram g check kat hospital .. doa n bnyk2 tawakal supaya tidak ade ape yg berlaku..

General Info.....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dankurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialahubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.Health InfoSHAKEN BABY SYNDROME (SBS)SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaianserta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belummatang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bilabayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat.

Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.PENCEGAHAN1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.4. Minta bantuan orang lain.Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun.

Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.Kiriman email dari rakan untuk dikongsi TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG PENYAYANG.....Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ?Sesiapa yang ditanya tentang ilmulalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya(meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.?

Fwd: Guru, 3 murid tadika diserang lelaki kurang siuman

---------- Forwarded message ----------
     
MUAR: Tiga murid dan seorang guru tadika cedera parah selepas diserang dengan tukul besi oleh seorang lelaki dipercayai tidak siuman dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di sebuah tadika di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, di sini hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata Nur Nadrah Nabila Mohd Yusri, 6, dan Alex Tan Kar Eik, 6, mengalami keretakan di bahagian kepala manakala seorang lagi murid Vincent Tey Hui Seng, 6, dan guru Boon Kiun Sew, 45, mengalami kecederaan di badan.

"Kesemua mangsa dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika 60 murid tadika berkenaan sedang menikmati sarapan pagi.

"Seorang lelaki bertopi keledar dan memakai pakaian serba hitam telah menceroboh tadika berkenaan dengan memanjat pagar lalu memukul guru wanita terbabit menggunakan tukul besi sebelum memukul bahagian kepala tiga orang kanak-kanak," katanya.

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Dipetik daripada: Kelab Keusahawanan Sosial Malaysia

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada 'Mastermind' Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai. Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
Selamat berjaya
SERTAI

Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan? - Saifulislam.com

Artikel menarik yang saya ingin kongsikan.

Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?

slide1e

“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.

Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.

Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.

Mengapa?

slide2e

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.

Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.

Slide3

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia. Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah INPUT bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada PROSES, iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah Subhanahu wa Ta’aala.

MASALAH INPUT

Slide5

Andaikata masalah INPUT itu bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.

Kerosakan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata.

Slide4

Ada pun kecacatan berkaitan dengan sistem nilai, ia akan terserlah pada ketidak sungguhan atau tiadanya rasa ghairah terhadap segala tawaran Allah berkaitan Ramadhan.

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka.

Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah.

MASALAH PROSES

Slide6

Ketidakberkesanan puasa dalam membentuk ketaqwaan diri, mungkin juga berpunca bukan daripada masalah INPUT, sebaliknya datang daripada kecacatan PROSES. Cara puasa itu dilaksanakan, sejauh manakah ia menepati kehendak Allah Subhanahu wa Ta’aala dan didikan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam? Asasnya adalah ILMU. Inilah salah satu keistimewaan terpenting Islam, bahawa segala perlakuan ibadah terbina di atas dasar ilmu. Bukan ikut-ikutan, bukan teka-tekaan. Harus ada asas kefahaman yang membolehkan puasa dengan segala ibadah lain, berlangsung seperti yang sepatutnya.

Belajar tidak pernah habis.

Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun, masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun.

Ilmu mesti sentiasa ditingkatkan sesuai dengan pengalaman diri, cabaran yang bertambah serta pendedahan yang pelbagai.

Slide7

Jika di usia 15 tahun, kita belajar bahawa musafir diharuskan berbuka puasa, mungkin di usia 21 tahun kita perlu memperincikan ilmu itu apabila buat kali pertamanya kita menaiki kapal terbang di bulan Ramadhan. Rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala ada kalanya jelas dari segi fiqh, tetapi terhalang daripada perlaksanaan akibat daripada sentimen bahawa rukhsah itu ‘mengurangkan nilai’ ibadah, atau rukhsah itu menukar kebiasaan.

Sebagai contoh, andaikata seorang yang bermusafir ke London pada bulan September 2009 mahu terus berpuasa tanpa mengambil rukhsah, beliau bebas berbuat demikian. Namun lihatlah kepada ilustrasi di bawah, untuk jelas di mindanya, berapakah tempoh puasanya?

21 jam!

Slide8

Begitu juga dengan kaum wanita yang hamil atau menyusukan bayi, perlu baginya memahami aspek-aspek bersangkutan dengan pengurusan puasanya, bila keharusan berbuka berlaku dan apa kesannya dari segi Qadha’ dan Fidyah. Seorang muslimah, tatkala masuk ke alam perkahwinan dan mula menimang cahaya mata, perlu menyediakan diri dengan ilmu berkaitan hal ini. Suami pula, tatkala menyedari bahawa sang isteri mempunyai sebab yang pelbagai untuk tidak berpuasa, dan perlu melakukan qadha’ selepas Ramadhan nanti, hulurkanlah bantuan dengan berpuasa sunat meneman isteri yang berpuasa.

Slide9

Ada pun panduan menyusukan bayi bagi wanita yang berpuasa, artikel yang disiarkan di UMMUSAIF.COM boleh membantu. Ia langkah proaktif agar pilihan berbuka puasa untuk menyusukan anak, boleh diminumkan.

Slide10

Manakala persoalan membabitkan qadha’ puasa dan fidyah yang berkaitan, harus juga diberikan perhatian. Adakalanya, soal qadha’ dan fidyah bersifat teknikal dan tidak sulit untuk ia dilaksanakan. Namun, perbuatan menangguhkan qadha’ puasa tanpa sebarang sebab dan keuzuran hingga masuk Ramadhan yang berikutnya, ia adalah dosa. Bukan sahaja qadha’ dan fidyah yang perlu dilangsaikan, pelaku itu juga mestilah bertaubat dan menyesali kecuaiannya itu.

Fidyah berbayar, puasa diqadha’, tetapi datangkah rasa sesal pada diri atas perlakuan itu?

Slide11

Di tahun awal pensyariatan ibadah puasa ini (Tahun kedua Hijrah), umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum bermula daripada waktu Maghrib hingga solat Isyak. Selepas Isyak, tidak boleh lagi makan dan minum sehinggalah waktu Maghrib hari yang berikutnya. Jika ada yang tertidur sebelum Isyak, beliau juga berpuasa bermula daripada tidurnya itu sehinggalah Maghrib keesokan harinya. Hal ini amat membebankan sahabat dan hukum ini kemudiannya dimansukhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Sebagai gantinya, Syariat Islam menghendaki setiap orang yang berpuasa menjaga urusan sahurnya. Sahur dituntut agar ia diambil, biar pun dengan hanya seteguk air, pada waktu hujung malam menjelang waktu subuh. Perbuatan makan siap-siap pada waktu tengah malam dan kemudian tidur hingga masuk ke waktu solat Subuh, tidaklah menghasilkan fadhilat sahur. Malah ia disinonimkan dengan amalan Ahli Kitab, termasuk dari aspek menyengajakan pemanjangan tempoh berpuasa selepas ia sudah dipendekkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Hindarkan perbuatan ini.

Slide12

Demikian juga halnya dengan soal menyegerakan berbuka puasa. Isunya sama iaitu larangan meniru sikap Ahli Kitab yang berpuasa, serta larangan memanjangkan tempoh puasa lebih daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala. Bagi mereka yang menjangkakan dirinya akan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ketika masuknya waktu berbuka puasa, hendaklah bertindak proaktif menyediakan tamar atau air minuman di dalam kereta masing-masing.

Jangan pula ada yang ‘bergeliga’ mahu membuka puasa dengan mengorek hidung!

Semoga dengan sedikit muhasabah ini, kita boleh sama-sama membuat penilaian agar Ramadhan yang masih seputik jagung ini dapat dioptimumkan menuju TAQWA.

Salam Ramadhan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Saifulislam.Com mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih... [Abu Saif]

Related posts:

  1. Koleksi Artikel Persiapan Menjelang Ramadhan
  2. Coretan Ramadhan Di Hari 1
  3. Bercadang Untuk Tidak Berpuasa

Ikhtibar kepada JMB: Bapa saman KLCC

Ini sebagai ikhtibar buat JMB agar tidak membuat kerja sambil lewa.

Bapa saman KLCC
11/06/2009 11:08am


KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang bapa menyaman syarikat penyelenggaraan Taman KLCC bagi menuntut ganti rugi lebih RM5 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak lelakinya akibat terkena renjatan elektrik pada awal pagi 1 Januari lalu.

Abdul Basek Md. Isa selaku plantif menamakan KLCC Urusharta Sdn. Bhd., sebagai defendan.

Dalam kejadian pada malam sambutan tahun baru itu, Muhammad Failzul Abdul Basek, 17, meninggal dunia akibat renjatan elektrik setelah bersandar di tiang lampu taman tersebut.

Plantif memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini kira-kira pukul 10 pagi. - Utusan

Utusan Malaysia: Denda RM500 sehari jika gagal tubuh JMB

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive

Denda RM500 sehari jika gagal tubuh JMB

SHAH ALAM 14 Mei - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarah bertindak tegas dengan mengenakan kompaun sebanyak RM500 sehari terhadap pemaju kediaman bertingkat yang masih ingkar menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di negeri ini mulai Julai ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan kompaun harian itu dibuat kerana kerajaan negeri telah memberikan tempoh yang secukupnya iaitu enam bulan kepada pemaju untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, JMB merupakan antara langkah yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penghuni kediaman bertingkat dan pemaju yang melibatkan soal kemudahan, penyenggaraan dan sebagainya.

"Sepatutnya JMB ini telah dimulakan pada 12 April tahun lalu, tetapi ia ditangguhkan sehingga Februari tahun ini. Malah, kami beri tempoh selama enam bulan kepada pemaju untuk menubuhkan JMB ini.

"Tetapi hanya 26 peratus sahaja pemaju yang mematuhinya manakala selebihnya tidak. Dianggarkan lebih 1,000 kediaman bertingkat masih belum menubuhkan JMB di seluruh Selangor.

"Mungkin pemaju ini tidak mahu berbuat demikian kerana mahu mengaut keuntungan memandangkan kos pengurusan bangunan kediaman ini boleh mencecah RM2 juta hingga RM3 juta setahun," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan PBT Seluruh Malaysia di sini hari ini.

Menurut Iskandar, antara kawasan yang mempunyai banyak pembangunan kediaman bertingkat di Selangor ialah Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Dalam pada itu, Iskandar meminta semua PBT supaya meneliti aspek perundangan dalam menguatkuasakan undang-undang di negeri itu bagi mengelakkan berlakunya masalah akibat daripada kelemahan-kelemahan tertentu.

"Kita dapati kelemahan daripada segi pemahaman dan penguasaan sering menjadi kelemahan dalam penguatkuasaan yang dijalankan oleh PBT. Keadaan itu menimbulkan masalah serta tanggapan negatif bahawa PBT gagal menyelesaikan setiap masalah yang berlaku.

"Maka, penelitian dari aspek ini (undang-undang) adalah penting dalam melaksanakan penguatkuasaan kerana ia dapat menangkis tuduhan seperti PBT tidak memainkan peranan dan sebagainya," ujarnya.

Utusan Malaysia: Serah segera hak milik strata - DBKL

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm&arc=hive

"Menurut Ahmad Fuad, terdapat kewajaran pelantikan JMB di setiap perumahan bertingkat antaranya sebagai latihan kepada penduduk untuk menguruskan perkara berkaitan kawasan kediaman mereka termasukkerja-kerja penyenggaraan."
ARKIB : 30/04/2009

Serah segera hak milik strata - DBKL

KUALA LUMPUR 29 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh tiga bulan kepada pemaju untuk menyerahkan hak milik strata kediaman bertingkat kepada pemilik bagi mengelak tindakan dikenakan ke atas mereka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, sebanyak 75,655 hak milik strata sudah berjaya diserahkan melibatkan kira-kira 73,895 pemilik kediaman, manakala 1,760 pemilik bangunan perdagangan.

Beliau berkata, pemaju yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta 663 yang diluluskan pada April 2007.

"Menerusi akta berkenaan, pemaju yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan mahkamah termasuk denda maksimum sebanyak RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan," ujarnyapada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan, kira-kira 40 peratus daripada 44,168 pemaju masih gagal menyerahkan hak milik strata, manakala 30 peratus sudah diserahkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan selebihnya diserahkan kepada pemilik.

Menurut Ahmad Fuad, terdapat kewajaran pelantikan JMB di setiap perumahan bertingkat antaranya sebagai latihan kepada penduduk untuk menguruskan perkara berkaitan kawasan kediaman mereka termasukkerja-kerja penyenggaraan.

Katanya, pihak pemaju juga perlu tahu berkenaan Akta 663 agar penyerahan hak milik strata ini dapat disegerakan. Pemaju perlu menyerahkan hak milik strata dalam tempoh satu tahun sama ada melibatkan bangunan baru atau lama.

"Di ibu negara, kita mempunyai kira-kira 23,641 bangunan melibatkan kediaman dan perdagangan.

Bagi rumah kos rendah, pemaju biasanya menyerahkan hak milik strata lebih cepat berbanding kediaman jenis kondominium yang dilihat kurang bermasalah," ujarnya.

Difahamkan sebab-sebab hak milik strata agak lewat diserahkan kepada pemilik adalah kerana ia melibatkan beberapa bayaran termasuk duti setem dan sebagainya.

Tegas Ahmad Fuad, tindakan drastik tersebut diambil setelah perbincangan dilakukan antara pihak-pihak yang terlibat termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pejabat Tanah dan Galian.


Utusan Malaysia: Selangor beri amaran

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0205&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive

ARKIB : 05/02/2009

Selangor beri amaran

SHAH ALAM 4 Feb. - Kerajaan negeri memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemaju yang masih berdegil terhadap arahan menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, amaran tersebut dibuat kerana dianggarkan sebanyak 1,814 kawasan yang dibangunkan termasuk kediaman bertingkat masih belum mempunyai badan pengurusan itu ketika ini.

Katanya, kerajaan negeri telah menetapkan tarikh akhir kepada pemaju supaya bekerjasama dengan penduduk mewujudkan JMB pada 12 April tahun lalu berdasarkan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) atau Akta 663 yang berkuatkuasa sejak April 2007.

"Bagaimanapun, tidak ramai pemaju yang mahu berbuat demikian dan sehingga kini hanya 693 JMB diwujudkan daripada 2,453 kawasan pembangunan kediaman bertingkat di Selangor.

"Sebenarnya penubuhan JMB ini diwujudkan bagi memastikan hak pembeli kediaman bertingkat dilindungi di bawah Akta 663.

"Oleh itu, kerajaan negeri akan bertindak tegas termasuk mengenakan tindakan undang-undang kepada pemaju yang ingkar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambah beliau, keengganan pihak pemaju bekerjasama dengan penduduk menubuhkan JMB dilihat sebagai satu percubaan pemaju untuk terus mengaut keuntungan daripada para pemilik kediaman bertingkat melalui kos penyenggaraan dan sebagainya.

Iskandar turut memberitahu kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menyediakan garis panduan pelaksanaan JMB mengikut Akta 663 iaitu berkaitan prosiding mesyuarat bagi membolehkan perjalanan JMB untuk semua kawasan kemajuan strata dapat berjalan lancar.

Malah, jelasnya garis panduan yang diluluskan kerajaan negeri pada 21 Januari lalu itu juga penting kerana selama ini tiada sebarang kaedah pelaksanaan kepada Akta 663 untuk dijadikan rujukan lengkap.

"Garis panduan ini akan digunapakai di Selangor sehinggalah kaedah lain di bawah akta atau terdapat pindaan ke atas Akta 663 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)," kata beliau.

Utusan Malaysia: Pengguna digalak guna meter individu

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0127&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm&arc=hive
ARKIB : 27/01/2009

Pengguna digalak guna meter individu

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) meneruskan kempennya untuk menggalakkan penduduk di perumahan bertingkat menggunakan meter individu dengan membuka kaunter pendaftaran di Presint 9, Putrajaya baru-baru ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kaunter pendaftaran itu dibuka bagi memudahkan penduduk mendaftar akaun individu, membuat bayaran serta mendapatkan penerangan lebih jelas daripada pegawai Syabas.

Menurutnya lagi, program itu akan membantu secara langsung Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) mempercepatkan proses permohonan pertukaran akaun pukal kepada akaun individu.

"Pegawai-pegawai Syabas ditempatkan di kaunter itu untuk membantu penghuni-penghuni mengisi borang, membuat penyemakan dan seterusnya memberikan kelulusan pada hari yang sama terhadap permohonan mereka," katanya.

Tambahnya, akaun meter individu boleh diaktifkan selewat-lewatnya pada 1 Mac ini setelah semua permohonan diterima daripada penghuni.

Menurut Halem lagi, Syabas menggalakkan pihak pengurusan bangunan yang masih belum membuat permohonan pertukaran kepada akaun individu supaya mengambil borang permohonan di pejabat-pejabat Syabas wilayah yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

"Semua permohonan migrasi mestilah dibuat melalui pihak yang menguruskan bangunan sama ada melalui Badan Pengurusan Bersama (JMB), Persatuan Penduduk atau Syarikat Pengurusan Bangunan," jelasnya.

"Permohonan bekalan air secara individu hanya boleh dibuat sekiranya permohonan migrasi yang dibuat oleh pihak pengurusan sesebuah bangunan telah diluluskan oleh pihak Syabas," tegasnya.


Utusan Malaysia: Rayu kerajaan bantu selesai masalah

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1216&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm&arc=hive


ARKIB : 16/12/2008

Rayu kerajaan bantu selesai masalah

PELABUHAN KLANG 15 Dis. - Selain masalah keretakan tapak dan bangunan mendap, penduduk pangsapuri kos rendah Taman Permai Indah, Pandamaran dekat sini turut berhadapan dengan pelbagai masalah lain yang sememangnya menyusahkan kehidupan seharian mereka.

Masalah seperti lif rosak dan lif kecemasan tidak berfungsi, masalah dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB), pagar pangsapuri roboh dan rosak, bangunan tiada wayar bumi dan kegiatan tidak bermoral di rumah tidak berpenghuni begitu memeningkan dan merisaukan hati mereka.

Paling dikesalkan ialah walaupun telah banyak aduan dibuat dan berpucuk-pucuk surat dan memorandum dihantar kepada pemaju dan pihak berkuasa tempatan sejak dahulu hinggalah sekarang, masih tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak.

Yang ada hanyalah perbincangan tetapi tindakan masih belum dibuat atas pelbagai alasan yang dilihat seperti sengaja direka-reka.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Permai Indah, A. Prakash, 36, penduduk sudah lama bersabar kerana perkara itu bukan baru berlaku sebulan dua tetapi ada yang telah hampir tiga tahun diutarakan.

Beliau berkata, apa yang menghairankan, bangunan yang mempunyai begitu banyak masalah dan kedudukannya pula terlalu dekat dengan sungai dan amat membahayakan boleh mendapat Sijil Layak Menduduki (CF).

"Mengenai masalah dengan JMB, walaupun pihak pengurusan baru JMB telah dilantik oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak tahun lalu tetapi tiada kerjasama yang terjalin dengan penduduk.

"Yang dipersoalkan kenapa ahli jawatankuasa JMB juga merupakan kontraktor di sini," dakwa beliau.

Sehubungan itu, Prakash meminta MPK dan kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah yang berlaku di pangsapuri itu terutama mengenai masalah keselamatan penduduk akibat keretakan bangunan.

Dalam pada itu, Ahli Majlis MPK, Ang Mah Chye yang ditemui di pangsapuri itu memberitahu, pihaknya sedang berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) agar dapat melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan terhadap kecacatan pada bangunan terbabit.

Menurutnya, pihaknya juga akan meminta jurutera MPK memeriksa tahap keselamatan di semua blok pangsapuri itu.

"Kita juga akan panggil persatuan penduduk, JMB serta mana-mana pihak berkaitan dalam satu mesyuarat bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi," tambahnya.

Utusan Malaysia: Badan pengurusan rumah pangsa bakal ditubuh

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0502&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_07.htm&arc=hive

ARKIB : 02/05/2008

Badan pengurusan rumah pangsa bakal ditubuh

PULAU PINANG 1 Mei - Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan penubuhan Badan Pengurusan dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk rumah pangsa dalam usaha menggalakkan penghuninya membuat segala keputusan mengenai rumah mereka.

Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Wong Hon Wai berkata, penubuhan tersebut adalah penting bagi menggalakkan proses pendemokrasian di peringkat akar umbi.

''Badan berkenaan akan diselenggarakan oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Pulau Pinang.

''Sebagai permulaan, hari ini saya membuat lawatan ke Rumah Pangsa Gat Lebuh Noordin untuk melihat sendiri keadaan di sini dan mendengar pendapat penghuni tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Rumah Pangsa Gat Lebuh Noordin terletak di kawasan Pengkalan Kota dan merupakan rumah pangsa terawal yang dibina di Pulau Pinang. Ia mula didiami pada tahun 1970 dan mempunyai satu blok bangunan setinggi 16 tingkat.

Hon Wai berkata, antara masalah yang dihadapi kerajaan negeri dalam menyelenggara Rumah Pangsa Gat Lebuh Noordin adalah hasil kutipan penyelenggaraan yang rendah dan terdapat banyak tunggakan pembayaran.

Menurutnya, sehingga 16 April lalu, tunggakan pembayaran penyelenggaraan di rumah pangsa itu telah mencecah RM30,550 dengan 21 unit rumah di situ tidak pernah membuat apa-apa pembayaran selama dua tahun.

Sedangkan, katanya, wang penyelenggaraan bulanan untuk Rumah Pangsa Gat Lebuh Noordin hanya RM15 dan jumlah berkenaan merupakan antara yang paling rendah di negeri ini.

Justeru, beliau meminta supaya penghuni di situ membayar wang penyelenggaraan tepat pada masanya dan membayar tunggakan tersebut kerana hasil kutipan itu akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur rumah pangsa tersebut.

''Wang yang dikutip itu akan digunakan untuk pembayaran bil elektrik dan air, penyelenggaraan dan pembersihan," katanya.

Terdahulu beliau berkata, sehingga kini, Bahagian Perumahan kerajaan negeri telah menyelenggara 42 buah projek merangkumi 13,775 unit rumah pangsa.

Antara kawasan yang terlibat dengan projek tersebut ialah Kampung Melayu, Padang Tembak, Taman Free School, Taman Tun Sardon dan Taman Tun Dr. Awang.

Utusan Malaysia: Kerjasama dengan JMB jamin bangunan terurus

Dipetik dari Utusan Malaysia:

ARKIB : 21/04/2008

Kerjasama dengan JMB jamin bangunan terurus

KAJANG 20 April - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meminta pembeli dan pemaju memberikan kerjasama kepada Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) yang dilantik bagi memastikan bangunan yang diduduki terurus.

Yang DiPertuanya, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman berkata, ini sejajar dengan arahan supaya setiap bangunan kediaman dan komersial melantik JMB masing-masing bagi membolehkan mereka menyenggara dan menguruskan bangunan dan harta bersama.

Menurutnya, JMB yang dilantik dengan persetujuan pembeli dan pemaju akan mempunyai bidang kuasa tertentu dalam menguruskan bangunan tersebut seperti yang termaktub di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan Bangunan) 2007 atau Akta 663.

Ujarnya, selepas pelantikan itu, segala masalah yang melibatkan pengurusan akan dipertanggungjawabkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) untuk mengendalikannya.

"Pelantikan JMC ini hanya melibatkan pemilik kediaman dan bukannya penyewa serta kediaman yang mempunyai hak strata sahaja.

"Sekiranya selepas ini penghuni tidak mahu bekerjasama untuk menjelaskan kos penyenggaraan, mereka boleh dikenakan tindakan.

"Jika penghuni gagal menjelaskan tunggakan selama enam bulan bagi kos penyelenggaraan, kediaman mereka akan dilelong,'' katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil pelantikan JMB kepada 10 wakil penduduk.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Abdullah Marjunid dan Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Bibi Khairani Mohamed Sabri.


Utusan Malaysia: Penduduk tidak jelas tunggakan, mesyuarat ditangguh 23 Mac

Perikan dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_07.htm&arc=hive

ARKIB : 15/03/2008

Penduduk tidak jelas tunggakan, mesyuarat ditangguh 23 Mac

AMPANG Hasrat penduduk Pangsapuri Riveria 2, di sini, untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) tidak kesampaian apabila kebanyakan daripada mereka masih belum menjelaskan tunggakan sehingga 31 Januari lalu.

Antara syarat yang membolehkan penduduk menjadi jawatankuasa dalam JMB ialah mereka perlu menjelaskan semua tunggakan yang ada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee, berkata, masalah tersebut timbul kerana penduduk tidak mendapat maklumat yang tepat tentang syarat-syarat yang diperlukan bagi membolehkan mereka menubuhkan JMB.

"Penduduk juga ada menyuarakan masalah tentang tidak puas hati dengan pemaju yang tidak menjalankan perkhidmatan dengan baik.

"Namun, untuk mengelakkan pertelingkahan yang lebih buruk berlaku, saya telah meminta supaya pemaju melanjutkan tarikh mesyuarat penubuhan JMB kepada satu tarikh yang sesuai, sehingga penduduk menjelaskan tunggakan mereka," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Jenice juga telah meminta penduduk supaya menjelaskan tunggakan yang ada supaya mereka layak menjadi jawatankuasa dalam JMB.

Menurut beliau, JMB iaitu satu badan yang terdiri daripada pembeli dan pemaju yang bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menguruskan harta bersama.

"JMB akan diberi kuasa untuk membuat apa sahaja keputusan berkaitan pengurusan bangunan dan adalah penting untuk penduduk yang membuat keputusan itu sendiri berbanding melantik syarikat lain.

"Saya berharap penduduk dan pemaju akan sepakat dalam membuat keputusan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak," katanya.

Jenice memberitahu tarikh untuk mengadakan mesyuarat penubuhan JMB telah ditetapkan pada 23 Mac ini.

Utusan Malaysia: Pemaju wajib tubuh JMB sebelum 11 April

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0219&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive

ARKIB : 19/02/2008

Pemaju wajib tubuh JMB sebelum 11 April

PANDAN PERDANA 18 Feb. - Semua pemaju rumah bertingkat di Selangor dikehendaki menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebelum 11 April ini, kata Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datin Paduka Alinah Ahmad.

Beliau berkata, penubuhan JMB penting kerana ia akan membolehkan pemaju dan pembeli bekerjasama dalam menyenggara dan mengurus bangunan dan harta bersama.

Menurutnya, JMB mempunyai tanggungjawab dan kuasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Penubuhan JMB adalah di bawah peruntukan Subseksyen 4(1) Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan Bangunan) 2007.

"Akta ini merangkumi penyenggaraan dari aspek keselamatan, kebersihan, penggunaan harta benda bersama, penjagaan unit individu serta kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat Bersama LPHS di Pangsapuri Pandan Perdana di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Yap Soo Sun.

Alinah seterusnya berkata, ahli-ahli JMB terdiri daripada pemaju dan pembeli rumah yang berperanan mewujudkan kawasan perumahan yang bersih dan harmoni.

Selain itu, katanya, mereka juga bertanggungjawab untuk menyenggara harta bersama dan menentukan caj yang dikenakan kepada pemilik rumah serta berkuasa mengutip caj tersebut.

Katanya, sekiranya pemaju tidak menubuhkan JMB atau mengadakan mesyuarat memilih jawatankuasa JMB, mereka boleh didakwa di mahkamah di bawah Subseksyen 5(5) akta tersebut.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

"Jika masalah tersebut berlaku, Pesuruhjaya Bangunan (COB) iaitu yang dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil alih tanggungjawab bersama pemilik untuk menyenggara kawasan kediaman serta melantik ejen pengurusan,'' jelasnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan yang Pangsapuri Pandan Perdana akan dicat melalui peruntukan kerajaan negeri bagi menceriakan perumahan bertingkat di negeri Selangor.

"Keempat-empat blok pangsapuri ini akan dicat semula dan kerja-kerja pembersihan dinding akan dimulakan pada minggu depan. Saya harap selepas ini penduduk bersama-sama menjaga kebersihan dan keindahan pangsapuri ini demi keselesaan semua pihak,'' ujarnya

Utusan Malaysia: Bertelagah kerana lif

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0519&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm&arc=hive

ARKIB : 19/05/2009

Bertelagah kerana lif


Suradi Mohamed (kiri) menjelaskan mengenai kedudukan Pengurusan Bersama (JMB) semasa berbincang dengan penduduk yang berang dengan keadaan lif di Pangsapuri Permai, Sungai Besi yang sering rosak dan lambat dibaiki, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 18 Mei – Gara-gara vandalisme yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan lif sering rosak, pihak Pengurusan Bersama (JMB) dan penduduk Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini bertelagah sesama sendiri.

Ini kerana keadaan lif yang rosak teruk di kesemua lima blok di pangsapuri berkenaan menyebabkan penduduk berang terhadap JMB yang dikatakan lambat bertindak membaiki kemudahan tersebut.

JMB pula menyalahkan penduduk kerana tidak membayar yuran penyelenggaraan dan tidak memantau anak-anak mereka yang melakukan vandalisme.

Adegan tuduh-menuduh tersebut akhirnya selesai apabila Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Lau Hoi Keong mengadakan perjumpaan bersama penduduk dan JMB Pangsapuri Permai baru-baru ini untuk menyelesaikan masalah terbabit.

Dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pengerusi JMB Pangsapuri Permai, Suradi Mohamed memberitahu, dia kesal dengan tindakan penduduk yang hanya menyalahkan pihak pengurusan sahaja.

Jelasnya, pihak JMB sebenarnya dalam rancangan untuk membaiki lif di kesemua blok secara berperingkat-peringkat walaupun kutipan yuran penyelenggaraan hanya sedikit.

Setakat ini, katanya, hanya dua buah lif sahaja yang rosak sepenuhnya dan pihaknya sedang menunggu ketibaan alat ganti untuk membaiki lif tersebut.

“Setiap blok mempunyai tiga kemudahan lif namun selalunya hanya satu sahaja yang berfungsi. Bukan kita tidak baiki, namun selepas dibaiki, ia rosak semula keesokan harinya.

“Bayangkan berapa kos yang terpaksa kami terpaksa tanggung dan penduduk hanya menyalahkan kami sahaja,” katanya kepada pemberita di pejabat JMB Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini.

Tambahnya, pangsapuri 18 tingkat tersebut mempunyai 1,380 unit rumah dan diduduki oleh penduduk yang dipindahkan dari lima buah kawasan setinggan.

Jelasnya, mentaliti penduduk yang hanya mengharapkan JMB untuk memantau perbuatan vandalisme menyebabkan kejadian tersebut menjadi-jadi.

Suradi turut mengingatkan penduduk bahawa jika mereka gagal menjelaskan yuran penyenggaraan selama dua bulan berturut-turut, meter air mereka akan disita.

Jelasnya, penduduk yang gagal menjelaskan yuran berkenaan telah pun diberi notis sebanyak dua kali.

Selain itu, kata beliau, pihaknya juga dalam perancangan memasang kamera litar bertutup (CCTV) bagi mengatasi masalah vandalisme.

Sementara itu, Hoi Keong berkata, beliau berharap persatuan penduduk pangsapuri berkenaan dapat memberi kerjasama dengan JMB dalam memantau kejadian vandalisme.

Jelasnya, masalah tersebut dapat dikurangkan sekiranya penduduk kerap menjalankan rondaan.

“Lif adalah kemudahan yang paling penting untuk perumahan bertingkat, oleh itu, penduduk perlu menjaganya dengan baik untuk mengelakkan ia rosak memandangkan kos membaiki lif adalah tinggi.

“Saya juga berharap penduduk dapat bekerjasama serta menjelaskan yuran penyelenggaraan bagi membolehkan lif yang rosak dibaik pulih dengan segera,” jelasnya.

Jimat Belanja dan Barang Dapur

Sumber: Tip Dapur, Majalah Jelita April 2009

Zakiah, 35, seorang suri rumah tangga sepenuh masa, Setiap bulan, dia diberi sejumlah wang untuk membeli keperluan dapur seperti beras, gula. Minyak, ikan dan lain-lain. Cukup atau tidak, suaminya tidak pernah ambil tahu. Jadi, dia harus bijak menguruskan perbelanjaannya. Tetapi sejak setahun kebelakangan ini, dia pening memikirkan kenaikan harga barang termasuk keperluan asas. Apalagi sekarang dunia dilanda krisis kemerosotan ekonomi. Harga barang semakin melambung tinggi dan pendapatan tidak meningkat. Tentu saja kita dituntut agar bijak berbelanja. Sebagai suri rumah tangga, anda bertanggungjawab membantu meringankan beban suami dengan berjimat-cermat. Panduan ini mungkin boleh membantu anda.

1. Gunakan periuk tekanan, kerana memasak menggunakan periuk ini terbukti menjimatkan bahan bakar, sekali gus menjimatkan waktu memasak.
2. Masak nasi secukupnya untuk makan sehari kerana apabila masak berlebihan bermaksud menggunakan lebih banyak tenaga elektrik atau bahan bakar. Masakan berkuah pertimbangkan jumlah kuahnya, jangan membazir bahan bakar.
3. Jangan masak lauk berlebihan, kerana selain membazir jika tidak habis turut membazirkan keperluan lain seperti bawang, minyak dan lain-lain.
4. Jangan buang air bekas cucian beras, sayur dan bahan makanan, kerana boleh digunakan untuk menyiram tanaman.
5. Gunakan tuala atau kain, menggantikan tisu untuk menyapu kotoran seperti minyak, air, kicap dan lain-lain.
6. Masak secara berperingkat supaya perkakas dapur boleh digunakan tanpa perlu dicuci. Misalnya, goreng tauhu dahulu kemudian gunakan kuali dan minyak yang sama untuk menumis sayur. Cara ini juga dapat menjimatkan penggunaan air.
7. Belanja dapur tidak perlu dilakukan setiap hari untuk menjimatkan masa dan wang perjalanan. Manfaatkan peti sejuk sebaik mungkin untuk penyimpanan makanan, sekurang-kurangnya untuk keperluan tiga hingga lima hari. Elakkan peti sejuk anda kosong, agar tenaga elektrik tidak dibazirkan begitu sahaja.
8. Sebelum keluar berbelanja barang keperluan dapur, senaraikan barang yang perlu dibeli. Ingat, beli barang yang perlu sahaja dan berbelanja mengikut senarai itu.
9. Agar anda dapat menjimatkan waktu dan berbelanja secara berkesan, asingkan senarai keperluan mengikut jenis. Misalnya, sayuran, rempah, susu, ubat-ubatan dan lain-lain.
10. Boleh cuba menyusun menu masakan untuk seminggu supaya anda dapat mengawal wang yang dikeluarkan untuk membeli barang makanan.
11. Berbelanjalah dengan tenang. Hindari berbelanja pada waktu sibuk atau tidak cukup masa kerana kemungkinan anda terbeli barang yang tidak diperlukan dan ini membazir.
12. Makanan berlebihan boleh dijadikan masakan lain seperti lebihan ikan goreng boleh dibuat sambal tumis, masak kicap dan lain-lain.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet